Pagi2 ni saya baca akhbar online. Bukan keputusan pilihanraya yang menarik minat kerana ianya seolah telah boleh diduga.
Tapi berita ini, yang buat hati saya sayu, sedih sungguh..
Dan semestinya perkara pertama dalam kepala, Azfar! Setiap kali ada cerita tentang penderaan bayi saya mesti sentiasa teringatkan anak bertuah saya itu. Risau sungguh!
Azfar pernah dijaga oleh dua babysitter sebelum saya (kami) buat keputusan hantar dia ke nursery. Babysitter yang pertama tu isteri kawan saya. Kami berhentikan sebab kakak tu pregnant dan dia selalu cuti sbb alahan. Lagipun, dengan keadaan dia mcm tu saya tak harap dia boleh jaga anak saya dengan baik.
Yang kedua, saya hantar pada mak kawan Soulmate. She's the best! Dia tatang anak saya lebih dari saya sendiri. Mungkin sebab dia lebih berumur dan dia memang sayangkan budak2. Sebenarnya dia cuma tolong kami sbb kami paksa rela dia untuk jaga Azfar sementara kami cari tempat baru. Terkilan sungguh saya, kenapa saya tak jumpa dia dulu sebelum ni?
Bila dah merata kami cari babysitter tak jumpa yang berkenan di mata dan di hati, kami mengalah jua. Hantar juga Azfar ke nursery. Mula2 mmg ada je yang tak kena pada pandangan mata kami. Sekarang saya rasa kami buat keputusan yang betul. Lagipun, nursery Azfar sekarang di bawah pengurusan baru yang lebih baik, jauh lebih baik. Saya lega sikit..
Kenapa perlu disakiti ye budak2 yang baru belajar mengenal dunia? Yang tak tahu betul salah perbuatannya? Yang tahu makan bila lapar, tidur bila mengantuk dan main bila rasa senang hati? Yang hatinya begitu ikhlas dengan setiap senyuman mahupun tangisan? Kenapa? Saya tak faham..
Pernah masa saya bawa Azfar ke klinik, ada sorang baby yang lebih muda dari Azfar menangis tak henti2. Demam mungkin, kerana bertampal cool fever di dahi. Saya faham mak dia mungkin penat, tapi saya rasa tak perlu lah marah baby dia. Sungguh2 dia marah, tepuk pun kuat gaya marah sambil mendengus. Masalahnya, bila marah pun budak tu nangis juga kerana dia tak selesa. Bukankah dalam keadaan tu lebih elok buat dia rasa selesa. Mmg saya tak faham perbuatan mak dia pada masa tu..Mak saya pernah pesan, jadi mak orang ni jangan pentingkan diri sendiri. Penat mcm mana pun kita, senyum la untuk anak.
Saya tak kata saya ni mak orang yang bagus sangat. Saya pun sedang belajar menjadi mak orang. Saya anggap biasa kalau kita terjerit sikit bila tengok anak pegang sofa sebelah tangan badan dah bergoyang nak jatuh. Atau kalau kita nak pakaikan lampin, badan asyik nak meniarap. Marah2 manja kata orang..
Mmg susah nak membesarkan anak lebih2 lagi bagi yang bekerja. Pada yang hantar ke nursery atau babysitter, kita terpaksa mengharapkan belas ihsan mereka untuk jaga walau tak sebaik kita tapi sekurang2nya terjaga jugak la anak kita.
6 comments:
sabar je la
mmg itu je yg mampu kita buat :)
dalam dilema la kalau nak cari org tuk tolong jagakan anak nie..
kalau dah namanya working mama ni terpaksa la. Lain la kalau parents dekat boleh mintak tolong. Mcm saya ni jauh mmg terpaksa hantar kat org atau nursery je.
salam mawar....
nk tau taska mana mawar hanta azfar?kita tgh riki2 bs ngn taska....harap boleh membantu
Anon: Saya hantar ke Alamria Kids di Precint 9. So far saya puas hati hantar Azfar ke situ. Alhamdulillah
Post a Comment