Ramadhan Mubarak
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia. Salam ampun maaf dari saya & Soulmate juga bagi yang pernah terkecil hati, terguris perasaan dengan sebarang isi penulisan atau perbuatan kami.
Ramadhan kali ni adalah yang pertama buat kami selepas menjadi suami isteri. Juga yang pertama bersama baby :-) Azam di hati nak sediakan sahur dan berbuka setiap hari tapi bergantung juga pada kemampuan diri. Yang pasti, sahur pertama esok hari kami dah plan resipi ;-) Doa kami agar Ramadhan kali ini lebih dirahmati dan diberkati, InsyaAllah.
Pregnancy Progress
Last Monday ada checkup di Annur dan KK Putrajaya. Yang merisaukan bila doc Fatimah ckp baby mcm kecik skit sbb kalau ikut standard, utk minggu ke-35 ni patut baby dalam range 2.4-2.8kg tapi baby kami baru 2.2kg. Mungkinkah sbb saya semakin kurang selera utk makan? Doc ckp kemungkinan tu ada huhu. Mmg saya tak selera sangat nak makan tambah2 lagi lauk2 di cafe kat ofis ni. Jadi, Soulmate yg prihatin sgt dgn wifey dia ni setiap hari time lunch dlm minggu ni either dia beli lauk dan kami balik makan kat umah ataupun dia hantarkan nasi utk saya. Peliknya, cafe kat ofis Soulmate saya selera plak nak makan. Well, pregnant women kan..selera tak menentu ;-) Harap2 dalam seminggu dua ni berat baby makin bertambah. Please sayang mommy, membesar dengan sihat k. Anyway, yg buat kami skit lega sbb doc ckp, selagi baby membesar setiap kali checkup kira ok lagi la kan. Kalau static tumbesaran dia baru kena risau..Utk bulan puasa ni, doc nasihat kalau boleh jangan puasa sbb takut akan ganggu baby membesar tp saya rasa nak puasa jugak selagi terlarat la dan saya rasa insyaAllah baby akan cukup beratnya nnt bila time nak bersalin. Ish macam saya plak doctor kan hihi..
Checkup di KK Putrajaya mcm biasa la jumpa nurse, tp sbb diorang tak scan so tak boleh estimate berat baby. Nurse tu ckp baby ok, biasa la kecik skit sbb anak sulung. Doc kat situ pun ckp yg sama gak. Walaupun bunyi mcm menenangkan skit tp hati mommy mana tak risau kan tambah2 lagi saya ni jenis cepat gelabah. Moga2 baby makin membesar nnt..
Preparation
Semua dah ready utk baby kecuali beg mommy hehe..Malas sangat nak pack hospital bag mommy. Masa siapkan hospital bag baby aritu bersemangat sangat. Mungkin sbb barang2 baby semua kiut miut kan so excited tu berlebih-lebih la..Tengok la weekend ni kena paksa diri utk pack jugak!
Itu je utk kali ni. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa utk semua.
No comments:
Post a Comment