18 November, 2011

Kalaulah Terdetik Di Hati Azfar

Semalam saya dan Soulmate balik dari kerja asing-asing. Soulmate pick up kereta dari bengkel, saya balik dengan Azfar. Sebelum balik lagi perut saya sudah terasa lapar. Lain macam laparnya petang semalam. Dalam kepala dah terbayang nak masak something simple supaya dapat cepat makan. Lagipun Soulmate inform dia lewat sikit. Kalau Soulmate takde memang sangat susah nak bergulai bagai. Lalu saya fikir nak masak nasi lepas tu buat nasi goreng saja.

Entah kenapa, sejak kebelakangan ini Azfar sentiasa hendak ada orang dengan dia. Paling kurang duduk bersama di sofa layan zikir di Oasis. Kalau saya memasak memang dia tanpa henti tarik kain minta diangkat. Kalau buat-buat tak perasan dengan perbuatan itu, dia akan menangis tanpa henti.

Jadi semalam, situasinya sama. Bila saya ke dapur Azfar mengikut. Saya keluarkan lesung batu, dia pun sibuk nak menumbuk juga. Selalu saya bagi dia isikan bawang, saya tumbuk. Semalam saya larang sebab saya tumbuk cili. Sekali larang, dia buat juga, dua kali larang masih buat. Lepas tu saya hilang sabar.

Perut tengah berkeroncong lapar tahap boleh gila haha anak pula sedang buat hal nak menumbuk cili. Lama-lama saya tinggikan suara, dia menangis kuat-kuat. Saya buat tak tahu masih teruskan tumbuk cili. Dia marah saya buat-buat tak nampak dia menangis, dia datang makin dekat. Saya risau cili yang saya tumbuk terpercik dan kena dia. Saya tolak dia jauh tapi dia datang balik sambil tarik-tarik tangan saya. Sampai waktu ini saya sudah hilang sabar. Saya marah dia sungguh-sungguh sambil pukul kaki dia sekali suruh jauh sikit. Dia menangis meraung yang tak pernah saya dengar selama hari ini.

Ya, saya tahu bunyinya saya kejam. Pentingkan diri sendiri. Bukan ibu yang baik. Lepas saya pukul kaki dia pergi jauh masih menangis bersungguh-sungguh. Entah kenapa saya tak pujuk dia. Saya terus masak sambil menangis. Saya menangis teresak-esak. Saya rasa teruk betul pukul anak sampai dia menangis macam tu sekali.

Bukan niat saya nak menyakiti dia. Kalau lah dia faham kenapa saya pukul dia.

Terus lepas tu saya hilang mood sepanjang malam. Bukan tak biasa saya marah Azfar. Kadang-kadang kalau dia buat salah dan saya tegur dengan baik jangan buat lagi dan dia masih ulang, biasanya saya akan marah. Saya cuma hendak dia tahu apa yang dia buat tu tak betul.

Tapi semalam, saya rasa saya terlebih-lebih dalam memarahi dia. Sampai sekarang hati saya masih risau, Azfar akan ingat sampai bila-bila ke yang saya marah dia semalam? Dia akan simpan dalam hati ke? Akan sampai ke satu masa dia ungkit yang saya tak patut marah dia dulu?

Kalau lah suatu masa nanti terdetik dalam hati Azfar, mama minta maaf sayang. Mama orang yang merasa sakitnya melahirkan Azfar. Mama cuma hendak Azfar jadi insan yang soleh yang membahagiakan, yang tahu membezakan baik buruk sesuatu perkara.

Mama sayang Azfar



2 comments:

||kiena|| said...

Mawar, l pon biasa marah2 dia sampai nangis. Memang terpaksa macam tu, kalau tak, satu kerja pon tak jalan,.. Lama-lama nanti dia paham & pandai layan diri sendiri bila kita tgh bz masak,..

Mawar said...

Itulah..

Sbb tu setiap hari berdoa diberikan kesabaran yang tinggi :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails