Azfar mmg baby yang senang dijaga (selalunya). Kecuali bila ada yang tak kena mmg la dia akan super cranky. Other than that dia ok je. Pandai bawak diri bila mama sibuk hal2 rumah tangga (^_^)
Tapi skrg ni tokmama & tokbaba dia ada kat umah sejak jumaat lepas. Amboi3, kamu jadi begitu manja ye sayang. Letak kejap pun kamu dah buat lembik2 badan nak tumbang ye. Asyik hulur tangan minta diangkat. Lepas tokmama & tokbaba balik, sila keluarkan semula perangai normal kamu ye. Kalau tak, semua kerja umah termasuk memasak mama kena serahkan pada baba (haha tetiba..!) Boleh ke wahai suami?
Hari ni kat school dia tak tau la mcm mana. Saya dah boleh agak apa yg teacher dia akan ckp bila saya amik kejap lagi, "Dia mengamuk la hari ni. Asyik nangis minta angkat". Dan saya akan senyum je la (abis tu aku nak buat mcm mana?)
Oh, suami juga akan outstation hingga rabu. Jadi, Azfar mama..tolong ye berperangai normal. Kamu kan anak yang soleh dan bijak :) Saya risau sbb biasanya sebelum tido, baba dia akan nyanyi segala jenis lagu sampai dia mengantuk, mmg dah jadi rutin. Takut dia tercari2 pulak. Azfar, suara mama merdu jugak jadi sila beri kerjasama ye sayang..2 mlm je k.
Kita tengok mlm ni mcm mana.
No comments:
Post a Comment