01 December, 2010

Sebulan Abaikan Blog


Fuh, almost sebulan saya tak update. Tak tau nak start dari mana dah. Tiba2 mcm tak pandai nak menulis, tak pandai nak mengarang perkataan, tak pandai segalanya.

Tentang Kerja

Nak kata sebab bz, mungkin jugak. One of my colleague tengah cuti bersalin, jadi sedang tanggung kerja dia, dua org punya kerja sorang buat, paham2 ja la. Pagi-pagi masuk ofis mcm segar bugar kata orang, sampai petang je saya dah mentally exhausted. Org kata kalau kerja kebun penat tenaga, balik umah rehat kejap dah ok. Tapi penat kepala otak ni balik umah mmg dah lemau habis. Kadang2 bila saya bosan sangat dengan apa yang saya tengah buat, rasa nak cari ja org2 yang buat masalah ni dan marah cukup2 (saya buat kes tatatertib jadi hari2 pun kena tengok kes manusia yang kadang2 rasanya tak bersyukur dia dapat kerja!). Ok taknak merungut dah, nama pun kerja saya rezeki Allah bagi..


Tentang Famili

Belum berkembang hehe..Saiz badan masing2 je yang makin mengembang. So far, kalau nak bercerita tentang Azfar pun saya tak tau nak mula dari mana. Sangat aktif sekarang. Dia cuma rehat bila dia tido je. Lain dari tu, kerja dia mesti berjalan keliling umah. Yang paling tak tahan, sekarang ni suka menjilat. Pernah dia letak lidah kat sliding door lepas tu berjalan sepanjang sliding door. Habis dicuci sliding door tu, kesannya cirit birit dua minggu. Haishhhhh..hati geram tapi kadang2 tengok rasa cute ;-)


Tentang Hobi

Hobi saya mengumpul setem. Ok tipu hehe. Rasanya dah lama saya takde hobi. Tapi baru-baru ni saya dan Soulmate mcm ada hobi baru, baca majalah Impiana ;-)

Dah lama plak tak letak gambar kat sini



Weekend lepas main boling dengan staff Unit saya. Budak tecik itu asyik nak main dekat lane boling adoiii

5 comments:

Unknown said...

what..azfar jilat sliding door
uuihhh..adohaii anak
mcm2 gelagat..
tp seronok kan..betullah

Mawar said...

bukan setakat sliding door, yang mana sampai mulut dia mmg dia buat mcm tu termasuk tv, tp sliding door his favourite. Mmg seronok ada anak ni kan, macam2..

KAK RAINBOW said...

tentang apa2 je nurul akan baca sbb suka membaca )

Anonymous said...

Great posting. Tidak sabar untuk membaca yang berikutnya:)

Mawar said...

Nurul: Budaya membaca budaya kita hehe

Anon: Thanks!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails