29 December, 2010

Setahun Telah Berlalu..Kenangan dan Pengharapan

Setahun lagi telah berlalu dalam hidup kita semua. Setahun yang ada suka dan dukanya. Setahun yang takkan pernah sama dengan tahun2 yang lain. Setahun yang tak pernah mungkin akan kembali menjengah diri. Setahun yang telah pergi.

Setahun ini saya belajar lagi menjadi anak yang baik pada mak abahnya. Setahun ini saya belajar lagi menjadi isteri yang sempurna pada suaminya. Setahun ini saya belajar dan belajar lagi menjadi mama yang hebat pada anaknya. Dan setahun ini juga saya sentiasa belajar lagi menjadi hamba yang taat pada Penciptanya.

Kerana saya punya harapan yang besar untuk tahun yang mendatang..

Saya mengharap menjadi hamba yang lebih taat pada perintahNya. Saya mengharap menjadi anak yang lebih baik, isteri yang lebih sempurna dan mama yang lebih hebat.

Kalau bercakap tentang menjadi anak yang lebih baik, kadang kala rasa sedih sendiri. Sejak umur saya 13 tahun saya dah ke asrama, jarang2 dapat balik ke rumah, sampai la ke universiti masih sama. Nak nak lagi saya study dulu kat UM, jauh dari keluarga sendiri. Bila habis belajar, mak mintak sangat cari kerja kawasan sekitar umah, tp kalau dah mmg degil kan cari jugak kat KL. Masa tu konon kalau takde Midvalley, takde KLCC kat Penang nun mcm mana nak hidup. Tak sedar diri kalau takde mak ayah lagi la tak boleh hidup. Lepas bersusah payah kat sini baru terasa kan senang kalau dapat tukar balik Penang. Sekarang dah kawen, dah ada anak sendiri baru rasa memang mcm nak mati kalau berjauhan dgn anak. Sbb tu sekarang saya sentiasa mengharap untuk jadi anak yang jauh lebih baik pada mak abah sendiri. Mengharap untuk sekurang-kurangnya senangkan hati mereka yang mungkin sedang merindui.

Kalau bercakap tentang menjadi isteri sempurna pada suami, saya percaya setiap yang bergelar isteri pasti ada harapan yang sama setiap tahun. Bercakap tentang saya, mmg kadang kala rasa kesian pada suami pun ada. Rasa teruk sangat diri saya ni pun ada. Rasa bersalah amat juga kadang kala terdetik di hati. Mujur saya punya suami yang sangat memahami dan jarang sekali mengungkit. Kalau nak dicaturkan semula kehidupan suami isteri saya pasti ingin mengubah kekurangan diri. Sepanjang usia perkahwinan kami rasanya boleh bilang dengan jari berapa kali saya vacum & mop lantai, berapa kali saya cuci toilet. Sejak ada Azfar lagi menjadi2, kadang2 suami yang basuh baju, basuh pinggan mangkuk, basuh botol susu Azfar. Kadang2 suami yang kemas katil pagi2. Tapi Alhamdulillah dia tak pernah merungut. Dalam hati hanya dia dan Tuhan yang tahu la kan. Cuma saya yang kadang kala malu sendiri. Sungguh kali ni, saya mengharap untuk jadi isteri paling sempurna di mata suami. Sungguh saya berazam untuk belajar mengubah jati diri. Kalau bukan isteri paling sempurna di dunia ini pun sekurang2nya saya nak jadi isteri paling sempurna pada suami sendiri.

Kalau bercakap soal mama terhebat pada anak juga kadang kala saya lupa diri. Kadang kala bila ambik Azfar dari nursery saya biar dia main sorang2 sedang saya cuma merehatkan diri. Saya lupa yang dia dah lebih lapan jam tak jumpa dan memanja diri dengan mama dia ni. Saya lupa nak tadahkan telinga mendengar keluh kesah bahasa dia sendiri. Saya lupa nak gelak ketawa melayan dia bermain. Saya lupa yang dia telah berdikari tanpa saya disisi selama lebih lapan jam siang tadi. Kadang bila dia merengek minta belas didukung saya tanya dia nak apa, mama sibuk ni. Kadang dia berjenaka tepuk muka atau gigit tangan saya, terus saya kata No! dengan suara yang tinggi. Kesian juga bila niat untuk berjenaka dengan mama berakhir dengan cebik muka sambil tahan air mata. Kali ni saya berazam untuk jadi mama terhebat buat anak kesayangan saya. Saya nak luangkan masa sekurang2nya setengah jam lepas ambik dia dari nursery sebelum saya menyibukkan diri masak atau merehatkan badan. Saya nak dengar cerita dia biar saya belum tentu paham apa yang dikatakan. Saya nak layan dia sepenuh hati, nak manjakan dia sepenuh jiwa, nak menyayangi dia hingga saya sanggup mati demi dia.

Walau apapun harapan saya untuk tahun akan datang, saya paling mengharap untuk menjadi hambaNya yang paling disayangi.

Besar harapan saya tahun depan. Moga2 segalanya ditunjukkan jalan dan dipermudahkan hendakNya.

27 December, 2010

Weekend Kalau Tak Berjalan-jalan Tak Sah

Weekend lepas Soulmate cadangkan kami berehat kat umah. Sebabnya, weekend2 sebelum tu mmg kami tak lekat di umah, sibuk menguruskan mcm2 hal terutamanya hal umah. Rehat2 pun hari Sabtu kami terjah jugak ke Low Yat mencari ini ------>


Sori pic blur sbb guna henfon je..

Dah kata duduk kuarters dua tingkat kan, so kat umah ada satu tv di living hall tingkat bawah, satu lagi dalam master bedroom tingkat atas. Masalahnya, decoder Astro satu je, kat tv bawah. Sbb tu la Soulmate beria nak jugak mencari benda AV Transmitter ni. So sekarang kami boleh tengok Astro dan boleh tukar channel jugak dari dalam bilik je tanpa perlu on tv kat living hall bawah. Yeayyyy!!

Tapi jenuh jugak satu Low Yat tu turun naik mencari benda ni. Nasib baik Azfar tido sepanjang masa kat situ, legaaaaa.

Dalam kata nak rehat takmau uruskan tantang umah tu, sempat jugak singgah Ekies kat Puchong masa on the way balik. Sebelum ni dah survey kat situ, sinki mcm murah jugak dan katanya sale dia sampai 26hb je, sbb tu singgah beli jugak. Dari plan asal nak beli sinki je terus ambik jugak cermin dan hanger, haishhhhh napsu napsu ^_^

Alih2 hari ni tengok kat EveryOnSales.Com, Ekies extend sale sampai 2.1.11. Pandai sungguh diorang ni meniaga kan. Kita yang membeli ni, asal dia kata esok last day sale rasa mcm nak angkut satu kedai trus masa tu jugak.


*pc credit to EveryOnSales.com



21 December, 2010

Cinta Mampu Buat Kita Harungi Segalanya

*gambar diambil di IKEA semasa sesi jalan2 sambil buat budgeting umah baru hehe

i love my boys!!

Hari ni saya rasa sangat bersyukur dengan hidup saya, bersyukur saya ada keluarga yang memahami kehendak hati saya, bersyukur saya ada suami yang menyayangi saya, bersyukur saya ada anak yang menceriakan hidup saya. Selama ni pun bersyukur, cuma kadang2 dalam kesyukuran tu masih terselit perasaan kalaulah saya ada itu, kalaulah saya ada ini..

Hari ni saya belajar tentang betapa bertuahnya hidup saya yang ada keluarga yang sentiasa menyayangi diri saya seadanya..saya juga sedar betapa cinta boleh menjadikan seseorang mampu buat apa saja.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.



16 December, 2010

Permulaan Tahun Baru Kami..


Blog saya ni kejap ada entry kejap hilang seminggu dua..hasihh susah sungguh nak update. Nak cari topik satu hal, cari masa nak update hal lain plak..Sibuk kerja mmg dah sedia maklum, nama pun kerja kan. Tapi sekarang kami sedang sibuk dengan ini ---->


Alhamdulillah, semoga ini menjadi permulaan tahun baru yang penuh bermakna buat kami. Rumah kecik tempat keluarga kecik kami berteduh nanti adalah obsesi baru kami hehe. Boleh dikatakan setiap kali sembang dengan Soulmate, semuanya cerita tentang deco rumah je..

And these are our current reading (tak pernah aku bukak catalogue IKEA sebegini kerap, belum masuk tahun 2011, catalogue 2011 dah nak lunyai. Boleh kata hafal almost setiap page yang ada..dahsyat)


Biasalah org perempuan kan, first thing mesti pikir kitchen dulu. Dan ini adalah kitchen cabinet kat salah satu showroom yang kami survey, sangat menarik hati! Ours mungkin ada mirip2 rupa ini ;-)


Dan budak kecik ni adalah yang paling kesian bila setiap weekend mak bapaknya usung ke hulu hilir settlekan hal rumah.



02 December, 2010

On Safety Gate

Kuarters tempat saya tumpang berteduh anak beranak adalah dua tingkat. Walaupun Azfar jarang sangat main naik turun tangga tapi dia amat suka ke dapur. Rumah zaman sekarang masuk2 pintu je terus dapur ye. Kalau orang kampung terutamanya mak saya memang tak berkenan pesen umah gitu.

Oleh sebab Azfar ni mengikut perangai mama nya yang rajin memasak rajin meneman kita kat dapur, Soulmate cadangkan kami beli safety gate dan letak kat laluan ke dapur tu supaya Azfar tak dapat sampai ke dapur dan tangga sekaligus.




Rupanya memang tak cantik, kalau umah sendiri ni mau saya pikir berkali2 nak letak safety gate kaler-kaler gini dalam umah. Tapi kalau dipikirkan keselamatan Azfar, biar sakit di mata asal senang di hati hik. So sekarang Azfar mmg tak dapat access ke dapur lagi. Tapi kalau sekali sekala kami terlupa tutup gate tu, memang mcm berlari dia jalan ke situ. Kalau kita cepat2 tutup sebelum dia sampai, terus dia testing volume suara menangis

;-)


01 December, 2010

Sebulan Abaikan Blog


Fuh, almost sebulan saya tak update. Tak tau nak start dari mana dah. Tiba2 mcm tak pandai nak menulis, tak pandai nak mengarang perkataan, tak pandai segalanya.

Tentang Kerja

Nak kata sebab bz, mungkin jugak. One of my colleague tengah cuti bersalin, jadi sedang tanggung kerja dia, dua org punya kerja sorang buat, paham2 ja la. Pagi-pagi masuk ofis mcm segar bugar kata orang, sampai petang je saya dah mentally exhausted. Org kata kalau kerja kebun penat tenaga, balik umah rehat kejap dah ok. Tapi penat kepala otak ni balik umah mmg dah lemau habis. Kadang2 bila saya bosan sangat dengan apa yang saya tengah buat, rasa nak cari ja org2 yang buat masalah ni dan marah cukup2 (saya buat kes tatatertib jadi hari2 pun kena tengok kes manusia yang kadang2 rasanya tak bersyukur dia dapat kerja!). Ok taknak merungut dah, nama pun kerja saya rezeki Allah bagi..


Tentang Famili

Belum berkembang hehe..Saiz badan masing2 je yang makin mengembang. So far, kalau nak bercerita tentang Azfar pun saya tak tau nak mula dari mana. Sangat aktif sekarang. Dia cuma rehat bila dia tido je. Lain dari tu, kerja dia mesti berjalan keliling umah. Yang paling tak tahan, sekarang ni suka menjilat. Pernah dia letak lidah kat sliding door lepas tu berjalan sepanjang sliding door. Habis dicuci sliding door tu, kesannya cirit birit dua minggu. Haishhhhh..hati geram tapi kadang2 tengok rasa cute ;-)


Tentang Hobi

Hobi saya mengumpul setem. Ok tipu hehe. Rasanya dah lama saya takde hobi. Tapi baru-baru ni saya dan Soulmate mcm ada hobi baru, baca majalah Impiana ;-)

Dah lama plak tak letak gambar kat sini



Weekend lepas main boling dengan staff Unit saya. Budak tecik itu asyik nak main dekat lane boling adoiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails