28 May, 2009

Private vs. Gov

Last Monday, i went for my 5th checkup at An-Nur and 1st checkup at KK Putrajaya. Satu hari cuti tp sibuk dari pagi sampai la ke petang. Pagi2 pkl 8.20 dah terpacak depan An-Nur utk checkup, tp kali ni saya dgn baby dlm perut je sbb Soulmate ada exam. Sebelum ni kami slalu sampai An-Nur around 9 or 10am camtu tp hari tu saya semangat nak pi awal sbb nak tengok berapa jam kena tunggu kalau awal2 pagi sebelum klinik buka kita dah beratur nunggu. I was the first person utk jumpa doc. fatimah, yeay!! Slalu 2 jam tunggu tp hari tu setengah jam je ;-)

Pesanan utk Soulmate: Next time pi checkup bangun awal k sayang..

So far, baby sihat, mommy sihat, daddy sihat <-----eh ada kena-mengena ke? hehe Lepas dah settle semua, saya ke pusat servis En. Hamid di Equine utk servis keta sbb next week nak balik kampong!! Oh saya sangat rindu ibu & abah saya and nurul toooooo...!! Ada satu malam tu saya sampai nangis sbb sgt rindu kat depa ni semua. Alang2 dah kat depan Jusco pada hari dapat gaji saya ke sana plak. Tujuan asal nak beli compact powder saya yg dah hujung2 nyawa kat Bodyshop tp abis stok plak. Jadinya, saya keluar dari Jusco dgn beberapa helai baju yg langsung takde dlm plan haha (perempuan kan, mana ada planned shopping)


Lepas lunch dgn Soulmate, saya ke KK Putrajaya utk pertama kalinya nak buka Buku Merah. Sbg staff KKM, bila pi fasiliti KKM mmg nak tak nak kita akan ada sikit unsur menilai perkhidmatan yang diberikan. Mula2 mesti la saya ke kaunter pendaftaran. Ada 3 org JM (Jururawat Masyarakat) yang buat kerja2 mendaftar ni. Dua daripadanya boleh dikatakan ok la sbb bagi penerangan yg jelas sambil senyum. yang sorang lagi tu, kalau ikutkan hati rasa je nak tanya, "awak tertelan tebuan ke hari ni?" ckp mcm nak marah2!


Lepas dah buka Buku Merah tu, saya ke makmal untuk test urin dan darah. Best sbb cepat dan sangat mesra pelanggan semua staff kat situ. Lepas dah ambik darah saya ke bilik pemeriksaan untuk diperiksa oleh Jururawat Masyarakat. JM tu baik sangat mungkin sbb dia dah berumur skit dan faham saya ni first time pregnant. 10 minit saya tunggu untuk jumpa dia dan dapat penerangan & pemeriksaan lebih kurang 20-30 minit.


Sbb saya first time pi utk pemeriksaan antenatal tu so dia mintak saya jumpa doc. 45min- 1 jam saya tunggu (no. bilik doc tu kat screen langsung tak bergerak ok!) Bila dah dipanggil, jumpa doc yg langsung tak senyum dan saya boleh bilang berapa patah perkataan dia ckp dgn saya.


"First time?"
"Aah"
"Sebelum ni check kat mana?"
"Annur"
"Bulan depan boleh buat MGTT test la. Nnt misi(JM) terangkan" (sorang JM ada kat depan doc tu, kemudian explain mcm mana nak buat)
"Ok"
"Ok itu saja"
"tq doc"

Saya sebagai pelanggan yang tunggu dia sejam kat situ, apa la salahnya kalau dia explain apa tu MGTT test, kenapa saya kena buat test tu, kalau saya lulus apa kesannya, kalau tak lulus apa kesannya, kalau say tak buat test tu apa kesannya..Yes, nurse tu mmg boleh terangkan tp setakat, malam sebelum tu start 10mlm kena puasa, amik darah pukul 8.00 pagi, lepas tu minum air gula, lepas 2 jam amik darah lagi. Lepas tu baru boleh makan.

Nasib baik la skrg ni zaman yg semuanya kita boleh dapat dari internet. Kalau mcm zaman mak2 kita dulu?

Tapii..selain doc tu, perkhidmatan di KK Putrajaya pada saya dah boleh dikira bagus!


20 May, 2009

Warehouse Sales

Yesterday marked my 22 weeks of pregnancy but still me & Soulmate blom beli apa2 pun lagi untuk baby. Awal lagi kot kan, maybe next month we'll start keluar masuk baby store. Anyway, ada dua warehouse/clearance sales coming up very soon.

Dear Soulmate,

Jom bersesak2 bersama2 ek?


Planete Enfants Season Clearance; 20.5.2009 - 22.5.2009


Poney Warehouse Sale; 28.5.2009 - 1.6.2009


Jom :-)

07 May, 2009

Klang Valley or Penang

Parent-in-law saya ada kat umah, baru datang semalam coz mama ada checkup di sjmc arini. Soulmate plak outstation ke Ipoh (sayang, semua org nak lari dari Ipoh hari ni isu DUN tu tp sayang plak nak pi sana..hmmm) So semalam tinggal la saya, mama dan baba kat umah.

Masa balik keje tu mama tanya sy & Soulmate dah decide ke nak bersalin kat mana nnt?

Kat sini?



Ataupun sini?



Ke nak bersalin kat sini?


Hmmm..mmg la kadang2 sy & Soulmate bercerita jugak tentang benda ni. Tp takla serius sangat sampai dah plan betui2 mana nak bersalin (saya baru 5 bulan pregnant saya taknak pikir lagi ble tak?) Bila tiba2 mama tanya saya tak tau nk jawab. Tp dgn tak dirancang keluar je dari mulut saya, "Kat sini la mama.."

Bila pikir2 balik rasanya mmg saya nak deliver kat sini je then baru balik Penang utk confinement kan? Lagipun saya dah biasa dgn dr. fatimah. Kalau boleh nak dia jugak yg sambut baby nnt. Nanti la bincang dgn Soulmate

06 May, 2009

Pendapat Peribadi Semata2

First of all saya mintak maaf kalau pendapat saya ni bertentangan dgn sesetengah org k. Ini adalah pandangan peribadi semata2.

Hari ni saya pakai kain & baju yg agak selesa dgn perut yg makin membesar skrg ni. Someone tegur td; "Eh, dah pakai 'uniform' ek?"

Seriously, saya agak kurang senang org ckp camtu, or when someone called me 'mak buyong'. Yes, i'm pregnant. Tp bukan ke 'mak buyong' tu bunyinya kasar. Saya sedang pregnant, ada satu nyawa dalam rahim saya dan saya sedang membawa dan menjaga dia dgn sepenuh kasih sayang yg saya ada. Bukankan isteri yg sedang pregnant adalah comel (perasan plak) dan perlu dihormati. Tapi bila digelar 'mak buyong', rasa mcm seseorang yg pregant tu buat salah. Ntah kenapa saya rasa kasar dan tak sesuai. Dan yg paling penting, saya sangat2 tak suka!!

Jadi saya mintak maaf kalau saya buat2 tak dengar bila anda panggil saya 'mak buyong'!

About the 'uniform' thing, i kind of agree that pregnant woman takde la sexy curve or whatsoever. Dan pilihan outfit yg ada pun mcm agak terbatas sbb rasanya lebih sesuai memilih baju yg selesa daripada sekadar cantik kan. The question is, perlu ke gelarkan baju2 tu sebagai uniform org mengandung?!

Ok, habis bab membebel ;-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails