Tentang bagaimana the writer value every ordinary day.
pic source: Google
Buku ni dah agak lama saya beli. Cuma lately mencari masa dan tenaga untuk membaca bukanlah susah namun bukan juga senang. I know, it's just excuses. Dan bila saya sudah mula baca, saya semacam susah nak berhenti walaupun at the end of the chapter. Macam kena terus selak dan baca dan baca dan baca. Mungkin kerana penulisan tentang role of mothering yang begitu dekat dengan saya buatkan saya mahu terus baca. Saya perlukan motivasi untuk lihat banyak perkara dalam hidup seharian saya dari perspektif yang berbeza supaya setiap hari yang saya lalui bukanlah sekadar rutin.
Beberapa hari lepas berpeluang jumpa cousin saya yang dulu nya kami agak rapat. We still do, cuma semenjak masing-masing berkeluarga, peluang berjumpa semakin sukar. Ya lah, dia di Kedah, saya di Putrajaya. Kalau kami balik kampung, nak bahagikan masa di dua rumah sahaja sudah cukup terkejar-kejar, inikan pula nak berkesempatan berjumpa dan berbual macam waktu masing-masing masih single memang susah. Rasanya hampir tiga tahun kami tak bersua muka.
Saya suka dapat berjumpa dia cuma sayu dengan berita yang dibawanya. Dia sedang failkan penceraian di mahkamah. Sayu lihat dia apatah lagi anak-anaknya. Sayu tapi saya hormat ketabahan dia. Saya tak suka membayangkan, tapi kalau lah diletakkan diri saya dalam keadaan dia, i might end up in jail hahaha.
Cerita dia pada saya;
Hanya selepas tiga minggu berkahwin, sang suami sudah mula ada beberapa girl friend untuk seronok-seronok. Dan keadaan itu berlarutan sehingga sekarang usia perkahwinan mereka sudah lima tahun, anak sudah dua orang.
Masa baru berkahwin, sang suami dibebani hutang credit card sehingga nama di senarai hitam bank, lesen memandu tak boleh renew, ansuran kereta tak terbayar hingga terpaksa serahkan kereta kepada kawan untuk sambung bayar.
Kerana kekurangan duit belanja, beras dan segala barang mentah ambil dari rumah keluarga si isteri untuk teruskan kelangsungan hidup.
Bila si isteri telah mula bekerja, dibantunya suami bayar segala hutang sehingga sang suami mampu beli sebuah rumah. Walau dalam keadaan suami gemar berfoya-foya kat luar, isteri masih sanggup membantu dengan harapan dia akan lebih disayangi.
Si isteri sanggup buat pinjaman peribadi atas alasan sang suami konon nak mulakan perniagaan supaya dia jadi sibuk dan boleh lupakan aktiviti sosial.
Sang suami sanggup bawa salah seorang perempuan yang ingin dikahwininya balik ke rumah dan diperkenalkan kepada si isteri. Tinggal tiga hari di rumahnya dan si isteri boleh anggap seolah-olah kawan.
Sang suami boleh minta duit yang si isteri simpan, duit gaji dia sendiri sebagai persediaan untuk bersalin untuk tujuan aktiviti sosialnya sedangkan kandungan si isteri telah capai sembilan bulan.
Allahuakbar!
Walau selepas segala pengorbanan ini, sang suami bertunang juga awal bulan ini (nak kawen nombor dua pun nak kena bertunang bagai!!)
Saya sayu kerana sepanjang lima tahun ini sang suami ditatang bagai minyak yang penuh. Tak pernah buat kerja rumah. Jangankan kerja rumah, makan depan tv boleh suruh isteri yang tengah sarat sendukkan nasi dan bawa kepadanya. Bila sudah makan, suruh isteri bawakan air dan basuh tangan tanpa perlu bangun pun. Isteri kau tengah sarat kot!!!
Dan saya sayu kerana cousin saya sanggup bertahan sehingga lima tahun dengan setiap hari berharap ada sinar dalam perkahwinan mereka.
Dan saya tambah sayu dengan anak-anak kecil yang belum paham keperitan ibu mereka menghadapi semua ini.
Saya harap kamu tabah wahai sepupu. Doa saya sentiasa bersama kamu..
Alhamdulillah, dipanjangkan usia saya sehingga ke hari ini. Thank you pada yang masih ingat dan ucapan selamat untuk saya. Thank you so much!
Saya dah berusia 30 tahun! Macam tak percaya akhirnya umur saya sampai ke angka 30 juga. Memang patut la kan, takkan semakin hari semakin muda pula. Cuma nak menerima kenyataan semakin tua agak susah bagi saya mahupun kebanyakan orang, i guess.
Orang selalu kata, usia tak melambangkan kematangan. Tapi saya punya harapan berbeza. Saya punya pengharapan yang tinggi untuk diri sendiri. Saya mahu memulakan hari di usia 30 tahun ini untuk jadi seorang yang berbeza. Saya mahu usia saya melambangkan kematangan diri saya. Saya bukan remaja yang boleh bersuka-suka mengejar kematangan tapi sukar nak melepaskan sifat keanakan. Saya mahu matang secara keseluruhannya.
Saya bersyukur kehidupan saya sehingga hari ini, boleh dikatakan sempurna. Saya masih punya keluarga yang menyayangi saya tanpa sebarang syarat. Walaupun dalam keluarga saya ini, mengucapkan kasih sayang sesama sendiri itu bukan amalan, tapi saya percaya kami cukup tahu bahawa kami saling menyayangi antara satu sama lain, biar mak ayah saya mahupun adik-adik saya. Thank you to all of you! I really really love you all!
Saya juga punya suami yang menyayangi saya seadanya saya. Yang harapannya terhadap saya adalah sesuatu yang mampu saya capai. Yang sentiasa tahu isi hati saya walau saya tak mengucapkannya. Yang berpegang pada janjinya, apa pun terjadi dia pasti ada di sisi saya. I love you so much!
Saya juga punya anak kecil saya, A.z.f.a.r yang saya sanggup gadaikan nyawa demi dia. Yang saya sayang dengan setiap nafas saya. Yang saya rindu walau baru lepas marah dia kerana kerenahnya. Yang buat saya lupa tentang segalanya dengan senyuman dia. Yang masih belum tidur pukul 12 tengah malam semalam dan nyanyi happy birthday untuk saya, sweet! Mama sayang kamu sangat!!!
Dan saya juga punya mama & baba (mertua saya) yang mengasihi saya terlalu banyak!
Kerana mereka-mereka ini lah, saya rasa bahagia.
Hari-hari saya selepas ini, saya mahu jadi insan yang jauh lebih baik. Kalau sebelum ini saya selalu beli buku tapi sukar mencari masa untuk membaca, then i should start to find time to read more!
Kalau sebelum ini saya selalu masak (selalu ke?) tapi menu yang dihidangkan kalau tak kari, sambal, masak kicap, masak asam, sekali sekala sup atau asam pedas, then i should start to flip through my recipes book!
dan kalau sebelum ini sebelum ini yang seterusnya....
So, i wish happy birthday to myself. Semoga hidup saya sekeluarga diberkati selalu.
Last weekend telah berjaya bawa Azfar untuk hair cut di salon yang diiktiraf. Sebelum ni Azfar potong rambut di salon tokmama (hehe). Tapi, kerana tokmama dah lama tak datang sini, terpaksa cari alternatif lain. Mujur berjaya tanpa sebarang gangguan menangis atau tarik gunting dan sebagainya setelah menjadikan handfon Soulmate sebagai umpan.
Baru lepas berurusan dengan sebuah jabatan kerajaan bertanyakan status satu permohonan saya tetapi dibalas dengan dua perkataan saja, "tunggu surat". Saya punya la susun ayat masa nak bertanya, dia senang je jawab. Dia tak kisah pun nak semak sama ada borang yang saya fax last week diterima atau pun tidak. Saya pun penjawat awam dan saya rasa bukan itu caranya berurusan dengan client. Sudah la dalam website cuma inform macam mana nak memohon, tiada maklumat tentang berapa hari masa diambil untuk proses permohonan tersebut. Patut la orang awam sceptical terhadap orang gomen.
Ahad lepas telah bercuti secara mengejut ke Melaka konon nak pi makan asam pedas, daaaaaaan padan muka kami akhirnya kepedasan dalam kereta. Melaka jammed teruk gila! (Ahad lepas la. Lain2 waktu kurang periksa saya) Bayangkan dari Masjid Al-Azim (Betul ke ni?) sampai ke Dataran Pahlawan ambil masa 3 setengah jam! Kalau kami balik Penang mungkin dah sampai Bukit Merah huhu. Sampai hotel lebih kurang pukul 7.30 mlm. Bercuti la sangat!
Weekend lepas juga telah berjaya memborong tudung Ariani sebab ada promosi separuh harga. Beli sepuluh helai baru 3 ratus lebih. Puas hati!
Makan asam pedas Hjh Rahmah di Melaka baru saya perasan, takde daun kesum atau bunga kantan pun dalam asam pedas kat situ. Tapi rasa dia sedap gila! Terus tiba-tiba rasa segan nak masak asam pedas lagi dah kat rumah. Tak tercapai dek resepi saya dengan rasa asam pedas melaka tu.
Zoo memang jadi tumpuan bila musim cuti perayaan + cuti sekolah. Dari sebelum tol Ayer Keroh dah mula jammed teruk, ingatkan ada apa-apa rupanya sesak dekat pintu masuk Zoo Melaka. Lepas tu jalan dah ok cuma start balik jammed depan Masjid Al-Azim. Rupanya zoo masih ada tempat di hati ibu bapa sebagai tempat riadah bersama keluarga (Teringat pula kecik-kecik dulu selalu ke Zoo Taiping).