01 April, 2011

Ini Menyebabkan Amarah



Lebih kurang dua minggu lepas saya terima surat ni. Surat yang saya tunggu-tunggu berbulan-bulan lamanya. Kalau masih ingat
entry saya yang ni, saya dah selesaikan hutang pinjaman pendidikan yang satu tu. Janjinya pada hari saya selesaikan hutang tu, saya akan diberi surat pelepasan hutang dalam tempoh 2 bulan.





Kerana janji tu, selepas tamat tempoh dua bulan saya asyik la call hotline agensi berkenaan untuk bertanya tentang surat yang dijanjikan. Jangan kan surat nak sampai, bayang posmen menghantar pun tak nampak. Pernah sekali saya call, jawapannya


"Baru lagi ni, tunggu la sebulan dua lagi.."


Bikin panas betul! Saya tau, selama ni saya berhutang dengan awak tapi bila saya dah selesaikan, jangan la buat saya macam tu.
Ok, lupakan part menunggu berbulan-bulan diiringi panggilan telefon dan emel yang berterusan tapi tiada jawapan. Akhirnya saya terima jugak surat berkenaan.


TAPIIIIII, kalau dilihat pada isi kandungan suratnya, ada beberapa perkara yang saya masih tak puas hati.


1. ....sebagai bayaran akhir pinjaman pendidikan P*P*N, tertakluk kepada apa-apa bayaran yang masih belum dikemaskini (sekiranya ada).



Apakah?????????? Bukan ke masa saya call tanya baki pinjaman kerana saya nak bayar penuh, katanya saya perlu ke HQ atau One Stop Centre supaya akauntan P*P*N boleh buat kiraan yang tepat tentang baki pinjaman tersebut. Kenapa bila datang surat, masih perlu ada 'bayaran yang masih belum dikemaskini' tu. WHY??


2. ........, sekiranya tiada apa-apa tuntutan daripada P*P*N dalam tempoh 6 bulan, surat pelepasan pinjaman ini dianggap muktamad.



Ok saya rasa nak menjerit sekarang. Lepas tunggu hampir setahun untuk dapat surat pelepasan ni, awak suruh saya tunggu lagi 6 bulan sebelum surat dianggap muktamad!!! Kenapa awak tak tunggu je lagi 6 bulan (dan biar saya call dan emel awak mcm org gila) baru awak keluarkan surat yang dah muktamad!!!! Apekah??


Nak update bayaran yang org dah buat pun macam ni, lagi awak nak keluarkan kat surat khabar berpuluh ribu org tak bayar? Ke awak yang tak update makcik?


*p/s: Maaf entry emosi pagi2 ni...

4 comments:

Fazira Aziz said...

dear.. im having trouble with PTPTipu also... dah sebulan lebey i requested utk bayaran penuh. tapi la ni tak bagi hapdet.

do u face same prob? kalau mcm ni la, i think im gonna facing the same prob as u bila dah bayar. ish... bangang betul...

Mawar said...

Masa saya nak bayar dulu, diorang suruh pegi One Stop Centre kat KL Sentral konon sbb akauntan boleh finalized jumlah hutang. Kalau hantar surat mmg makan tahun la nak tunggu diorang jawab.

i've checked dgn kawan2 yang dah bayar penuh, mmg problem sama je mcm ni.

Good Luck to u :-)

Unknown said...

anda memang patut mengamuk
dan tak salah kalau kuarkan statment dalam paper pulak
tak pun email direct je ke pengarah dia. biar dia pulak melenting
kadang2 kena kasik gempar derang ni

Mawar said...

Tu la
rasanya derang kena kaji balik la sistem ni
menyusahakan peminjam yang bersemangat nak bayar ;-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails