29 December, 2010

Setahun Telah Berlalu..Kenangan dan Pengharapan

Setahun lagi telah berlalu dalam hidup kita semua. Setahun yang ada suka dan dukanya. Setahun yang takkan pernah sama dengan tahun2 yang lain. Setahun yang tak pernah mungkin akan kembali menjengah diri. Setahun yang telah pergi.

Setahun ini saya belajar lagi menjadi anak yang baik pada mak abahnya. Setahun ini saya belajar lagi menjadi isteri yang sempurna pada suaminya. Setahun ini saya belajar dan belajar lagi menjadi mama yang hebat pada anaknya. Dan setahun ini juga saya sentiasa belajar lagi menjadi hamba yang taat pada Penciptanya.

Kerana saya punya harapan yang besar untuk tahun yang mendatang..

Saya mengharap menjadi hamba yang lebih taat pada perintahNya. Saya mengharap menjadi anak yang lebih baik, isteri yang lebih sempurna dan mama yang lebih hebat.

Kalau bercakap tentang menjadi anak yang lebih baik, kadang kala rasa sedih sendiri. Sejak umur saya 13 tahun saya dah ke asrama, jarang2 dapat balik ke rumah, sampai la ke universiti masih sama. Nak nak lagi saya study dulu kat UM, jauh dari keluarga sendiri. Bila habis belajar, mak mintak sangat cari kerja kawasan sekitar umah, tp kalau dah mmg degil kan cari jugak kat KL. Masa tu konon kalau takde Midvalley, takde KLCC kat Penang nun mcm mana nak hidup. Tak sedar diri kalau takde mak ayah lagi la tak boleh hidup. Lepas bersusah payah kat sini baru terasa kan senang kalau dapat tukar balik Penang. Sekarang dah kawen, dah ada anak sendiri baru rasa memang mcm nak mati kalau berjauhan dgn anak. Sbb tu sekarang saya sentiasa mengharap untuk jadi anak yang jauh lebih baik pada mak abah sendiri. Mengharap untuk sekurang-kurangnya senangkan hati mereka yang mungkin sedang merindui.

Kalau bercakap tentang menjadi isteri sempurna pada suami, saya percaya setiap yang bergelar isteri pasti ada harapan yang sama setiap tahun. Bercakap tentang saya, mmg kadang kala rasa kesian pada suami pun ada. Rasa teruk sangat diri saya ni pun ada. Rasa bersalah amat juga kadang kala terdetik di hati. Mujur saya punya suami yang sangat memahami dan jarang sekali mengungkit. Kalau nak dicaturkan semula kehidupan suami isteri saya pasti ingin mengubah kekurangan diri. Sepanjang usia perkahwinan kami rasanya boleh bilang dengan jari berapa kali saya vacum & mop lantai, berapa kali saya cuci toilet. Sejak ada Azfar lagi menjadi2, kadang2 suami yang basuh baju, basuh pinggan mangkuk, basuh botol susu Azfar. Kadang2 suami yang kemas katil pagi2. Tapi Alhamdulillah dia tak pernah merungut. Dalam hati hanya dia dan Tuhan yang tahu la kan. Cuma saya yang kadang kala malu sendiri. Sungguh kali ni, saya mengharap untuk jadi isteri paling sempurna di mata suami. Sungguh saya berazam untuk belajar mengubah jati diri. Kalau bukan isteri paling sempurna di dunia ini pun sekurang2nya saya nak jadi isteri paling sempurna pada suami sendiri.

Kalau bercakap soal mama terhebat pada anak juga kadang kala saya lupa diri. Kadang kala bila ambik Azfar dari nursery saya biar dia main sorang2 sedang saya cuma merehatkan diri. Saya lupa yang dia dah lebih lapan jam tak jumpa dan memanja diri dengan mama dia ni. Saya lupa nak tadahkan telinga mendengar keluh kesah bahasa dia sendiri. Saya lupa nak gelak ketawa melayan dia bermain. Saya lupa yang dia telah berdikari tanpa saya disisi selama lebih lapan jam siang tadi. Kadang bila dia merengek minta belas didukung saya tanya dia nak apa, mama sibuk ni. Kadang dia berjenaka tepuk muka atau gigit tangan saya, terus saya kata No! dengan suara yang tinggi. Kesian juga bila niat untuk berjenaka dengan mama berakhir dengan cebik muka sambil tahan air mata. Kali ni saya berazam untuk jadi mama terhebat buat anak kesayangan saya. Saya nak luangkan masa sekurang2nya setengah jam lepas ambik dia dari nursery sebelum saya menyibukkan diri masak atau merehatkan badan. Saya nak dengar cerita dia biar saya belum tentu paham apa yang dikatakan. Saya nak layan dia sepenuh hati, nak manjakan dia sepenuh jiwa, nak menyayangi dia hingga saya sanggup mati demi dia.

Walau apapun harapan saya untuk tahun akan datang, saya paling mengharap untuk menjadi hambaNya yang paling disayangi.

Besar harapan saya tahun depan. Moga2 segalanya ditunjukkan jalan dan dipermudahkan hendakNya.

2 comments:

baini said...

entry yang best!sayu je hati aku baca..

Mawar said...

tak berniat nak menyedihkan ko hehe. Oit kata nak balik. Ke ko kat ganu skrg ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails