20 February, 2011
Outstation On Your Birthday Is Not Fun At All
Hari ni birthday saya tapi saya jauh di JB, outstation. Outstation masa weekend + birthday adalah sangat sangat tak best!! Sangat!!! Orang biasa tanya apa yang kita harapkan pada hari macam ni. Saya cuma harap nak balik Putrajaya jumpa Soulmate dan buah hati kecil saya. Sangat22222 rindu pada mereka. Siap ambik open ticket dengan harapan kerja siap cepat kot2 dapat balik hari ni tapi nampak macam tak mampu, mungkin esok baru boleh balik memeluk mereka huhu.
Dah lama tak tinggal Azfar begini lama. Saya di sini sejak Khamis lagi, sampai Isnin. Haishhhh. Saya siap bawak baju busuk Azfar buat teman.
Rindu sungguh pada dia. Agak2 dia rindu mama dia tak kan?
11 February, 2011
Anak Kecil, Baju Melayu dan Playground
Setiap hari lepas ambik Azfar dari school dia, turun kereta dia mesti nak tengok2 kejap longkang depan umah lepas tu lari2 anak nak ke playground depan umah. Memang, anak kecil dan playground susah nak dipisahkan.
Gambar di bawah diambik pada hari Jumaat ye bukan hari raya ;-)
School Azfar mmg galakkan semua student kat situ pakai baju melayu/baju kurung pada hari Jumaat. Sebelum ni tak pernah pun saya layan, tapi kebelakangan ni rasa bagus juga macam tu. Sekurang2nya boleh pakai jugak baju melayu Azfar. Nak mengharap raya pun, setahun 2 kali je. Lgpun budak2, tahun depan dah kena beli baru sbb dah makin besar. Membazir pulak baju raya tahun ni kan.
Longkang yang mesti dia jengah tiap kali turun kereta (Gaya gitu maksudnya dia cuba bagitau saya takde air dalam tu).
Lepas tu apalagi, jom kita ke playground. Selalu yang jadi mangsa, baba dia la. Saya jarang ikut, biasa la nak prepare dinner Azfar lagi kan. Dinner mak pak dia, makan apa yg ada je la ;-)
09 February, 2011
Perkara yang paling dirindui masa selsema
Cuti Hari Wilayah + Chinese New Year baru-baru ni saya dan Soulmate ambik kesempatan balik kampung. Kata lama tak balik kan, nnt tak pasal2 mak ayah saya report polis plak. Mak saya pernah cakap nak report polis masa saya terlupa nak call dia seminggu dua tahun lepas.
Tambah cuti rehat hari isnin dan rabu dapatlah cuti seminggu. Untung sapa kerja kat Wilayah tahun ni hehe.
Dan seperti biasa, setiap kali balik kampung saya mesti demam + selsema + batuk yang teruk. Teruk tak teruk pun, dari Rabu minggu lepas sampai la ke hari ni (Rabu) dah seminggu selsema + batuk masih tak hilang. Kali ni paling teruk rasanya, telinga sakit sangat (mcm sakit masa dalam flite bila selsema) + tekak sakit, semuanya la sakit.
Satu malam masa di Sungai Petani Soulmate teringin nak makan Roti Nan, jadi kami keluar berdating berdua, tinggal Azfar di Cinta Sayang. Dari petang sejak Soulmate sebut nak makan Roti Nan sampai ke malam saya asyik terbayang betapa sedap dan syoknya dapat makan Roti Nan.
Tapiiiiii yang kecewanya, bila sampai je kat Chennai Curry House, dekat Village Mall, Sungai Petani tu baru saya perasan yang saya ni selsema dan telah hilang sementara deria bau huhu. Makan Roti Nan malam tu takat isi perut je la, tak dapat menikmati sepenuhnya kerana Allah telah tarik sekejap nikmat deria bau dari saya. Subhanallah besar kuasa Allah!
Itu baru Roti Nan...Tapi kalau nak kata perkara yang paling dirindui masa selsema (of course bukan Roti Nan tu) bau anak kecil saya Azfar. Sungguh, saya rasa sedih sungguh bila setiap kali cium dia saya tak dapat bau dia. Bau masam2 budak kecik tu la yang paling saya rindui masa selsema mcm ni. Rindu sungguh bau masam kamu, Azfar!!
Baru sedar kadang kala saya terlupa bersyukur pada nikmat Allah buat saya. Kadang2 tak tersedar pun tentang nikmat itu hingga Dia ambik sementara ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)