Bila saya tak dapar berikan Azfar kelebihan susu ibu semaksimum mungkin sehingga umurnya dua tahun, sebagai ibu bapa, kami cari susu formula yang paling baik dalam pasaran. Dalam fikiran pada masa tu, yang terbaik mesti yang paling mahal. Jadi kami pilih Enfagrow A+ untuk Azfar (biar takde duit janji anak dapat yang terbaik. anak masih sorang la katakan ^_^)
Mujur Azfar terima dengan baik susu ni walaupun setengah orang kata susu ni ada rasa pahit sikit dan panas yang boleh sebabkan cirit-birit. Hampir setahun Azfar consume susu ni dia nampak ok kecuali part dia tak suka makan, memang sejak umur 6 bulan sampai sekarang macam tu.
Lepas tu, masa umur Azfar 20 bulan, kami tukar susu formula dia kepada Mamil Gold. Alasannya, saya terpengaruh dengan iklan hehe. Bukanlah! Memang ada pengaruh iklan tapi bukan semata-mata kerana iklan la. Kami buat keputusan untuk tukar sebab Mamil Gold promote immunofortis yang katanya boleh tingkatkan sistem imun kanak-kanak dan kurangkan jangkitan penyakit biasa seperti selsema dan batuk. Azfar kan duduk nursery, jadi selsema dan batuk tu macam silih berganti datang. Lagipun, Mamil Gold ada pengesahan Halal daripada JAKIM.
Sekarang umur Azfar lebih kurang 28 bulan dan lebih kurang 8 bulan juga dia consume Mamil Gold. Sebulan dua yang pertama semua nampak ok. Cuma selepas tu dia jadi susah nak buang air besar. Sebenarnya dah beberapa lama masalah ni berlaku. Azfar cuma buang air besar 3 atau 4 hari sekali. Dan setiap kali tu memang azab la, kesian tengok dia. Bila saya cakap-cakap dengan kawan-kawan atau sedara mara, ayat yang biasa diulang, Azfar makan pun kurang macam mana nak buang air besar setiap hari.
Kalau ikut naluri keibuan saya *chewahhh saya rasa masalah ni mungkin ada kena mengena dengan susu formula dia. Sebabnya saya dah cuba bagi makan betik la, apple la, paksa minum air la pun masih sama. Mungkin juga dia kurang serat sbb Azfar kan ada sikit-sikit lelah, jadi saya tak berapa berani nak bagi dia makan banyak sangat buah.
So, antara solution yang saya ada sekarang ni saya nak cuba tukar susu formula. Mana tau ada susu yang lebih baik untuk sistem penghadaman & kumuhan dia. So far, saya belum ada specific brand lagi nak cuba.
Saya tak kisah susu mahal atau murah. Yang penting boleh kurangkan masalah sembelit Azfar. Cadang nak jumpa peads next week. Tapi kalau ada you all ada cadangan, do share ye!! Saya tahu penerimaan budak-budak ni lain-lain, tapi saya nak dengar pengalaman other mommies jugak pasal susu formula ni.
^_^