Bermula semalam hingga hari ini, di mana sahaja, orang Malaysia sedang bercerita tentang kisah kejayaan meraih emas bagi acara bola sepak dalam sukan SEA. Masih panas, sepanas hati penyokong pasukan Indonesia yang rata-ratanya kurang percaya dan kurang dapat menerima berita kekalahan pasukan mereka. Apatah lagi tewasnya pasukan mereka pada penentuan tendangan penalti.
Memang sukar.
Keadaan di negara tercinta kita sudah pasti amat berbeza. Semuanya sedang bergembira, dari pemimpin negara hingga ke rakyat jelata masih galak berbual tentang sebutir emas yang berharga. Tak lupa juga perkara biasa; provokasi penyokong Indonesia terhadap seluruh pasukan kita.
Sedaya-upaya saya cuba memahami, kenapa begitu dalam sekali rasa benci pada kita.
Pada saya hubungan kita tak ubah seperti love-hate-relationship. Memang kita rasa jelik dan terhina dengan provokasi yang kadang kala nampak melampau, namun masih berpusu-pusu orang kita sibuk ke Bandung, Bali, Medan dsb untuk tujuan melancong, shopping dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Betapa orang indonesia rasa meluat dengan negara tercinta kita, mereka masih mengharap kita ke sana untuk merancakkan ekonomi mereka.
Mereka juga sama. Memang mereka rasa jelik dan meluat dengan Malaysia namun masih berpusu-pusu yang datang ke segenap pelusuk negara kita secara halal mahupun haram demi mencari rezeki buat kehidupan sempurna keluarga di sana. Dan betapa kita tersinggung lagi terhina dengan perbuatan sesetengah mereka, kita masih mengharap tulang empat kerat mereka dalam kebanyakan sektor pekerjaan di sini yang dipandang sepi rakyat sendiri.
Nah, bukankah kita saling memerlukan. Sebab itu, saya masih lagi kurang faham kenapa perlu ada rasa benci kepada kita.
Tahniah Harimau Muda!
No comments:
Post a Comment