30 June, 2009

Mothercare Sale

Jom!!



Langkawi

I was here from last Wed to Sat..



Masalahnya bukan untuk babymoon atau cuti-cuti Malaysia tapiiiiiiiii untuk kerja huhu..Saya jadi penganjur untuk satu kursus kat Langkawi ni. Penat tp ok la, sempat gak shopping skit. Tapi kalau dah nama pun Langkawi kan apa sangat yg kita boleh beli kalau bukan choc, pinggan mangkuk, periuk belanga dan yg sewaktu dengannya kan. Mmg la best tp masalahnya tumpuan saya sejak dua menjak ni kan kepada barang2 baby sahaja hehe..So tak la banyak sangat saya membeli. Lagipun asyik tingat Soulmate kat umah, sian dia kena tinggal lama.

Sabtu malam saya sampai trus mandi & tido je sbb saya dah letih sangat. Soulmate ajak singgah makan dulu pn saya dah taknak. Rasa kalau boleh dan2 tu saya nak baring.

Ahad plak pagi2 lagi saya kejutkan Soulmate bangun sbb kami ada antenatal class di Concorde Hotel, Shah Alam anjuran Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Saja saya pilih nak ke antenatal class ni awal2 sbb boleh prepare yang sepatutnya kan. Org lain yg pegi semua EDD bulan 7 & 8 saya je yg bulan 9 hehe.

Balik dari antenatal class tu saya dah tak boleh nak bangun dah rasanya. Letih yang sangat2, badan rasa sangat tak larat, tekak sakit, kepala sakit, selsema, nak demam tak demam rasanya..

So, semalam saya mc :-) Jumpa doc Fatimah skali pagi tu untuk checkup. Doc ckp perut saya kecik, dia risau baby tak cukup berat. Tapi bila scan rupanya baby dah 1.1kg, within range yang sepatutnya la kan. Doc ckp sepatutnya kalau 7 months, baby 1-1.2 kg, kalau 8 months, baby 2kg, kalau 9 months, baby 3kg. Tapi dia akan monitor closely baby's weight sbb risau tengok perut saya kecik. Org tua2 kata it is normal sbb first pregnancy kan..

Coming Friday plak saya cuti sbb nak pegi buat detailed scan kat annur. Ok2 say tau mmg dah lewat tp better late than never kan. Nurse kat annur tu pun ckp patut saya buat lebih awal..Tapi saya & Soulmate tak sabar + nervous gak. Ye la, sbb mmg semua parent-to-be nak baby yang lahir nnt sihat kan..


22 June, 2009

Second Checkup Di KK Putrajaya

Hari ni saya ada checkup di KK Putrajaya, second time ni. Last month saya baru bukak buku merah kan pastu second time dah kena buat MGTT test a.k.a test minum air gula. Saya terpaksa buat test ni sbb ad famili history..Yg bestnya bila kena buat MGTT ni kita tak perlu ikut no. giliran masa kat kaunter pendaftaran tu. Datang klinik terus ke kaunter bagi buku hehe menyirap je org yang tunggu no dipanggil kan (tp korang kena tau azab nak mengabiskan air gula satu mug tu weh..!)

Lepas register tu, nurse suruh terus ke lab amik darah. Blom sempat amik darah nurse kat lab tu dah letak kat sebelah satu mug or
en penuh air gula (siap ada semut tau air saya tu, trus mintak tukar hehe)


Lebih kurang saiz gini la mug tu. (Dah boleh bayangkan ke blom azab minum tu..)


Masa saya tengah minum tu ada 2 3 org lagi yg kena minum gak. Dah jadi mcm acara sukaneka minum air gula, siapa abis dulu dia menang hihi. Betul tak tipu, sbbnya masing2 minum sambil jeling antara satu sama lain. Agaknya dlm hati masing2 dok tertanya2, org tu dah abis ke? org ni dah abis ke? alamak aku sorang je yg tak abis lagi ke? hihihi..Tp serius ckp manis yang amat air tu..

Lepas 2 jam kena dtg check urin & darah semula. Alhamdulillah, green code (maksudnya normal la) Tapiiiiiiii yg tak berapa sedap didengar, sbb saya ada famili history doc mintak buat lagi masa 32 weeks..adooiiiii!! Takpe demi baby, mommy redah jugak k :-)

Isnin depan checkup dgn doc fatimah kat annur plak..tak sabar sgt sbb dapat tengok baby, yahooo!! Kat KK Putrajaya td tak scan (biasa la government, tak sempat nak layan semua ibu2 mengandung utk scan kan) Pastu 3/7 ada detailed scan kat annur, pastu 6/7 checkup lagi kat KK Putrajaya. Oh, ada tak saya ckp yg lepas ni checkup kat KK Putrajaya adalah 2 minggu skali huhuhuhu sungguh saya tak larat nak menunggu..

21 June, 2009

Soulmate's Birthday!!

Hari ni birthday Soulmate dan jugak Father's Day!!

Letter 1:

Dear Soulmate,



Happy Birthday!! and Father's Day too!! You know how much we (mommy & baby..hehe) love you.

Love,
Mommy & Baby

Letter 2:

Dear Abah & Baba,

Happy Father's Day!! Love u both..

Love,
Mawar

12 June, 2009

Saya Semakin Tembam..huhu

Lihatlah muka tembam saya..huhu. Bila tengok kat cermin nampak mcm biasa je tp bila dlm gambar nampak sangat tembam kan.


*bercanda bersama Soulmate di Padang Kota. Abaikan ke'blur'an gambar ni sbb Soulmate mmg slalu ambik gambar jd camni.

Jumaat - Rabu lepas saya & Soulmate cuti panjang balik Penang lepas beberapa bulan tak balik. Saya rindu sgt dgn mak&abah sampai nangis, balik lama2 rasa puas sgt :-) Tiap2 hari pun mak tanya nak makan apa? Ohh saya sungguh seronok being pregnant nih sbb semua org layan kehendak saya hehe.

Mula2 balik Sg. Petani umah PIL, mama bagi saya baju yg saya pakai kat atas tu, tq mama! Balik umah mak plak, mak bagi periuk belanga, ikan bilis, udang kering (nampak sgt nak suruh saya rajin masak) Makin tembam la camnih kalu slalu makan..

About my pregnancy:
  1. Baby makin aktif, kicking, punching, jumping etc. Kadang2 saya terkejut sbb tiba2 baby kickin' kuat.
  2. Alhamdulillah sbb so far semuanya smooth je. Saya takde benda nak complain, kaki & tangan tak bengkak, stretch mark pun takde, sakit2 tumit pun blom. Tak tau la 3 bulan akan datang ni camne kan, pray fo me and baby ek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails