26 August, 2011

Azfar, 2 Tahun


Lama juga memikirkan apa yang patut saya tulis di hari lahir yang ke 2 buah hati pengarang jantung saya. Hari ini genap usia Azfar 2 tahun. Apa yang saya rasa? Susah nak dikata. Suka kerana anak saya semakin besar, semakin bijak. Kalau nak kata saya sedih sebab masa cepat berlalu dan saya nak dia jadi baby sampai bila-bila, minta maaf, memang tak la. Saya jarang rasa begitu. Saya nak dia membesar dan jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.







Lahir dalam bulan Ramadhan, jadi dua tahun ini Azfar sambut birthday dalam bulan Ramadhan juga. Alhamdulillah, mencabarnya membesarkan Azfar sepanjang dua tahun ini sentiasa terubat dengan senyuman dan gelak tawa dia.

Kalau ditanya tentang harapan, saya cuma mahu berjaya membesarkan dia dengan didikan yang paling sempurna. Supaya bila dia berjaya di dunia, dia ingat bekalan akhirat. Supaya bila dia mendapat kesenangan hidup, dia ingat kesusahan insan lain. Supaya bila dia gembira, dia tidak lupa waktu dukanya. Supaya susah senang hidup yang dia hadapi, dia ingat Allah Tuhannya.



Juga, bila dia semakin dewasa dan punya hidup sendiri, dia ingat untuk bertanya khabar ibu bapanya. Eh, macam dah jauh sangat saya berfikir, anak baru masuk 2 tahun dah cerita kalau besar nanti macam mana kan ;)



Azfar sayang, bila mama tanya; siapa anak manja mama? Azfar tahu kan jawapannya; Azfar. Azfar akan sentiasa dan sampai bila-bila menjadi anak manja mama. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke dua sayang.




Mama & Baba sayang Azfar sangat!













2 comments:

Momma Qiestina said...

happy bufday azfar saaaaaaaaaayang!

teringat kita sama2 mengandung & lahirkan bby ramadan 2009.dah besar kan anak kita :)

harapan saya pon sama, nak qies berjaya dunia & akhirat.

Mawar said...

Thank you!!

Itulah, baby Ramadhan kita ni harapnya seberkat, semulia dan seindah Ramadhan juga.

Happy birthday to Qies juga!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails