30 August, 2010

Salah Ke???

Entry di kala kebosanan sambil tengok jam menunggu masa balik mmg mcm ni ye kawan2.

Ini tumbuhan peliharaan saya di ofis. Baru sebulan lebih beli di IKEA. Kawan2 ofis saya kata saya bazir RM1.90 sbb tumbuhan tersebut boleh dapat di tepi jalan je (Lepas orang dah beli baru kau nak cakap..hadoii!!!)





Masalahnya sekarang ni adalah, dalam bulan puasa ni mcm mana saya nak siram dia?? Selalunya saya ambik air dalam mug dan siram pokok ni tp bulan puasa rasa bersalah yang amat tau bila ambik air dalam mug biarpun setakat nak siram pokok. Rasa mcm orang kata tak reti malu budak tak posa ni huhuhu..

Lepas seminggu lebih tak bersiram, saya rasa kesian tengok pokok peliharaan saya. Kalau dia boleh bercakap mesti dia dah menjerit kehausan, ataupun dia menangis mintak saya hantar dia balik umah mak dia IKEA hiks!

Jadi pagi2 tadi masuk je ofis saya terus ambik mug isi air untuk siram dia. Semua orang yang lalu nak punch card tengok saya pelik sambil senyum2.

Rasa nak jerit: SAYA PUASA LA..SAYA CUMA NAK SIRAM POKOK DENGAN AIR NI!!!!!!!!

Tapi tak terkeluar dari mulut saya. Saya cuma mampu senyum. Mesti depa ingat saya tak puasa huhuhuhu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails