20 May, 2010

Bila Azfar Tumbuh Gigi

Since the age of 7 months, Azfar dah ada dua batang gigi bawah. Me and Soulmate juga aware satu gigi atas dia tengah tumbuh. So far, Azfar tak demam atau cranky tak ingat masa tumbuh gigi..dan saya rasa lega tentang itu sampaaaaai la satu dua hari ni bila dia asyik buat perangai.

Tinggal sat je jerit kalau lama apatah lagi, terus nangis keluar air mata meleleh hingus bagai la, tidur mlm asyik terbangun, makan pun asyik sembur je tak telan haishhh. Pelik jugak dengan perangai dia satu dua hari ni. Me & Soulmate asyik check suhu badan je kot2 dia nak demam ke apa.

Mlm td saja tengok2 gigi dia baru la kami perasaan ada empat ok empatt gigi atas tengah nak tumbuh. Now it make sense! Patut la semcm je lately ni..





Saya ingat lunch hour ni nak ke farmasi belikan teething gel utk dia la. Mungkin dapat bantu kurangkan rasa tak selesa tu..




18 May, 2010

Macam Mana Bila Saya Kena Attend Meeting :(


Sejak Azfar dilahirkan, saya tak pernah berenggang dengan dia. Maksud saya, sejak dia lahir tak pernah satu malam pun tidur saya tanpa dia. Biar masa dia warded sbb jaundice saya masih setia menemani dia. Saya sanggup tunggu orang lain checkout supaya saya boleh bermalam dengan dia di ward. Biarpun baru seminggu menjalani proses bersalin masa itu.

Saya tahu, kerja saya lambat laun akan menuntut saya untuk bermalam di luar tanpa Azfar. Cuma tak sangka secepat ini. Bila boss saya serahkan surat untuk saya hadir ke mesyuarat 3 hari 2 malam di luar minggu depan, saya jadi berdebar2, rasa sebak terus!

Mcm mana Azfar bila nak tidur nanti..


Mcm mana Azfar bila nak minum susu nanti..


Mcm mana Azfar bila nak makan nanti..


Mcm mana Azfar bila nak main nanti..


Mcm mana Azfar bila dia rindu mama nanti..




Dan saya juga tak tahu, mcm mana saya bila saya rindu Azfar nanti..




Pernah mertua minta pinjam Azfar seminggu. Sungguh saya tak sanggup, tapi saya tak sampai hati juga nak katakan tidak. Hati orang tua2 kena juga dijaga. Mujur Soulmate memahami walaupun tanpa saya bersuara walau sepatah.


Tapi kali ini biar masanya lebih singkat..saya masih tak sanggup. Tapi tuntutan kerja tak boleh juga diabaikan.


Saya sedang sedih..

17 May, 2010

Sedih Sungguh..

Pagi2 ni saya baca akhbar online. Bukan keputusan pilihanraya yang menarik minat kerana ianya seolah telah boleh diduga.

Tapi berita ini, yang buat hati saya sayu, sedih sungguh..

Dan semestinya perkara pertama dalam kepala, Azfar! Setiap kali ada cerita tentang penderaan bayi saya mesti sentiasa teringatkan anak bertuah saya itu. Risau sungguh!

Azfar pernah dijaga oleh dua babysitter sebelum saya (kami) buat keputusan hantar dia ke nursery. Babysitter yang pertama tu isteri kawan saya. Kami berhentikan sebab kakak tu pregnant dan dia selalu cuti sbb alahan. Lagipun, dengan keadaan dia mcm tu saya tak harap dia boleh jaga anak saya dengan baik.

Yang kedua, saya hantar pada mak kawan Soulmate. She's the best! Dia tatang anak saya lebih dari saya sendiri. Mungkin sebab dia lebih berumur dan dia memang sayangkan budak2. Sebenarnya dia cuma tolong kami sbb kami paksa rela dia untuk jaga Azfar sementara kami cari tempat baru. Terkilan sungguh saya, kenapa saya tak jumpa dia dulu sebelum ni?

Bila dah merata kami cari babysitter tak jumpa yang berkenan di mata dan di hati, kami mengalah jua. Hantar juga Azfar ke nursery. Mula2 mmg ada je yang tak kena pada pandangan mata kami. Sekarang saya rasa kami buat keputusan yang betul. Lagipun, nursery Azfar sekarang di bawah pengurusan baru yang lebih baik, jauh lebih baik. Saya lega sikit..

Kenapa perlu disakiti ye budak2 yang baru belajar mengenal dunia? Yang tak tahu betul salah perbuatannya? Yang tahu makan bila lapar, tidur bila mengantuk dan main bila rasa senang hati? Yang hatinya begitu ikhlas dengan setiap senyuman mahupun tangisan? Kenapa? Saya tak faham..

Pernah masa saya bawa Azfar ke klinik, ada sorang baby yang lebih muda dari Azfar menangis tak henti2. Demam mungkin, kerana bertampal cool fever di dahi. Saya faham mak dia mungkin penat, tapi saya rasa tak perlu lah marah baby dia. Sungguh2 dia marah, tepuk pun kuat gaya marah sambil mendengus. Masalahnya, bila marah pun budak tu nangis juga kerana dia tak selesa. Bukankah dalam keadaan tu lebih elok buat dia rasa selesa. Mmg saya tak faham perbuatan mak dia pada masa tu..Mak saya pernah pesan, jadi mak orang ni jangan pentingkan diri sendiri. Penat mcm mana pun kita, senyum la untuk anak.

Saya tak kata saya ni mak orang yang bagus sangat. Saya pun sedang belajar menjadi mak orang. Saya anggap biasa kalau kita terjerit sikit bila tengok anak pegang sofa sebelah tangan badan dah bergoyang nak jatuh. Atau kalau kita nak pakaikan lampin, badan asyik nak meniarap. Marah2 manja kata orang..

Mmg susah nak membesarkan anak lebih2 lagi bagi yang bekerja. Pada yang hantar ke nursery atau babysitter, kita terpaksa mengharapkan belas ihsan mereka untuk jaga walau tak sebaik kita tapi sekurang2nya terjaga jugak la anak kita.

14 May, 2010

Kat Mana Nak Cari Costumes For Baby?

Soulmate's office will be organizing their family day next weekend. There'll be cutest baby competition and baby in costumes as well.

Jadi untuk suka2 saya tengah fikir nak Azfar join atau tak? Kalau dah pegi apa salahnya join kan? Masalahnya sekarang ni mana saya nak cari costumes for baby? Saya ada la google utk cari online shop. Tapi tak banyak yang menarik.

Kalau boleh dapat costumes mcm ni best kan..comel je











10 May, 2010

Kenapa Kamu Jadi Begitu Wahai Sayang Mama


Azfar mmg baby yang senang dijaga (selalunya). Kecuali bila ada yang tak kena mmg la dia akan super cranky. Other than that dia ok je. Pandai bawak diri bila mama sibuk hal2 rumah tangga (^_^)

Tapi skrg ni tokmama & tokbaba dia ada kat umah sejak jumaat lepas. Amboi3, kamu jadi begitu manja ye sayang. Letak kejap pun kamu dah buat lembik2 badan nak tumbang ye. Asyik hulur tangan minta diangkat. Lepas tokmama & tokbaba balik, sila keluarkan semula perangai normal kamu ye. Kalau tak, semua kerja umah termasuk memasak mama kena serahkan pada baba (haha tetiba..!) Boleh ke wahai suami?

Hari ni kat school dia tak tau la mcm mana. Saya dah boleh agak apa yg teacher dia akan ckp bila saya amik kejap lagi, "Dia mengamuk la hari ni. Asyik nangis minta angkat". Dan saya akan senyum je la (abis tu aku nak buat mcm mana?)

Oh, suami juga akan outstation hingga rabu. Jadi, Azfar mama..tolong ye berperangai normal. Kamu kan anak yang soleh dan bijak :) Saya risau sbb biasanya sebelum tido, baba dia akan nyanyi segala jenis lagu sampai dia mengantuk, mmg dah jadi rutin. Takut dia tercari2 pulak. Azfar, suara mama merdu jugak jadi sila beri kerjasama ye sayang..2 mlm je k.

Kita tengok mlm ni mcm mana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails