Saya masih ingat, sewaktu Pak Lah baru-baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia few years ago, dia balik ke Pulau Pinang. Semasa di Penang International Airport, memang ramai lah rakyat Pulau Pinang masa itu menyambut kepulangan dia ke negeri kelahirannya.
Bukan saya nak bercerita tentang Pak Lah atau karier politik dia atau senario politik negara, cuma satu ungkapan dalam ucapan dia yang menarik perhatian saya dan saya ingat sehingga kini. Dia minta semua orang, 'bekerja bersama saya, bukan untuk saya'.
Kalau lah semua dari kita dapat duduk sekejap dan berfikir tentang apa yang Pak Lah maksudkan, saya rasa semua orang dapat bekerja dengan perasaan senang hati.
Ini kes tak puas hati soal mood dan persekitaran kerja sendiri haha..
Bagi saya kalau saya owned a company, mungkin saya boleh buat semua orang bekerja untuk saya. Company itu saya yang punya, suka hati saya lah kan. Untung rugi saya tanggung sendiri, betul?
Tapi kalau dalam perkhidmatan awam yang lebih kurang 1.4 juta orang ini, saya berpandangan apa yang disebut oleh Pak Lah suatu masa lalu patut jadi amalan semua orang. Tiada seorang pun anggota dalam perkhidmatan ini yang patut bekerja untuk bos dia. Semua orang patut bekerja bersama-sama.
Bukan susah nak naik jadi pemimpin, tetapi bukan juga senang nak memegang tanggungjawabnya. Kena ada wisdom supaya dihormati, kena jadi padi supaya tunduk berisi.
Tapi sayang, ramai antara kita memilih untuk jadi kera yang mendapat bunga.
Peace ^_^
No comments:
Post a Comment