I love both of them so much and i love them more at this particular moment..
Anyway, entry ni bukan nak cite pasal Soulmate ataupun majlis nikah i..i would like to dedicate this entry to my beloved father.
Happy Birthday abah!! U know how much i love you :-)
25 Disember every year, selain Krismas adalah birthday abah. Best kan every year pun cuti on his birthday :-)
Semalam pukul 11.00 malam baru i teringat nak wish abah, i rasa sangat bersalah bila abah cakap "abah tunggu jugak bila anak abah nak wish ni"..maafkan Mawar, Mawar tak lupa cuma lengah2kan masa nak call abah sampaikan almost terlupa langsung.
Dear abah,
Happy Birthday yang ke 51. Semoga abah panjang umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan kebahagiaan :-) dan terima kasih atas kasih sayang abah selama hidup Mawar. Abah sentiasa ada bila Mawar sangat memerlukan. Bila Mawar sakit, walau period pain sekalipun mesti abah yg sibuk nak bawak ke hospital, bila Mawar masuk Mad Jiwa setiap hujung minggu abah ke Sg. Petani melawat, bila Mawar masuk UM abah nangis bila nak balik masa first day hantar mawar ke sana, bila Mawar dalam dilema memilih 'dia' atau Soulmate abah mai Putrajaya semata2 to check on me whether i was ok or not, bila Mawar buat keputusan nak kawen, abah berusaha pujuk mak melupakan 'dia', bila Mawar ckp teringin nak minum air soya abah pastikan sepanjang tahun la dalam fridge akan ada stock. Kalau nak listkan semuanya, mmg la terlalu banyak rasanya pengorbanan abah memanjakan Mawar, Jon dan Faiz. Sampaikan kami kadangkala tak reti independant, semuanya perlu ada abah. Thank you so much abah atas semuanya..and you know how much we love you :-) Lagi skali Happy Birthday!!
Balik keje Rabu lepas, Soulmate sibuk2 siap nak pi mancing, i plak rilek2 bermalas-malasan kat sofa. Tetiba dengar bunyi siren, mula2 jauh pastu makin lama mcm makin dekat. Sekali tengok dari tingkap umah rupanya ada dua keta bomba, beberapa org polis kat blok depan. Bomba yg sampai tu siap berlari masuk blok tu, yg lagi satu kete tu sibuk buka pili bomba. Masalahnya i tak nampak asap pun dari blok tu, kalau setakat ular masuk umah nape dia nak bukak pili bomba tu kan..


Rupa-rupanya ada umah yg dapurnya terbakar, tp tak nampak api + asap pun kiranya tak la serius kan. Bomba tu pun tak sembur2 air pun, depa tutup balik pili tu maybe terbakar skit je tp tuan umah panic trus telepon bomba kan maklum la balai bomba kan dekat je..
Moral: Laling...bahaya tau masak2 kat umah, kita makan kat luar ek ;-) ....alasannn!
My parent ckp Mawar anak yg baik, pandai, sopan santun tp manja, tak reti independant, degil, pendiam.
My husband a.k.a Soulmate ckp Mawar mature yet manja (betui kan laling ;-) kan kan)
Frens, very very very close frens ckp Mawar baik hati, cool, fun, kaki jalan, tempat luahan perasaan, keras hati.
People who barely know me ckp Mawar pendiam, sombong (sombong is always people's first impression on me..sian i)
Agaknya mcm mana saya menilai diri sendiri?
*alamak saya ada keje nak buat, sambung lg nnt ek
Mcm dah lewat untuk cerita pasal weekend lepas tp since i takde benda nak cite so cite weekend pun ble la kan..
Hari Sabtu ada ofismate Soulmate kawen kat Muar so few weeks before kami dah decide nak pi, siap booking hotel lagi ni sbb ingat nak stay kat sana jalan2 makan mee bandung ke kan. Kalau ikut plan tu, hari Ahad on the way balik terus pi wedding sorang lagi staff Soulmate kat Seri Kembangan. So pagi2 Sabtu tu i bangun siap iron baju untuk dua2 majlis then pack semua barang. Soulmate plak pi potong rambut. Sebelum bertolak tu Gee singgah umah sbb nak amik kuih sepit yg dia pesan kat tok i. Sempat la bergosip dan sesi luahan perasan sat sementara tunggu Soulmate balik (nnt i cite sesi luahan perasaan dgn Gee hehe).
Dalam kul 12.30 kami bertolak. Since masing2 dah pakai baju untuk ke wedding tu trus so kami trus cari umah pengantin. Masa kami sampai pengantin baru je sampai. Siap ada kumpulan penari yg menari zapin tuh..kami tak heran sangat pun sbb masing2 lapar so terus la terjah untuk makan. Lauk2 mmg best, ada ikan keli, ayam panggang, kari daging, acar, salad. Pastu atas meja ada tempe goreng ikan bilis. Mewah makanan kalau kenduri org Jawa ni :-)
Lepas makan Soulmate ajak pi cari hotel yg kami dah book tu plak. Perut kenyang kan so harus la cari tempat tido plak. Pusing punya pusing punya pusing last2 jumpa gak la hotel tu tp kan tetiba i rasa mcm taknak stay situ. Soulmate tanya nak balik ke? i jawab tak kisah tp dlm hati, please sayang kita balik please please please..So last2 kami balik, tak menjadi la plan nak cari mee bandung muar hihi.
Sampai umah dalam kul 6. Lega rasanya dapat balik umah..i rasa kan walau best mana pun tempat yg kita pi, last2 yg paling best, umah sendiri gak tul x? So mlm tu bermalas-malasan kat umah je..
Ahad plak Soulmate ajak pi wedding staff dia kat Seri Kembangan. Alang2 dah dekat situ kan kami trus pi JJ lepas tu beli barang skit sebelum balik umah..
So itu la cerita weekend sy yg tak la best mana pun :-)