30 August, 2010

Salah Ke???

Entry di kala kebosanan sambil tengok jam menunggu masa balik mmg mcm ni ye kawan2.

Ini tumbuhan peliharaan saya di ofis. Baru sebulan lebih beli di IKEA. Kawan2 ofis saya kata saya bazir RM1.90 sbb tumbuhan tersebut boleh dapat di tepi jalan je (Lepas orang dah beli baru kau nak cakap..hadoii!!!)





Masalahnya sekarang ni adalah, dalam bulan puasa ni mcm mana saya nak siram dia?? Selalunya saya ambik air dalam mug dan siram pokok ni tp bulan puasa rasa bersalah yang amat tau bila ambik air dalam mug biarpun setakat nak siram pokok. Rasa mcm orang kata tak reti malu budak tak posa ni huhuhu..

Lepas seminggu lebih tak bersiram, saya rasa kesian tengok pokok peliharaan saya. Kalau dia boleh bercakap mesti dia dah menjerit kehausan, ataupun dia menangis mintak saya hantar dia balik umah mak dia IKEA hiks!

Jadi pagi2 tadi masuk je ofis saya terus ambik mug isi air untuk siram dia. Semua orang yang lalu nak punch card tengok saya pelik sambil senyum2.

Rasa nak jerit: SAYA PUASA LA..SAYA CUMA NAK SIRAM POKOK DENGAN AIR NI!!!!!!!!

Tapi tak terkeluar dari mulut saya. Saya cuma mampu senyum. Mesti depa ingat saya tak puasa huhuhuhu..

26 August, 2010

Azfar Sudah 1 Tahun!!

Entry ni dah lama dalam draft saya (nampak sangat dah lama excited tunggu Azfar setahun). Sebenarnya saya tercari2 apa yang patut saya tulis on his very first birthday!!




Biasanya orang kata 'cepatnya masa berlalu' atau 'baru semalam rasa sakit menahan contraction' atau 'pejam celik setahun dah..' Takdak yang salah, semuanya betul. Mmg terasa cepat masa berlalu sejak hari pertama kamu menyapa dunia Azfar, mmg seperti baru semalam terasa sakit menahan contraction saat kamu berusaha untuk keluar melihat dunia Azfar, mmg sepantas kelipan mata terasa setahun telah berlalu mulai saat pertama kamu menarik nafas di dunia Azfar.









Setahun kamu menceriakan hidup mama & baba, setahun juga kadangkala kamu mendukalarakan hidup mama & baba, setahun juga kamu huru hara kan hidup kita bertiga :-) setahun juga kamu mengajar mama tentang kasih sayang, gundah gulana, sedih kecewa, suka duka dan segalanya.

Terima kasih Allah kerana meminjamkan saya anugerah terindah ini, membenarkan saya merasa nikmat dan rahmat menjadi ibu kepada seorang hambaMu..

Untuk Azfar mama,

Selamat hari lahir yang pertama!! Mama sayang kamu sangat! Kalau mama peluk cium kamu, bukan bererti mama ingin menyakiti tapi mama menyayangi. Kalau mama tinggikan suara pada kamu, bukan bererti mama memarahi tapi mama mengajari.


Love you sayang mama, will always do. No one loves you the way i do


Happy First Birthday!!


Lots of Love,

Mama





24 August, 2010

Kenangan itu..kawan kawanku (Part 2)


Hari ni ntah kenapa tiba-tiba saya teringat lagi kenangan itu..kawan kawanku (ok saya tipu, bukan tiba-tiba teringat tapi tiba-tiba bukak facebook nampak kawan kawan lantas saya teringat).


Baru-baru ni masa balik kampung pegang posa kata org tua-tua, saya ke Sunway Carnival Mall. On the way ke situ saya perasan satu kereta Honda CRV lalu depan kereta kami, dari tepi nampak mcm Lin, kawan sekolah saya. Dikukuhkan lagi dengan adanya labcoat kat seat dia (doktot mana boleh lekang dengan labcoat kan) dan sticker USM kat cermin belakang, saya terus sms Lin tanya betui ka dia naik CRV K**. Terus dia call tanya mcm mana saya tau? (Lagi mau tanya, dari tepi muncung tudung mmg mcm hang, labcoat kat seat dengan sticker USM kat kereta di Seberang Jaya pulak tu? sapa lagi kalau bukan hang) Dia tanya awat balik kampung tak singgah Hospital Seberang Jaya jumpa dia. Maaf Lin, bukan takmau tapi tak dan, nak bahagi dua umah pun susah. Lagipun bulan posa, satgi hang segan plak tak dapat belanja aku makan nasi merah kat kantin hospital tu (haha..)


Dua tiga hari sebelum balik kampung tu saya dapat tau Syirah @ Amal, juga kawan sekolah saya sedang pregnant. Alhamdulillah, Allah saja yang tau segala usaha dia untuk dapatkan zuriat. Berbaloi hang tunggu dan sabar hampir 2 tahun ni. Kalau dah rezeki hang, ada jugak! Saya tinggalkan comment kat blog dia ucap tahniah dan mintak dia jaga diri. Saya sangat gembira untuk kawan saya yang sorang ini. Aku ni dah berapa kali weekend dok bertagak nak pi kedai hang. Tengok la, baju raya aku tahun ni ingat nak hantaq dry clean kat kedai hang la sebelum balik raya nanti. Boleh dapat harga kawan2 ka? (sempat lagi tu..hihi)


Dua tiga hari lepas balik kampung, Farah message saya di Facebook tanya betui ka Jea (Siti Izera) dah kawen? Saya jawab tak tau, sungguh saya tak tau tapi saya tak terkejut sbb Jea mmg dah lama menyepi. Saya segera search dia kat Facebook tapi tak jumpa. Yang saya jumpa, mak dia. Saya add jadi fren. Selang sehari, mak dia message saya tanya habaq dan bagitau Jea dah kawen, tengah sambung study kat US. Saya ucap tahniah je. Sampai hati dia sepatah pun tak habaq (kalau takmau jemput pun, apa la salahnya habaq kat kawan-kawan lama). Bestfren saya tu kat sekolah, dari form 2 sampai form 5 meja sebelah-sebelah. Apapun asalkan hang bahagia aku tumpang gembira cuma terkilan tu ada Jea.

Moh pulak, lepas kenuri saya tak dengaq cerita. Tapi takpa puas hati dah dapat jumpa dan meraikan hari bahagia dia.

Farah mmg selalu jugak contact, tak la setiap hari mahupun setiap minggu tapi kurang-kurangnya dengaq la habaq berita..Masih internet bergerak mcm dulu kawan saya Farah Asnida ni..

Cuma bila bulan puasa ni ingatan pada kawan-kawan tu jadi lebih. Kalau di Mad Jiwa dulu bulan puasa ni mcm2 ragam ada. Yang rajin bangun sahur, geng ini lah kecuali Jea dia malas skit nak join. Petang2 lepas sekolah biasa ada tadarus, kadang-kadang saya jadi glemer sat sebab nama dipanggil naik surau jadi naqibah untuk sesi tadarus. Sapa suruh lantik orang yang baloq liat jadi naqibah, kesian ahli group saya ;-)

Rindu kamu semua kawan-kawan. Jom kita berbuka bersama..

Sekian, ingatan saya pada kenangan dan kawan-kawan..

18 August, 2010

Sebelum Kamu Merungut, Cuba Fahami Dulu Kawan


Alhamdulillah dah 10 hari berpuasa hari ni. Masih penuh ke tak 10 hari tu jangan ditanya, orang perempuan kan ada uzur syar'ie nye..Rasa cepat berpuasa tahun ni, mungkin juga sebab 5 hari pertama tu kami di kampung jadi masa terasa cepat berlalu.

Alhamdulillah jugak saya dapat menyediakan juadah berbuka dan sahur untuk kami. Tidak la sehebat buffet Ramadhan sana sini tapi cukup lah untuk berbuka kami berdua. Kalau ikut hadis, menyediakan makanan untuk orang berbuka, mempunyai pahala seumpamanya tetapi tidak mengurangkan pahala org berpuasa tersebut. Tapi adalah jugak hari2 yang terasa penatnya lebih saya minta izin Soulmate untuk beli ja.

Baru tadi ada kawan saya yang merungut sbb isterinya minta beli juadah berbuka ptg nnt.

Pandangan saya mudah;

Buat kawan saya **********,

Bukan setiap hari pun, baru hari ni dia mintak. Apa la salahnya? Bila sama-sama bekerja, saya rasa kamu perlu ada tolak ansur. Cuba fahami rutin harian dia, mungkin baru kamu boleh rasa kenapa hari ni dia mintak beli. Dia bangun seawal waktu, waktu kamu masih lena. Dalam mamai2 dia masak untuk kamu bersahur. Kalau tak masak lauk baru pun, paling2 tidak dia panaskan lauk semalam. Lepas makan kamu boleh sambung tido, kamu rasa dia boleh? Bila tiba waktu kerja, kamu sama2 bekerja. Bila balik, dia secepat yang boleh, kalu ikut hati mahu berlari ke rumah untuk sediakan juadah berbuka. Saya rasa sejak dia balik dari kerja dia cuma duduk masa berbuka, sedang kamu boleh berbaring layan tv atau facebook. Lepas terawih, kamu boleh terus tido kerana pada kamu hari tersebut telah berakhir. Dia kan masih sibuk mengemas, baju kamu belum bergosok..

9 hari bro dia buat perkara yang lebih kurang sama. Jadi, bila dia mintak kamu beli juadah berbuka hari ni, sampai hati kamu merungut pada saya tentang dia?

*Alhamdulillah suami saya jenis yang memahami. Atau saya kena tanya colleague dia yang perempuan??? mana la tau buat luahan perasaan jugak kan..

^_^ peace sayang, orang acah je


17 August, 2010

Metrojaya Raya Sale Di Putrajaya


Jom semua orang Putrajaya shopping raya di PICC







10 August, 2010

Sleeping Baby

My sleeping beauty baby..





Azfar ada gaya tido baru. Slalu dia ikut gaya biasa je, kalau tak mengiring peluk bantal dia terlentang. Tapi satu dua hari ni dia suka sangat buat gaya mcm ni..


Apa-apa la Azfar, asal kamu tido lena sudah.

Oh malam ni akan bertolak ke kampung halaman menyambut puasa di samping keluarga tercinta..yeehaaaa. Ke rumah in laws dulu lepas tu baru balik Penang pulak..Best!!




Ramadhan datang lagi.



Tahun lepas saya sedang sarat tapi sempat berpuasa penuh selama 4 hari sebelum Azfar memberi salam pertama kepada dunia.

Sebab itu, Ramadhan rasa dekat di hati saya. Ramadhan menyaksikan saya melahirkan seorang umat dengan izinNya. Ramadhan memberi saya nikmat menjadi ibu.

Tahun ini saya berkesempatan bertemu Ramadhan lagi. Terima kasih Allah walau kadang kala saya hamba yang leka.

Ahlan ya Ramadhan..


09 August, 2010

My Working Shoes..

Saya sedang bosan jadi saya buat kerja yang tak berfaedah sekejap.



Perempuan mmg suka kasut kan. Saya lebih suka heels kalau ke ofis, maklum la ketinggian tak berapa mencukupi, kena cari alternatif. Sebelum ni saya jenis yang ada sepasang kasut, pakai samapai lunyai. Sebabnya saya ni jenis susah nak jumpa kasut yang berkenan di mata dan di hati. Tapi semenjak dua menjak ni tak tau kenapa bila lalu kedai kasut rasa air liur meleleh terus beli.

Jadinya, dalam banyak2 kasut tu, yang paling depan ala2 kulit buaya tu jugak yg saya kerjakan setiap hari. Dah dua tahun guna rupa pun dah tak semenggah..

Yang lain2 maaf ye, saya suka kamu kamu juga cuma saya lebih suka yang itu. Mungkin belum jumpa keserasian.

Yang paling selesa pakai of coz yang pink itu ;-) selipar toilet ye bukan pakai ke meeting.

05 August, 2010

Selesai Jugak Akhirnya


Akhirnya..selepas bertahun hutang ni tertunggak, selesai jugak. Boleh tido lena sekarang.





Terima kasih kerana sudi meminjamkan saya sedikit duit buat saya belajar :-)

04 August, 2010

Call Sebab Tu Ja?

****PERINGATAN****
Penulisan saya pada kali ini adalah luahan emosi semata-mata!! Org kata tengah marah jangan tulih blog tp saya nak tulih jugak!

Pagi ni saya terima call dari kawan lama; Oit, apa habaq??
Saya cuma senyum, rasa lega bila dengaq oghang cakap utara. Saya suka.
mula2 sembang ok tapi lama2 masuk bab dia complaint servis kat hospital yang dia baru pi lembab.

Saya dengar ja dia bercakap walaupun dalam hati nak kata; awat hang tak pi hospital private yang bersepah dalam Malaysia ni? Bayaq seringgit paham2 ja la. Kalau nak cepat, bayaq mahai skit.

Masa saya masuk hospital nak bersalin, ada sorang kakak depan katil saya yang dah 3 minggu duduk hospital masalah uri. Saya tanya dia, berapa dia bayaq (sbb dia org awam, rate tak sama dgn saya) Dia ckp lebih kurang RM200 seminggu. Seminggu tau, cuba hang pi private, 200 tu satu malam ja. Jadi sila bersyukur.

Saya tak nafikan, mmg kat mana2 organisasi mesti ada staff yg buat hal, tapi kerana government servant ni lebih dari sejuta org sbb tu la nampak sangat kekurangannya. Awak kerja kat tempat yang staff tak sampai 1000 org pun masih ada yg buat hal kan, cuma tak kecoh satu malaysia sbb populasi awak sikit. Paham? Balik2 ckp cukai yang dia bayaq tu la buat bayaq gaji depa ni. So? Sbb alasan tu, depa kena minta sedekah kat hang? Melutut layan hang? Hang ingat depa tak bayaq cukai ka?

Duit cukai hang tu bukan takat bayaq gaji depa; buat jalan, bagi hang senang lalu dengan kereta besaq hang tu; buat hospital supaya hang bayaq seringgit tapi dapat ubat berkoyan2; buat sekolah supaya anak2 hang ada masa depan.

Anak saya mmg jumpa paed dari private. Setiap bulan pi, dan setiap kali pi, kurang2 kena tunggu sejam. Agak2 teruk skit 3 jam, tapi saya tak nampak sorang pun complaint kenapa lambat. Mungkin, hospital kerajaan kena charge pada harga yang sama baru org tak complaint.

Hidup ada pilihan. Pilih yg terbaik untuk diri sendiri. Bila dah pilih jangan tuding jari kat org, org tu salah, org ni salah..

Maaf kalau ada yang terasa dengan bahasa saya. Saya org Kedah, besaq kat Penang. Org utara mmg ckp kasaq skit.

Sekian.

02 August, 2010

Mama Cuti Panjang Bila Azfar Kena Chicken Pox

Hampir seminggu saya bercuti bila Azfar kena chicken pox. Mula2 keluar satu je bintik ada air kat leher dia, puas saya pikir apa yang saya bagi dia makan sampai kena alergi. Sehari lepas tu naik kat tangan & kaki skit. Terus bawak ke klinik. Paed yg slalu kami jumpa tu tak duty so jumpa doc lain. Boleh dia kata Azfar kena HMD? Sehari lepas tu, lagi banyak naik kat badan dia, kami ke klinik (lagi) dan paed ckp chicken pox.


Tapi, Azfar ok ja tak la cranky sangat, tak nampak mcm dia gatal ke apa, relax ja dia main. Cuma kesian tengok bintik2 tu penuh badan.





Cuti lama, saya jadi bosan kat umah, so saya buli anak bertuah saya tu. Kesian dia dah jadi macam makcik2 pun ada. Soulmate kata, jangan la jadikan anak kita perempuan ;-)


Dan sbb saya bosan kat umah jugak + ada barang skit nak beli, kami ke IKEA weekend lepas walaupun Azfar penuh berbintik2 mcm tu. Org lain tengok Azfar mesti toleh 2 3 kali ataupun tengok lama2. Ada la beberapa org ja yang berani tanya; ruam ke chicken pox ni?


Kamu tetap hensem di hati mama..hik! ^_^


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails