05 May, 2010

Kenangan itu..kawan kawanku

Satu hari di Facebook, kawan sekolah saya Farah telah ajak kawan saya Amal gather2 di umah saya weken ni, saya nak masak katanya walhal saya tak tahu menahu tentang rancangan mereka. Tambah2 lagi bahagian yang saya nak masak tu!

Hari yang sama juga saya ke group page sekolah dan jumpa gambar ini..







Maaf Andrei Azuandi, saya pinjam gambar kamu tanpa minta kebenaran. Percayalah, ianya untuk tujuan yang baik ^_^



Lalu saya tiba2 tekenangkan masa dulu. Masa saya sekolah, masa saya masih pakai kain biru, eh hijau, eh apa warna kain sekolah saya masa tu ye. Maaf lupa! Saya juga terkenangkan geng 6 jahanam saya. Sebelum bercerita tentang geng 6 jahanam itu, saya nak berkongsi tentang gambar titi yang umpama projek sakit bertahun tak siap.



Dulu, masa kami masih tetamu sekolah itu, tempat ini cantik. Tempat ini untuk riadah sukan air. Saya masih ingat kami berkayak melalui bawah titi itu, walau kayak saya dan Dr. Fazlin tak jalan (hang la Lin, konon dok belakang tera (pandai dlm loghat utara) sangat!), kami gelak bersama. Tasik tinggal itu juga tempat hukuman bagi yang nakal (cuci tasik! kau bayangkan seksanya..atau kamu kamu semua suka saya rasa). Oh sungguh tempat ini punya kenangan tersendiri..



Tentang geng 6 jahanam saya, saya sungguh suka mereka, masing2 punya watak berbeza namun kami masih jumpa titik persamaan yang menghubungkan satu sama lain.



Farah a.k.a.....hmm apa ye, kamu a.k.a apa ye Farah? Farah ni energetic sungguh. Kalau nak ke dewan makan beratur, dia paling cargass! kalau nak berebut bilik air nak mandi, dia juga paling cargass! siap boleh bergaduh dengan batch lain. Kami kami kawan dia ni tumpang senang la kata orang. Kalau dia dapat dulu mesti kami habis geng 6 jahanam dapat lepas dia ;D Dan kalau ada masalah kau cerita lah pada dia, pasti ada nasihat yang kau dapat. Biar kau tak guna pun nasihat tu tp kau akan rasa lega. Saya masih ingat masa kami baru tahun pertama jejak kaki ke situ, setiap minggu ibu bapa Farah bertandang. Kami dapat habuan juga. Seronok sungguh! Sekarang dia pendidik anak bangsa. Berguna juga kecargasan dia tu..



Dr. Fazlin a.k.a....kamu juga aku tak tau a.k.a apa la Lin. Ini budak genius! Kalau dlm bilik bacaan, tempat kami bertentang punggung haha. Bila saya nak baca buku je, dia panggil sembang (sembang 1 2 jam baru sambung membaca). Baru sempat dua tiga baris dengar lagi, "weih mawar!" Adoi..lin lin aku tau la hang genius! Sekarang dia penyelamat bangsa a.k.a doktot. Jaga hang lin, kalau tak mai gheja aku kasi ambik tatatertib haha



Amal, ok tak payah a.k.a la sbb saya tak reti nak cari perkataan yg sesuai untuk mereka. Kelam kabut budak ni jalan cepat. Dan suara dia juga unik ^_^ jadi idaman malaya eh silap idaman mad jiwa. Tapi rajin! rajin pasang kelambu, rajin membaca juga rajin tangkap kura (ampun Amal hehe). Tentang tangkap kura tu ada kisah tersendiri, bila2 senang saya cuba karang ye. Sekarang dia tauke besar..besar punya! Dia ada bisnes laundry..



Mohaini atau kami panggil moh. Kenapa moh pun ada cerita tersendiri ;D Dia selalu bengang sbb katil dia sebelah tempat simpan baldi dan dia jenis bangun awal sikit je dari saya (lambat la tu) Jadi bila yang lain2 bangun dan berebut mencari baldi buat bersiram di pagi hari, tidur dia terganggu. Jadi dia bengang! Dia juga tahu lompat udang (itu ke yang kamu panggil wahai semua pemain bola jaring?) Sekarang dia seperti Farah, pendidik bangsa. Gunakan kecargasan kamu di padang ya wahai kawan..



Akhir sekali, Siti Izera atau kami panggi Jea. Susah nak cerita tentang dia. Kerana sudah hampir hilang hubungan dengannya. Entah kenapa dia menyepi sekarang. Tapi dulu, dengan wajah iras era fazira, dia juga jadi idaman malaya. Tapi jangan tertipu dengan keayuan itu kerana mulut dia lebih berbisa dari bisa! Pernah dia marah sorang cashier baru di The Store depan2 muka, "Buat kerja lemmmbabbb!!" Tak pedih ke kalau ko jadi cashier itu? Sekarang dia...sekarang dia..sekarang dia..sungguh saya tak tahu sekarang dia kat mana dan jadi apa. Sedih.



Itu la geng 6 jahanam. Eh kejap, kenapa 5? Kerana yang ke-6 itu adalah saya :)



Kawan-kawan, saya rindu masa2 bersama kamu semua!



7 comments:

Anonymous said...

Jea kat US sekarang buat pHD.. Dia sihat2 saja.. nanti saya sampaikan salam kamu kepadanya..

Mawar said...

Anon, thanks. Lebih elok kalau kamu boleh bagi saya cara nak contact dia. Sungguh saya rindu kawan2 saya termasuk dia. Yang lain saya selalu jumpa, kecuali dia.

Teacher Farah said...

mawarni @ Mawat...
membaca nukilan ini membuatkan saya menitiskan air mata..
sesungguhnya kenangan bersama selama 5 tahun, sama kelas, sama kamar, sama kadet trafik, sama kelab komputer, sama main bola tampar..terlalu banyak yang kita kongsikan bersama..
yang suka, yang duka.. yang suka itu menjadi kenangan indah,
yang duka itu sudah tersimpan dalam lipatan sejarah & menjadi pengalaman yang sangat berhaga dan akan menjadi kenangan ke akhir hayat!

Mawar said...

teacher farah: minta maaf la aku baru approve comment hang, tak perasan.

Hang mesti lagi terasa kenangan dulu bila tengok anak2 murid hang kan. Mmg best masa muda itu!

Mawar said...

kita masuk kelab komputer tu sbb dah takdak kelab nak masuk dan kita mmg takmau kelab yang aktif ;P

Ayat last hang tu, dalam sungguh!!

M.Naset said...

loqlaq sunggoh hangpa no... tp next gathering join laa...ramai2... buat dekat2 sini pon payah nk mai.. hehehe

Mawar said...

tu baru sikit naset, kalau nak cerita kisah 5 tahun kena buat 5 blog..

Ampun la gathering last year tak pi, baru lepas bersalin, tak sesuai nak bawak baby kecik sangat malam2.

Kalau buat lagi insyaAllah buleh pi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails