28 June, 2010

Saya Sedang Berduka Lara..

Jadi saya nak buat beberapa pembelian online untuk menghiburkan jiwa ;-)

"Failure makes you humble"

26 June, 2010

10 Months Lil' Azfar

Sudah sepuluh bulan anak bertuah mama sorang ni. Selamat hari lahir yang ke sepuluh bulan sayang!




Kamu memang pengubat jiwa lara, penyejuk hati, anugerah terindah buat mama.

Sekarang Azfar sangat kemaruk berdiri dan berjalan (berjalan kena pegang lagi la). Jadi bila tiba hujung minggu kami bawa dia ke serata taman di Putrajaya ni melepaskan gian dia tu. Kalau tak, habis dipanjat badan mama & baba dan semua perabot umah yang tercapai dek tangan comel dia.



Mama & Baba sayang kamu sangat!






21 June, 2010

Birthday!


No, not Azfar's ;P

It's Soulmate's birthday!!




Dua gula-gula hati saya :)


Happy Birthday + Father's Day dear. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat dan bahagia selalu..

Lots of luv,

Mama & Azfar

15 June, 2010

Nama Itu Indah

Lunch td saya ikut teman ke tempat yang dia rasa selera nak makan. Org mengandung, seleranya pelik ye, hari ni suka esok mungkin tak. Suami-suami sila jangan persoalkan! Cubalah sedaya mungkin memenuhi selera isteri2 yang sedang membawa zuriat kamu. Saya menyampah sungguh dengan ayat; "hormon je tu, jgn ikut sangat." Hey, hormon ke tak, bukan kamu yang sedang menanggung rasa loya mereka, jadi ikut je!

Sebelum balik singgah di gerai yg jual buku2 agama. Teman saya belek buku himpunan nama indah dalam islam. Ohhhhhh satu proses yang mengambil masa mulai daripada tahu tentang kewujudan bayi dalam kandungan sampai la dia keluar menyapa dunia. Must-do-list yang paling susah dan mengambil masa paling lama.

Teringat pula masa saya dan Soulmate memilih nama untuk Azfar. Dari awal lagi kami kalau boleh nak anak perempuan, jadi nama2 yg difikirkan pada masa tu semuanya perempuan. Bila doc bgtau baby boy, kami terima juga cuma pening memikirkan nama untuk baby boy pulak. Prinsip kami mudah, simple (1 perkataan je) dan punya makna yang elok. Cari punya cari, kami pilih Azfar. Cikgu dia nnt nak panggil pun senang, Azfar bin Aizwan :) Maksudnya, yang berjaya atau yg menang. Kami jumpa nama dia di sini.

Semoga kamu jadi orang yang berjaya nanti ye Azfar!

Pilihan nama kamu?

10 June, 2010

Bagi Baby 9 Bulan Makan Marjerin Dan Telur??

'You're probably noticing that your blossoming baby is learning different ways to express himself emotionally. He's also becoming more social day by day. A few of his favourite new tricks, maybe clapping, especially when pleased; waving bye-bye; pointing to indicate what he wants or when he sees something new and interesting; shrieking loudly to attract your attention; laughing at silly sounds and expressions; and crying in a specific tone to convey a particular "request".'

* source: babycenter

This is soooooooooooo Azfar except for clapping when pleased. So far dia belum reti tepuk tangan sendiri. Kalau kita tepuk tangan dia nyanyi lagu tepuk amai2, dia masukkan semua jari dalam mulut.

Waving bye-bye, baru semalam belajar. Orang letak dia dalam cot suruh tido, dia bangun bergayut kat tepi cot sambil waved bye-bye kat mak bapak dia. Haisshhh anak anak..

Pasal crying in specific tone tu mmg betul sangat. Azfar ada 2 jenis menangis, nangis mengada-ngada minta bermanja, nangis menjerit nak terkeluar anak tekak sambil air mata, air hidung meleleh bagai nak minta susu.

Dua hari lepas bawa dia ke klinik untuk checkup biasa. Berat baru 8.1kg, kira ok la utk anak mama yang keluar 1.7kg je ni. Kalau ikut carta tumbesaran masih dalam kawasan putih kira ok la kan. Asalkan kamu membesar dengan sihat ye Azfar.

Yang tak pahamnya, nurse tu minta saya bagi Azfar makan telur separuh masak campur dalam bubur dia. Boleh? Melalui apa yg saya baca, baby bawah umur 1 tahun tak digalakkan makan telur lagi2 separuh masak sbb telur biasanya bagi allergic reaction pada kebanyakan baby. Tp nurse tu cakap, mmg kena bagi utk tahu Azfar ada allergic atau tak dengan telur sbb kalau dia ada allergic, masa nak amik imunisation utk umur 1 tahun nnt kena jumpa doc dulu.

Itu je reason terbaek yg nurse tu boleh bagi?! Kecewa.

So, ada tak u all dinasihatkan mcm ni?? Ataupun, mmg semua org tau saya je yg tak tau??

Oh ya, ada lagi satu nasihat dia yg saya rasa tak berapa logik. Dia suruh saya letak marjerin dlm bubur Azfar, saya ulang ye, MARJERIN!! Saya tanya banyak kali mana la tau kot2 la dia terlupa, sebenarnya nak cakap butter (unsalted) kan tp dia asyik ulang marjerin. Bila ditanya, dia jawab baby perlu tenaga untuk membesar. Ok kali ni saya pasrah, malas dah nak tanya reason. Mcm mana korang rasa??

09 June, 2010

Inilah Aktiviti Selama Saya Menyepi :)

Lama juga blog saya ni terbiar. Bukan sengaja; sungguh! Cuma sedikit sibuk.


Minggu lepas 2 hari 1 malam saya ke Melaka atas tuntutan kerja. Pertama kali tidur saya tanpa Azfar, sedih sungguh. Pagi sebelum bertolak saya hantar ke school dia mcm biasa. Ntah kenapa air mata saya mengalir, puas menahan tp gagal juga. Soulmate terkejut tengok saya, hati ibu mmg begitu istimewa ye wahai suami.

Dari Melaka saya kembali ke Putrajaya kemas itu ini dan teruskan perjalanan ke utara, kampung halaman :) Asalnya kami tiada cadangan nak balik kampung tetapi demi sahabat yang meraikan hari istimewa, saya cuba juga luangkan sedikit masa.


Selamat Pengantin Baru buat kamu, Mohaini dan suami juga! Moga kehidupan baru yang kamu sedang bina dan lalui diberkatiNya.

Kebetulan pula pakaian saya ikut tema :)




Nak juga selit gambar budak comel yang kena tinggal semalaman. Mama sayang kamu Azfar (tetiba)

Hari Ahad sebelum kembali ke Putrajaya, kami singgah di Meru, sekali lagi menghadiri hari istimewa sahabat, tapi kali ni sahabat Soulmate.



Selamat pengantin baru juga kepada kamu berdua!



Sekali lagi nak juga selit gambar budak bertuah ni. Inilah akibatnya bila bawa anak ke majlis kenduri kendara yang panas lit lit (bak kata orang kedah. Maksudnya panas sangat2). Dah masuk kereta buka baju seluar semua. Nasib baik mak bapak tak join sekali, kalau tak kita bertiga bermalam di hospital bahagia ;)

Nak menunjukkan lagi betapa sibuknya saya kebelakangan ini, isnin plak saya ke ipoh semula untuk urusan kerja. Haihhh penat sungguh.

Akibatnya, sejak semalam nafas saya rasa panas, tekak rasa perit, batuk2 kecil mula muncul, hidung pula tersumbat. Puas, padan muka kamu Mawar!

01 June, 2010

Alhamdulillah Syukur

Saya sangat bersyukur. Terima kasih semua pada yang bekerja rapat dgn saya terutamanya boss saya, colleague saya, dan staff saya..






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails