****PERINGATAN****
Penulisan saya pada kali ini adalah luahan emosi semata-mata!! Org kata tengah marah jangan tulih blog tp saya nak tulih jugak!
Pagi ni saya terima call dari kawan lama; Oit, apa habaq??
Saya cuma senyum, rasa lega bila dengaq oghang cakap utara. Saya suka.
mula2 sembang ok tapi lama2 masuk bab dia complaint servis kat hospital yang dia baru pi lembab.
Saya dengar ja dia bercakap walaupun dalam hati nak kata; awat hang tak pi hospital private yang bersepah dalam Malaysia ni? Bayaq seringgit paham2 ja la. Kalau nak cepat, bayaq mahai skit.
Masa saya masuk hospital nak bersalin, ada sorang kakak depan katil saya yang dah 3 minggu duduk hospital masalah uri. Saya tanya dia, berapa dia bayaq (sbb dia org awam, rate tak sama dgn saya) Dia ckp lebih kurang RM200 seminggu. Seminggu tau, cuba hang pi private, 200 tu satu malam ja. Jadi sila bersyukur.
Saya tak nafikan, mmg kat mana2 organisasi mesti ada staff yg buat hal, tapi kerana government servant ni lebih dari sejuta org sbb tu la nampak sangat kekurangannya. Awak kerja kat tempat yang staff tak sampai 1000 org pun masih ada yg buat hal kan, cuma tak kecoh satu malaysia sbb populasi awak sikit. Paham? Balik2 ckp cukai yang dia bayaq tu la buat bayaq gaji depa ni. So? Sbb alasan tu, depa kena minta sedekah kat hang? Melutut layan hang? Hang ingat depa tak bayaq cukai ka?
Duit cukai hang tu bukan takat bayaq gaji depa; buat jalan, bagi hang senang lalu dengan kereta besaq hang tu; buat hospital supaya hang bayaq seringgit tapi dapat ubat berkoyan2; buat sekolah supaya anak2 hang ada masa depan.
Anak saya mmg jumpa paed dari private. Setiap bulan pi, dan setiap kali pi, kurang2 kena tunggu sejam. Agak2 teruk skit 3 jam, tapi saya tak nampak sorang pun complaint kenapa lambat. Mungkin, hospital kerajaan kena charge pada harga yang sama baru org tak complaint.
Hidup ada pilihan. Pilih yg terbaik untuk diri sendiri. Bila dah pilih jangan tuding jari kat org, org tu salah, org ni salah..
Maaf kalau ada yang terasa dengan bahasa saya. Saya org Kedah, besaq kat Penang. Org utara mmg ckp kasaq skit.
Sekian.
1 comment:
change we can believe.....
ada semcam benda yang tidak kena dlm pandangan saudari pada servis hospital kerajaan, servis yang teruk, lambat, kurang mesra dan kurang sopan itu semacam sudah menjadi 1 trade mark bagi hospital kerajaan, alasan yg selalu digunakan, "awak bayar murah je, so sabor je la ye", di mana kah prinsip kemanusiaan dicampak disini?adakah dgn bayaran yang murah seorang manusia harus menjadikan dirinya itu kurang ajar, kurang cekap dan sgt kasar dalam layanan terhadap pesakit?tidak diminta layanan sebagai seorang raja mahupun dewa,cukup sekadar melayan pesakit sebagai seorang insan,bukan sebagai binatang, ya sebagai binatang, kerana itu la realiti layanan hospital kerajaan ini, mungkin saudari dan sesetengah golongan masyarakat mampu utk pergi ke hospital swasta yang jauh lebih hebat layananya, tetapi fikir2kan la manusia yang x mampu untuk bayaran yag mahal, adakah kerana mereka ini kurang berduit harus mereka dilayan dengan sekasar-kasarnya?reformasi harus dilakukan di dalam istituisi kesihatan negara kita,memti kata2 saudari juga, "hidup ini ada pilihan, pilih yang terbaik utk jadi lebih sopan dan kompetensi, dan akui la kesalahan kita jika org lain menegur, bukan menuding jari, cuba menegur mana yang leka, cuba mengejut mana yang alpa,"
Post a Comment