Alhamdulillah dengan rezeki Allah pada Soulmate dan keluarga kecil kami, kami kini dapat mendiami rumah sendiri sejak lebih kurang setahun lalu. Dan sekarang sedang congak-congak untuk cari second home, cadangnya nak beli untuk disewakan.
Sejak dalam proses survey rumah kami sekarang lagi, memang sudah buat keputusan untuk beli rumah dengan kadar tanggungan seorang sahaja, sama ada saya atau Soulmate. Supaya lepas setahun atau dua, kalau ada rezeki dapat juga beli sebuah rumah lain untuk buat harta.
Dalam keadaan pasaran hartanah sekarang, rasanya masa ini sesuai sangat. Kalau dengar berita baru-baru ini tentang jangkaan harga rumah tahun 2020 yang melonjak jadi puluhan juta, rasanya jauh sangat dari kemampuan kami berdua. Alang sekarang pun sudah terpisat-pisat nak membayar installment rumah, kalau harga berjuta boleh terus pengsan gamaknya.
Cuma, yang sering jadi tajuk perbualan kami sekarang, sama ada beli rumah jenis apartment/condo/flat atau landed. Dan juga kawasan mana yang paling sesuai dengan jenis rumah dan tujuan pembelian kami nanti. Dalam kepala saya ni, rasanya saya lebih suka rumah jenis apartment dan di sekitar kawasan Cyberjaya, Putrajaya atau Bangi. Memandangkan tujuan pembelian bukanlah untuk didiami oleh kami sendiri buat masa sekarang, rasanya rumah jenis apartment lebih senang untuk diuruskan. Dan kalau sekitar Cyberjaya, Putrajaya atau Bangi memudahkan kami untuk menguruskannya selain permintaan rumah sewa yang tinggi di kawasan-kawasan tu.
Kelebihan landed house pula, lebih senang untuk cari penyewa di kalangan orang yang telah berkeluarga. Maklum saja, bukan nak kata tak elok, cuma kalau penyewa bujang dan berkongsi pula, risau macam-macam ragam pulak nanti. Lagipun kalau landed house rasanya lebih selesa cuma harganya biasa lebih mahal.
Mungkin kami patut mula survey, keluar masuk showhouses dan developer offices lah lepas ni.
No comments:
Post a Comment