07 May, 2010

Senyum Seindah Suria

Mengikut kajian, senyum bukan sekadar reaksi pada muka tetapi mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan secara emosinya seseorang akan merasa lebih tenang.

Tetiba je buat entry berbentuk ilmiah ni (^_^)

Semalam saya berselisih bahu dengan one of my colleague, saya senyum sampai ke telinga tapi budak BARU itu buat dek je. Kalau nak kata tak kenal, bilik aku ni depan punch card machine sayang oii. Hari2 aku tercongok sini takkaaaaaan lah kau tak perasan. Saya sangat pantang kalau saya dah senyum tapi org tu buat muka tak bersalah jalan buat tak tau je. Kalau selama ni kau pakai glasses tetiba masa aku jumpa kau tak pakai kau tak senyum balik aku paham la jugaaaak (sekali kuar aku dah kannn). Kau tak rugi satu sen pun, dapat pahala lagi ada.

Saya pernah kena tegur dgn ex-colleague dulu, saya nampak sombong sbb jarang senyum. Kamu bukan yang pertama kerna saya dah biasa dianggap begitu. Sbbnya, saya susah nak senyum dulu kat org (oh saya introvert, mmg lebih suka bersendiri dan saya punya low self esteem) Taaaapiiiiiii kalau org dah senyum kat saya, saya mesti senyum balik! Kadang2 saya terlepas saya akan angkat muka semula dan senyum juga.

Tapi kamu! yang berselisih bahu dengan saya semalam, sungguh saya anggap kamu berlagak!

Kalau kamu nak tahu, ada banyak research tentang senyuman, semuanya yang baik2 belaka. Saya blom pernah jumpa research yang kata senyum tak bagus untuk kesihatan mahupun ketenangan jiwa. Kamu! google dan baca!

*kamu merujuk kepada perempuan semalam..

Saya juga terjumpa artikel tentang baby ada dua jenis senyuman. Sungguh saya tak pernah tahu. Sejak lahir sehingga baby berumur lebih kurang 2 bulan, mereka ada senyuman yang dipanggil senyuman refleks. Mcm semua pergerakan lain pada baby waktu itu, senyuman juga dipengaruhi oleh refleks. Sbb tu kadang2 walau dalam tido kita nampak dia tersenyum. Saya rindu senyuman Azfar waktu itu, setiap kali nak tidur mesti tersenyum dulu. Eh tetiba cerita anak pulak :)

Satu lagi senyuman baby adalah senyuman sosial, iaitu senyuman yang dikawal olehnya, bermula dari 2 bln ke atas (biasanya).

Yang pasti, senyuman yang paling ikhlas yang kita boleh dapat adalah dari anak kecil. Sungguh suci dan ikhlas dari hati senyuman2 mereka. Sbb anak2 kecil blom tahu erti senyum kambing, senyum sinis, senyum tak senyum dan segala jenis senyuman palsu yang ada dalam dunia.





So, semua jom kita senyum..

Senyum seindah suria yang membawa cahaya. senyum la dari hati duniamu berseri..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails