09 February, 2011

Perkara yang paling dirindui masa selsema


Cuti Hari Wilayah + Chinese New Year baru-baru ni saya dan Soulmate ambik kesempatan balik kampung. Kata lama tak balik kan, nnt tak pasal2 mak ayah saya report polis plak. Mak saya pernah cakap nak report polis masa saya terlupa nak call dia seminggu dua tahun lepas.

Tambah cuti rehat hari isnin dan rabu dapatlah cuti seminggu. Untung sapa kerja kat Wilayah tahun ni hehe.

Dan seperti biasa, setiap kali balik kampung saya mesti demam + selsema + batuk yang teruk. Teruk tak teruk pun, dari Rabu minggu lepas sampai la ke hari ni (Rabu) dah seminggu selsema + batuk masih tak hilang. Kali ni paling teruk rasanya, telinga sakit sangat (mcm sakit masa dalam flite bila selsema) + tekak sakit, semuanya la sakit.

Satu malam masa di Sungai Petani Soulmate teringin nak makan Roti Nan, jadi kami keluar berdating berdua, tinggal Azfar di Cinta Sayang. Dari petang sejak Soulmate sebut nak makan Roti Nan sampai ke malam saya asyik terbayang betapa sedap dan syoknya dapat makan Roti Nan.

Tapiiiiii yang kecewanya, bila sampai je kat Chennai Curry House, dekat Village Mall, Sungai Petani tu baru saya perasan yang saya ni selsema dan telah hilang sementara deria bau huhu. Makan Roti Nan malam tu takat isi perut je la, tak dapat menikmati sepenuhnya kerana Allah telah tarik sekejap nikmat deria bau dari saya. Subhanallah besar kuasa Allah!

Itu baru Roti Nan...Tapi kalau nak kata perkara yang paling dirindui masa selsema (of course bukan Roti Nan tu) bau anak kecil saya Azfar. Sungguh, saya rasa sedih sungguh bila setiap kali cium dia saya tak dapat bau dia. Bau masam2 budak kecik tu la yang paling saya rindui masa selsema mcm ni. Rindu sungguh bau masam kamu, Azfar!!

Baru sedar kadang kala saya terlupa bersyukur pada nikmat Allah buat saya. Kadang2 tak tersedar pun tentang nikmat itu hingga Dia ambik sementara ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails