30 June, 2012

Percutian Keluarga: Sabah, Day 3 & 4


Setelah puas berendam dalam air, hari ketiga ni kami pilih untuk ke kawasan Kundasang & Ranau. Mana boleh kata dah sampai ke Kota Kinabalu kalau tak melihat puncak Kinabalu kan? Kalau ikut rancangan asalnya, tempat-tempat yang ingin dilawati adalah Kinabalu Park, Kg Luanti (Fish spa), Desa Cattle Dairy Farm, dan kalau sempat juga nak singgah di Rumah Terbalik.

Sama seperti hari ke 2, hari ni juga masing-masing bangun awal dan breakfast dengan seberat-berat makanan yang boleh. Maklumlah, walupun hari ni perjalanan di darat tetapi kawasan yang nak dituju majoriti penduduk adalah bukan beragama Islam.

Kami bertolak lebih kurang pukul 8.30 pagi. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau dikira dari segi jarak, rasanya tidak jauh mana. Cuma jalannya yang hampir sama macam nak naik Cameron Highland menyebabkan perjalanan mengambil masa 2 jam.

On the way

Sebelum ke sana, memang ramai yang nasihatkan kena sampai awal supaya masih boleh nampak puncak Kinabalu. Kalau lewat, puncak Kinabalu sudah dilitupi awan. Alhamdulillah, kami sampai di Pekan Nabalu yang juga ada Scenic Point lebih kurang jam 10.30 pagi dan masih tersergam indah puncak Kinabalu di pandangan mata kami.






Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah. Terasa begitu kerdil dengan kekuasaan Allah. Mata saya hampir bergenang pertama kali tengok Kinabalu. Dalam hati saya masa itu, kalau inilah perasaan saya masa tengok salah satu ciptaan Allah ini, macam mana lah agaknya perasaan orang yang sedang berdiri depan Kaabah..teringin sungguh saya nak merasainya.

Selepas lebih kurang setengah jam di sini kami teruskan perjalanan ke Kinabalu Park.

My boys!
Lepas Kinabalu Park kami teruskan perjalanan ke Ranau. Soulmate teringin sungguh nak ke Kg. Luanti Fish Spa. Tempat di mana kelah yang hidup liar di sungai akan mengerumuni kaki kita bila masuk dalam air. Ala-ala fish spa modern, bezanya kalau fish spa biasanya ikannya kecil tapi disini ikan-ikan kelah nya besar-besar. Dah sebesar siakap yang kita masak tiga rasa pun ada ;)

Cantik kan tempat ni?
Yang belah kiri suka dapat bergambar, yang tengah happy sbb dapat tengok ikan, yg kanan pulak masam sebab kena paksa bangun tidur haha
  

Dalam perjalanan, Azfar tidur sampailah kami tiba di Kg. Luanti ni. Tiket dah beli tapi tunggu sampai dia bangun baru kami masuk. Itupun, saya terpaksa kejutkan sebab panas kawasan situ.

Kemuadian, dalam perjalanan balik kami singgah ke Desa Cattle Dairy Farm di Mesilau. Waktu kami sampai, susu dah habis tapi kami masuk juga. Alang-alang dah sampai kan, nak tengk juga ladang lembu yang dikatakan sama macam ladang di New Zealand. Dapat lah tengok proses perah susu. Yang terkilannya tak dapat merasa susu yang dijual disini.


Selain bau yang kurang menyenangkan, tempat ini memang mendamaikan jiwa raga.


Kami bertolak turun dari Kundasang lebih kurang jam 5 petang dan terus ke Tanjung Aru, cari makan. Lepas makan, singgah pasar malam lagi untuk beli souvenir. Balik bilik terus masing-masing tidur macam pengsan.


Hari 4

Last day kami di KK memang tak rancang nak ke mana-mana dah. Flite jam 2, jadi waktu pagi kami cuma bermalas-malasan di hotel je. Breakfast berjam-jam, kemas-kemas barang, check out dan terus ke airport.

Dan rutin biasa pun kembali selepas tiba di KL.



2 comments:

Anonymous said...

Wahh Best La dapat Jalan Wah Azfar Jdi Boss Kat Belakang Ye

Love Gereen said...

g sabah jer .xyah g NZ ..cuti2 malaysia..
saya singgah blog ni suke tgk org g travel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails