Saya baru masuk keja arini lepas mc sbb kena food poisoning. Ohh bayangkan dengan saiz perut yang semakin besar ni saya terpaksa keluar masuk toilet. Sungguh22222 memenatkan! Nasib baik baby ok. Tapi sian baby, mungkin baby pun terkesan dgn ketakselesaan saya sbb baby asyik tendang2, pusing2 segala bagai kat dalam tu..Sori sayang, mama tersalah makan. Mesti sbb kerabu mangga tu, cisss!!!
Anyway, weekend lepas, walaupun berperang dgn ketakselesaan perut ni tapi me rasa hepi sangat sbb my parent + nurul datang umah. Ohh sungguh comel adik saya itu! Seboleh-bolehnya rasa takmau bagi depa balik. Kalau ikutkan hati nak je suruh tunggu sampai baby keluar baru balik, sbb sekarang ni saya sangat2222 nervous + takut + excited nak bersalin nih.
Masa saya sakit perut sangat sbb kena food poisoning tu saya tanya Soulmate, "Nih sakit nak bersalin ke ni?" Boleh plak camtu hihi..Nampak sangat kepala saya asyik pikir pasal bersalin je kan. Risaunya...
Anyway....minggu ni dah masuk 34th weeks of my pregnancy. Cepat je kan masa berlalu. Rasa macam baru lagi buat UPT pagi2 buta dan terlari2 keluar bilik air terjah Soulmate yang tengah tido dgn nyenyaknya kat atas katil :-) Alhamdulillah kerana sepanjang 34 minggu dipermudahkan membawa baby sorang nih. Takde alahan yang teruk, takde masalah diabetic atau masalah2 lain, kira white code la kalau kat KK Putrajaya tu kan. Semoga dipermudahkan juga proses bersalin nanti, InsyaAllah..
Persiapan utk baby plak, boleh dikatakan almost 99% dah settle. Yang tinggal tak beli lagi cuma minyak telon je. Actually ada la lagi, mcm stroller & carseat yang blom beli tp me & Soulmate plan akan beli bila baby dah keluar nnt. Semua baju2 termasuk cadar pun dah basuh tinggal nak masuk dalam beg je. So, misi weekend ni adalah untuk menyediakan baby & mommy's hospital bags!
Persiapan utk mommy pun boleh dikatakan almost done. Yang tinggal cuma nak beli confinement set which saya masih memikir2 lagi nak beli yang mana satu. Banyak sangat dalam pasaran skrg ni dan masing2 pun ada pros & cons masing2. Hmmm pening jugak ni..
Weekend ni PIL saya plak nak datang umah. Ohh weekend2 saya penuh dgn tetamu dan aktiviti hehe..
No comments:
Post a Comment