i just need to write about this or else..
My ex-boss once told me, 'people don't leave their job, they leave the people whom they work with' which as of today i couldn't believe more.
Kebelakangan ni, motivasi saya untuk bekerja semakin hari semakin kurang. Dan mulai semalam seolah-olah sudah hampir tiada lagi motivasi tu. Bangun setiap pagi bersiap ke office terasa begitu berat hati, seolah-olah sedang bersiap sedia ke medan perang.
Saya tahu, di mana-mana sekalipun pasti ada office politics nya sendiri. Cuma bezanya di tempat saya, politiknya terlalu tidak sihat. Leader macam nak jadi follower, follower sibuk nak jadi leader. Itu belum campur bab mengadu domba, bodek membodek. Semua ni buat saya semakin sesak nafas, terasa semakin sukar mencari ikhlas dalam kerja saya. Terasa sudah hilang pertimbangan bahawa kerja itu adalah ibadah. Terasa sudah miskin dengan motivasi untuk buat yang terbaik dalam kerja sendiri.
Dan semalam adalah kemuncaknya. Mana persatuan yang sepatutnya perjuangkan orang sendiri? Takkan setakat buat barbeque dan jamuan aidilfitri? Eh ;)
Buat masa sekarang, saya betul-betul tak sabar untuk our holiday end of this month.
Pic source: Google |
No comments:
Post a Comment