26 January, 2011

Both are good, which one better?


Bagi yang bekerja sektor kerajaan memang dah tuntutan cara berpakaian bagi pegawai perempuan sama ada berbaju kurung atau baju mengikut kaum atau skirt. Kecuali sesetengah Jabatan yang dibenarkan memakai pants, yang lain2 terpaksalah ikut peraturan yang ada.

Saya tak kisah dengan peraturan ni, berbaju kurung pun selesa bekerja. Kerja ofis kan, bukannya nak kena sinsing lengan baju untuk panjat memanjat pun. Setakat mengadap pc dan fail saya rasa selesa berbaju kurung.

Masalahnya, bukan senang nak cari tempat tempah baju yang kita rasa sesuai. Macam saya, dah lama asyik pakai baju kurung ready made. Nasib baik la badan jenis standard, saiz M mmg betul2 ngam dengan saya. Kalau mcm kawan saya gee, yg tinggi kurus tu kerja kerajaan mesti susah hati jugak nak menempah baju.

Lagipun, kos tempah baju sekarang bukan macam dulu lagi. Saya pernah tempah baju dari beberapa tempat dengan harga yang berbeza dan of course kualiti juga berbeza. Sepasang kurung biasa tempah di kedai yang jahitannya kemas, pakai pun selesa pernah sampai RM80-100 sepasang. Mungkin pada sesetengah orang murah tp pada saya tak berbaloi. Kadang2 kain yang kita beli untuk buat baju tu lebih murah dari harga tempah. Untung org ada kemahiran zaman sekarang ni. Paling murah saya tempah baju, RM45. Kualiti wise hmmmmm susah nak kata. Padan dgn harga la kan..Rasa sayang plak kain yang dibeli jadi gitu.

Saya tahu sikit2 asas jahit baju kurung tapi dulu guna mesin jahit mak kat kampung. Kalau dulu, langsir kat umah mak tu pun saya yang jahit. Asal raya je berpeluh la jahit langsir. Sejak dah bekerja dan berkeluarga ni, mesin jahit pun saya dah tak sentuh.

Tapi mengenangkan upah jahit baju sekarang dan kesusahan nak cari penjahit yang sesuai, saya simpan hasrat nak beli mesin jahit sendiri dan jahit baju kurung sendiri!! Haaaa besar tak angan-angan impian saya.

Dengan niat tu, saya pun survey la mesin2 jahit yang berkenaan di hati, yang affordable la. Takkan baru nak mula ni nak beli industrial punya kan..takut nanti jadi projek gajah putih jenuh menahan ayat2 manis perli dari Soulmate pulak. Survey online, terjumpa la dengan dua brand yang boleh kata musuh ketat dalam pasaran mesin jahit ni (orang kata bukan saya kata ye hehe).


1. Model INNOV-IS 30 dari Brother (selama ni ingat dia jual printer je hehe). Harga RM1299. Boleh refer sini kalau nak tengok spec ye.






2. Model 7465 dari Singer. Harga RM1545.
Boleh refer sini untuk spec juga ye.







Dari segi harga, boleh kata lebih kurang la beza 200 lebih je. Dari segi rupa pun lebih kurang juga. Function pun ada lebih ada kurang juga ye. Hmmmm jadi yang mana satu patut pilih? Kalau ikutkan hati, hati kata pilih yg no.1. Tapi kalau nak tengok dari segi senang maintenance, of course la Singer sbb kedai Singer senang cari. Kat Putrajaya ni pun ada. Hmmmm susah jugak ni.

Mana satu patut pilih?


Minggu depan nak balik kampung. Ataupun saya patut kecek (orang utara kata kecek=pujuk bagi tujuan mendapatkan sesuatu, kalau orang Kelantan: kecek=cakap) mesin jahit mak saya. hehehe..Agak2 dia bagi tak ye





2 comments:

Unknown said...

teringin mesin jahit jugak
rasa nak beli raleigh je lah
murah2 sudah
kalau nanti tiba2 mood merundum
tak kena sound baik punya :0

Mawar said...

Tu la, asal lepas baju sendiri kira ok la kan. Jom Jahit :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails