Biasanya orang kata 'cepatnya masa berlalu' atau 'baru semalam rasa sakit menahan contraction' atau 'pejam celik setahun dah..' Takdak yang salah, semuanya betul. Mmg terasa cepat masa berlalu sejak hari pertama kamu menyapa dunia Azfar, mmg seperti baru semalam terasa sakit menahan contraction saat kamu berusaha untuk keluar melihat dunia Azfar, mmg sepantas kelipan mata terasa setahun telah berlalu mulai saat pertama kamu menarik nafas di dunia Azfar.
Setahun kamu menceriakan hidup mama & baba, setahun juga kadangkala kamu mendukalarakan hidup mama & baba, setahun juga kamu huru hara kan hidup kita bertiga :-) setahun juga kamu mengajar mama tentang kasih sayang, gundah gulana, sedih kecewa, suka duka dan segalanya.
Terima kasih Allah kerana meminjamkan saya anugerah terindah ini, membenarkan saya merasa nikmat dan rahmat menjadi ibu kepada seorang hambaMu..
Untuk Azfar mama,
Selamat hari lahir yang pertama!! Mama sayang kamu sangat! Kalau mama peluk cium kamu, bukan bererti mama ingin menyakiti tapi mama menyayangi. Kalau mama tinggikan suara pada kamu, bukan bererti mama memarahi tapi mama mengajari.
Love you sayang mama, will always do. No one loves you the way i do
Happy First Birthday!!
Lots of Love,
Mama
7 comments:
Happy 1st birthday azfar!!!
dengan ucapan.. mama tanak bagi adik kee. hehehehe...
cepat jer they grew up in front of our very eyes kan... huhuhu..
few nights ago, i watched video of hariz when he was few weeks old, i cried bley.. huhuhu.. ohh they grew up so fastt...
happy bufday azfarrrrr sayang!
ya rabbi dah setahunnn..sama ngan qies jugak nak bufday.
azfar syg,baju raya azfar niii bilelaaah antie nak kasii..soh mama dtg foodcourt teja precint 9 meh,antie kasi by hand..
thanks auntie ida!!
oh my, adik???!! teringin tu ada tp takut tak terkejar la.
u cried? sweet la u. Tapi mmg sejak jadi mak mak ni simple & sweet things mcm tu pun bole buat kita cry kan..
antie yatt, tq tq tq!!
Besday Azfar & Qies ni kan lebih kurang beza baper hari je kan. Cepat sungguh rasa diorang dah setahun.
Foodcourt teja? Boleh je tp bulan2 puasa ni pegi foodcourt tak menimbulkan syak wasangka ke? hehe
happy 1st birthday,azfar!
Thanks baini =)
happy first besday 2 azfar.. =)
Post a Comment