I missed my period for few months already. Mmg read few months ye bukan typo error. My last one was in January. Tapi saya buat rilek je malas nak test, sebabnya kami amalkan famili planning katanya kan. So peratus nak pregnant adalah sangat tipis. Ada, saya tak nafikan cuma adalah sangat tipis.
Tapi, sebab risau Azfar suka sangat menjatuhkan badan dia atas perut saya (mana la tau rezeki Allah nak bagi kan), saya nekad beli juga pregnancy test kit tengahari tadi. Sampai je di ofis, belum sempat letak handbag dalam bilik terus saya singgah ke washroom, ofcos la bersama-sama test kit yang baru saya beli tu :-)
Memang tak menyabar sungguh. Saya rasa gelisah nak menunggu line keluar. Takut kalau double line. Bukan saya tak bersyukur, cuma sungguh saya belum bersedia sepenuhnya. Seorang anak untuk dibesarkan bukan perkara kecik yang boleh asal ada je, terima. Pada saya, perlu perancangan teliti, perlu rancang segalanya. Dari keadaan kewangan, fizikal dan mental saya sendiri sehingga la ke Azfar. Semua orang dalam keluarga saya perlu betul-betul bersedia untuk menerima keadaan keluarga yang akan totally berubah. Hmmm seminit yang mendebarkan.
Lepas seminit berlalu, cuma satu line yang appear. Saya patut rasa lega. Tapiiiiiiiiii yang peliknya, terdetik juga rasa kecewa dalam hati. Seolah-olah hati saya kata, alahhhhh kenapa satu line je?
Soal hati memang pelik.
*Moral of the story: saya kena buat appointment dgn O&G tanyakan hal 'kawan baik' yang tak datang menjenguk ni :-)
22 April, 2011
01 April, 2011
Ini Menyebabkan Amarah
Lebih kurang dua minggu lepas saya terima surat ni. Surat yang saya tunggu-tunggu berbulan-bulan lamanya. Kalau masih ingat entry saya yang ni, saya dah selesaikan hutang pinjaman pendidikan yang satu tu. Janjinya pada hari saya selesaikan hutang tu, saya akan diberi surat pelepasan hutang dalam tempoh 2 bulan.
Kerana janji tu, selepas tamat tempoh dua bulan saya asyik la call hotline agensi berkenaan untuk bertanya tentang surat yang dijanjikan. Jangan kan surat nak sampai, bayang posmen menghantar pun tak nampak. Pernah sekali saya call, jawapannya
"Baru lagi ni, tunggu la sebulan dua lagi.."
Bikin panas betul! Saya tau, selama ni saya berhutang dengan awak tapi bila saya dah selesaikan, jangan la buat saya macam tu. Ok, lupakan part menunggu berbulan-bulan diiringi panggilan telefon dan emel yang berterusan tapi tiada jawapan. Akhirnya saya terima jugak surat berkenaan.
TAPIIIIII, kalau dilihat pada isi kandungan suratnya, ada beberapa perkara yang saya masih tak puas hati.
1. ....sebagai bayaran akhir pinjaman pendidikan P*P*N, tertakluk kepada apa-apa bayaran yang masih belum dikemaskini (sekiranya ada).
Apakah?????????? Bukan ke masa saya call tanya baki pinjaman kerana saya nak bayar penuh, katanya saya perlu ke HQ atau One Stop Centre supaya akauntan P*P*N boleh buat kiraan yang tepat tentang baki pinjaman tersebut. Kenapa bila datang surat, masih perlu ada 'bayaran yang masih belum dikemaskini' tu. WHY??
2. ........, sekiranya tiada apa-apa tuntutan daripada P*P*N dalam tempoh 6 bulan, surat pelepasan pinjaman ini dianggap muktamad.
Ok saya rasa nak menjerit sekarang. Lepas tunggu hampir setahun untuk dapat surat pelepasan ni, awak suruh saya tunggu lagi 6 bulan sebelum surat dianggap muktamad!!! Kenapa awak tak tunggu je lagi 6 bulan (dan biar saya call dan emel awak mcm org gila) baru awak keluarkan surat yang dah muktamad!!!! Apekah??
Nak update bayaran yang org dah buat pun macam ni, lagi awak nak keluarkan kat surat khabar berpuluh ribu org tak bayar? Ke awak yang tak update makcik?
*p/s: Maaf entry emosi pagi2 ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)