Bermula semalam hingga hari ini, di mana sahaja, orang Malaysia sedang bercerita tentang kisah kejayaan meraih emas bagi acara bola sepak dalam sukan SEA. Masih panas, sepanas hati penyokong pasukan Indonesia yang rata-ratanya kurang percaya dan kurang dapat menerima berita kekalahan pasukan mereka. Apatah lagi tewasnya pasukan mereka pada penentuan tendangan penalti.
Memang sukar.
Keadaan di negara tercinta kita sudah pasti amat berbeza. Semuanya sedang bergembira, dari pemimpin negara hingga ke rakyat jelata masih galak berbual tentang sebutir emas yang berharga. Tak lupa juga perkara biasa; provokasi penyokong Indonesia terhadap seluruh pasukan kita.
Sedaya-upaya saya cuba memahami, kenapa begitu dalam sekali rasa benci pada kita.
Pada saya hubungan kita tak ubah seperti love-hate-relationship. Memang kita rasa jelik dan terhina dengan provokasi yang kadang kala nampak melampau, namun masih berpusu-pusu orang kita sibuk ke Bandung, Bali, Medan dsb untuk tujuan melancong, shopping dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Betapa orang indonesia rasa meluat dengan negara tercinta kita, mereka masih mengharap kita ke sana untuk merancakkan ekonomi mereka.
Mereka juga sama. Memang mereka rasa jelik dan meluat dengan Malaysia namun masih berpusu-pusu yang datang ke segenap pelusuk negara kita secara halal mahupun haram demi mencari rezeki buat kehidupan sempurna keluarga di sana. Dan betapa kita tersinggung lagi terhina dengan perbuatan sesetengah mereka, kita masih mengharap tulang empat kerat mereka dalam kebanyakan sektor pekerjaan di sini yang dipandang sepi rakyat sendiri.
Nah, bukankah kita saling memerlukan. Sebab itu, saya masih lagi kurang faham kenapa perlu ada rasa benci kepada kita.
Tahniah Harimau Muda!
22 November, 2011
18 November, 2011
Kalaulah Terdetik Di Hati Azfar
Semalam saya dan Soulmate balik dari kerja asing-asing. Soulmate pick up kereta dari bengkel, saya balik dengan Azfar. Sebelum balik lagi perut saya sudah terasa lapar. Lain macam laparnya petang semalam. Dalam kepala dah terbayang nak masak something simple supaya dapat cepat makan. Lagipun Soulmate inform dia lewat sikit. Kalau Soulmate takde memang sangat susah nak bergulai bagai. Lalu saya fikir nak masak nasi lepas tu buat nasi goreng saja.
Entah kenapa, sejak kebelakangan ini Azfar sentiasa hendak ada orang dengan dia. Paling kurang duduk bersama di sofa layan zikir di Oasis. Kalau saya memasak memang dia tanpa henti tarik kain minta diangkat. Kalau buat-buat tak perasan dengan perbuatan itu, dia akan menangis tanpa henti.
Jadi semalam, situasinya sama. Bila saya ke dapur Azfar mengikut. Saya keluarkan lesung batu, dia pun sibuk nak menumbuk juga. Selalu saya bagi dia isikan bawang, saya tumbuk. Semalam saya larang sebab saya tumbuk cili. Sekali larang, dia buat juga, dua kali larang masih buat. Lepas tu saya hilang sabar.
Perut tengah berkeroncong lapar tahap boleh gila haha anak pula sedang buat hal nak menumbuk cili. Lama-lama saya tinggikan suara, dia menangis kuat-kuat. Saya buat tak tahu masih teruskan tumbuk cili. Dia marah saya buat-buat tak nampak dia menangis, dia datang makin dekat. Saya risau cili yang saya tumbuk terpercik dan kena dia. Saya tolak dia jauh tapi dia datang balik sambil tarik-tarik tangan saya. Sampai waktu ini saya sudah hilang sabar. Saya marah dia sungguh-sungguh sambil pukul kaki dia sekali suruh jauh sikit. Dia menangis meraung yang tak pernah saya dengar selama hari ini.
Ya, saya tahu bunyinya saya kejam. Pentingkan diri sendiri. Bukan ibu yang baik. Lepas saya pukul kaki dia pergi jauh masih menangis bersungguh-sungguh. Entah kenapa saya tak pujuk dia. Saya terus masak sambil menangis. Saya menangis teresak-esak. Saya rasa teruk betul pukul anak sampai dia menangis macam tu sekali.
Bukan niat saya nak menyakiti dia. Kalau lah dia faham kenapa saya pukul dia.
Terus lepas tu saya hilang mood sepanjang malam. Bukan tak biasa saya marah Azfar. Kadang-kadang kalau dia buat salah dan saya tegur dengan baik jangan buat lagi dan dia masih ulang, biasanya saya akan marah. Saya cuma hendak dia tahu apa yang dia buat tu tak betul.
Tapi semalam, saya rasa saya terlebih-lebih dalam memarahi dia. Sampai sekarang hati saya masih risau, Azfar akan ingat sampai bila-bila ke yang saya marah dia semalam? Dia akan simpan dalam hati ke? Akan sampai ke satu masa dia ungkit yang saya tak patut marah dia dulu?
Kalau lah suatu masa nanti terdetik dalam hati Azfar, mama minta maaf sayang. Mama orang yang merasa sakitnya melahirkan Azfar. Mama cuma hendak Azfar jadi insan yang soleh yang membahagiakan, yang tahu membezakan baik buruk sesuatu perkara.
Mama sayang Azfar

14 November, 2011
Oktober Yang Penuh Kekalutan
Oktober lepas memang huru hara. Rasa hidup kami sekeluarga kurang terurus sepanjang bulan lepas. Saya jadi super busy. Minggu pertama outstation ke Seremban tiga hari, minggu kedua ke melaka dua hari, minggu ketiga peeeyhsee tiga hari. Minggu keempat berjaya melarikan diri dari outstation ke Johor selama seminggu. Lega..kalau tak memang betul-betul tragedi Oktober sungguh. Siapa kata orang gomen goyang kaki?
Di sebalik segala kekalutan sepanjang bulan itu buat kami masing-masing rindukan keluarga kecil kami. Sungguh saya rindu nak menjalani kehidupan biasa, setiap pagi bangun pergi kerja macam biasa. Sama-sama singgah school Azfar hantar dia. Balik kerja sama-sama. Sampai rumah, Soulmate dengan kerja gardening dia, saya masak dinner. Lepas tu makan dinner sama-sama, tengok tv sama-sama. Jauh lebih tenang. Syukur dengan rahmat kebahagiaan dari Allah buat kami sekeluarga.
November ini nampaknya lebih menenangkan walaupun ada sikit sebanyak gangguan di awal bulan. Azfar's class tutup seminggu sebelum Aidiladha kerana tiga orang kawan-kawan dia terkena HFMD (Alhamdulillah, so far Azfar sihat). Menggelupur juga mak paknya ni membincangkan mana nak letak budak kecil tu. Dengan short notice tu merasalah Azfar jadi peneman saya satu hari di ofis, satu hari Soulmate cuti, satu hari saya cuti, lepas tu dah cuti Aidiladha. Mujur..
~Budak Kecil super cheeky, terima kasih Allah atas anugerah ini~ |
Saya kira itu sahaja sebagai pemecah sepi blog ini. Mungkin nanti bila ada perkara yang saya ingin kongsi, saya tulis lagi ;-)
Oh sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah kepada Syirah & Azwan, salah seorang geng 6 jahanam saya yang telah selamat melahirkan baby boy pada 11.11.11 yang lepas. Memang bertuah anak hang, Syirah.
Jumpa lagi!
Subscribe to:
Posts (Atom)