07 January, 2011

1 Hari 1 Resipi


Semalam saya cuti sebab......mmmmm takde sebab, saje nak cuti hehe ampun boss.

Oh dah ingat, sbb nak servis kereta, esok nak berjalan jauh ke Kuantan nun majlis kawen kawan Soulmate. Lega mak pak mertua datang jadi dapat la saya berdating2 ke kenduri kawen, tinggal itu budak kecik sama ibu mertuaku hehe. Tq mama!! Tq baba!!

Lepas servis kereta seawal pagi, saya singgah ke Jusco Equine, saja jalan2, kata cuti kan..Pukul 10 dah terpacak dalam Jusco, saya sorang je customer haha. Yg lain semua staff kat situ. Jadi semua mata asyik pandang kat saya sambil dalam hati mesti, apa ini minah datang awal sangat?

Lepas menghabiskan sikit duit dalam Jusco, saya ke kedai buku. Niat hati nak cari buku buat kurangkan rasa bersalah kerana telah habiskan duit tadi hehe.

Ingat lagi entry saya tentang yang jadi isteri paling sempurna di mata suami (chewahhh), jadi saya beli buku ini ----->




Semangat tak saya???

Niat sebenar beli sbb, bila masak kat dapur je asyik2 la saya ulang tayang resipi sama. Walaupun Soulmate saya jenis hantam saja labu, semua benda pun makan, tp kadang2 kesian jugak dia (dan saya) yang asyik ulang masakan sama. Jadi dalam usaha nak variety kan masakan saya beli la buku ni. Kata nak jadi isteri sempurna hehe..

Kenapa buku ni? Sbb resipi yang chef tu tulis adalah resipi biasa makanan kita setiap hari. Kdg2 buku-buku resipi ni, semua resipinya da'bomb sangat sampaikan beli buku terus simpan langsung tak pernah masak. Lagipun dia ada gambar step-by-step dan juga kat cover page dia siap tulis gerenti jadi!! tuuuuu..

Saya belum try resipinya lagi so tak boleh kompom kan betul ke jadi masakannya. Tengoklah ptg ni.




2 comments:

baini said...

camne mawar, jadi tak masakan ko?ekekeke

Mawar said...

hahaha..baini aku try salad je kompom jadi!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails