19 August, 2011
Saya Minta Maaf
Semalam di Facebook ada jemputan untuk bersama-sama berbuka puasa dengan teman-teman sekolah. Saya diam sebentar lepas baca, berfikir dengan bersungguh-sungguh. Patut kah saya turut sama? Lalu teringat geng 6 jahanam saya. Saya sms Farah bertanyakan mungkin dia nak join. Macam dah boleh agak jawapannya, jawapan standard; 'Kalau hang pi, Syiroh pi, aku pi la..'
Saya sms Syiroh @ amal pula. Antara lain bunyi sms saya; 'Amal kalau hang pi, kami (aku & Farah) pi la'. Nak jugak bagi Amal rasa bersalah penyebab kami berdua tak join heh. Bukan jawapan standard dari Amal cuma dia tak dapat join sebab ada hal keluarga. Lalu saya sampaikan pada Farah yang kami berdua tak jadi pergi. Dan seperti diduga, Farah juga takkan turut serta.
Sebenarnya, ada juga rasa kasihan pada mereka-mereka yang bersungguh-sungguh anjurkan majlis itu. Saya tahu bukan senang nak uruskannya. Nak mencari tempat satu hal. Nak lobi ajak kawan-kawan datang satu hal. Nak menguruskan duit membayar tempat buffet tu satu hal. Penat dan remeh. Kalau bagi kat saya, maaf awal-awal saya tolak jawatan jadi penganjur ni.
Saya minta maaf pada mereka. Bukan tiada langsung niat nak turut serta cuma saya masih perlukan comfort zone saya. Saya masih perlukan kalau tak semua, at least satu dua orang geng 6 jahanam saya. Bukan bererti saya tak berkawan dengan kamu semua. Cuma saya sukar mencari topik yang sesuai untuk dibualkan. Saya bimbang jadi bosan dan membosankan orang lain. Saya bimbang pada tanggapan saya juga kamu tentang diri masing-masing. Lalu saya rasa lebih baik kalau saya tak ikut berbuka bersama-sama.
Saya minta maaf.
Memang saya selalunya begini. Kalau ikut salah satu ujian personaliti yang pernah dibuat, saya ni introvert orangnya. Saya kurang energy bila berada dalam crowd. Saya lebih selesa dengan orang-orang tertentu. Bukan maksudnya saya tak suka berkawan. Saya suka. Cuma bukan kebiasaan saya memulakan sesuatu perkenalan. Ya, memang saya kenal kamu semua tapi lepas sepuluh tahun tak bersua muka, saya susah nak mencari topik sesuai untuk dibualkan.
Mungkin suatu hari nanti saya akan join aktiviti sebegini. Mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehe mawad sorry sbb aku hangpa tak pi..aku dah kena gath 2009 bila aku sengsorang tanpa hangpa semua (geng kita)..sgt awkward..nak angkat bontot ke meja lain pi bersembang pon terasa berat..aku yg salah sbb aku pi jugak wlaupun tau hangpa tak pi..just nak try tapi mmg tak boleh masuk..hehe..masih ada hati ke nak pi iftar tu?aku teringin jugak nak pi tapi reason aku solely hanya untuk jumpa hang ngan farah..hehe
kalau takat nak jumpa aku ngan farah, kita serbu bukak posa umah farah ja la. Sat aku tanya dia
Post a Comment