31 July, 2008

Sedih la..

Pagi td masuk ofis dgn semangat berkobar-kobarnya i isi form cuti ingat nak cuti isnin depan. Plannya nak balik kampung, mula2 nak hantar borang nikah Soulmate pastu dah dapat kebenaran nikah luar kawasan Soulmate nak amik dan hantar borang i plak kat pejabat agama. Soulmate ok la sbb dia kat Kedah, pejabat agama buka Ahad, sbb tu nak amik cuti isnin so lepas amik dari pejabat agama dia ahad tu, isnin ble hantar form i plak..Tapiiiiiiiii, isnin tu jugak la depa nak star rating la moon rating la..so my bos tak approve cuti :-( mcm nak nangis pn ada td..

Reason minggu ni jugak kena balik? Soulmate i bz, semua weekend pn full, kursus kat Sabak Bernam la (betui ke ni aku hantam je ni kot), Langkawi la..so last2 tinggal bulan pose nnt je sempat ke ni. Kalau lambat, kadi full hari yg kitorang pilih tu camne? tak nikah nnt huhuhu..

Mmg la i tak cakap dgn my bos yg i nak cuti sbb tu sbb mende tu kan personal so tak best la jadikan alasan camtu nak cuti kan..takpe la, nnt la pikir balik camne nak buat. Rite nowwww!!! i nak buat keje utk star2 yg nyusahkan tu pulak!!!

i miss my parent sooooooooo much, my brother & my sister too..last time i jumpa depa was 2 months ago masa cuti labour day..really miss them sangat, my mom ckp my sister kan bila nampak gambar org pakai tudung dalam tv asyik ckp kak mawar kak mawar..sian dia mesti rindu i kan..miss u too baby..

Shopping :-)

Petang semalam lepas keje patut i dgn Soulmate plan nak pegi amik kad kat Jalan Brunei tp Hasnah Bee (toke kedai yang tak ngaku orang Penang..siap ada Bee nama dia tp tak ngaku jugak..kang aku ajak boria pakai baju kaler2 kembang kat tangan kang baru tau pastu pakai spec hitam menari atas feri hahahaha..sangat tak paham aku) cakap dia tutup kul 6.30 ptg. mana la sempat combi oii Soulmate abis keje 5.30 pastu nak balik mandi bagai kurang2 kul 6 lebih baru nak gerak dari Putrajaya ni, camno la nak samapi kedai ekau kul 6.30..

Soooo sbb tak jadi amik kad harus la tukar plan kan mana ble cancel trus keinginan mau berjalan2 itu kan kan kan..So Soulmate tanya nak p KLCC ka Midvalley? Mana satu nak p ni, adoi kena decide serta-merta plak tu sbb masa tu dah dalam keta, pening2. KLCC pn best gak lgpun dah lama tak p sana, Midvalley pun ok gak dah lama jugak tak p..adoiii mana nak p ni? Last2 i pilih Midvalley hehe. Reason? Sbb Midvalley dekat skit so ble sampai awal skit dan boleh shopping cepat skit hihihi..Actually bukan saja2 shopping tau tp since dah tak ble p amik kad kami tukar plan kepada shopping barang2 hantaran :-) shopping yang berfaedah k hehe alasan! So semalam dah beli jam untuk i bestnya i suka sangat, dah lama teringin jam tu. Itu je yg sempat pun dah pegi sana pun maghrib dah kan, solat dulu, makan dulu so tak banyak masa nak berjalan dapat satu dua barang pun ok la..Ooppss ada lagi, barang untuk Soulmate yg dah beli, wallet+belt dan kemeja (kenapa Soulmate ble dapat dua barang huhuhu) Sbb dia tak memilih sangat, senang je shopping dengan dia tak cerewet hehe itulah Soulmate saya.

Walaupun skit je barang yang beli tapiiiiiiii suasana Midvalley mmg best..sale! sale! sale! sale! rambang mata nih..

Dah kul 10 i & Soulmate pn trus balik esok kerja kan..Sbb i takut i ciwi dengan jam baru tu dan asyik try ataupun silap2 i pakai trus maka i suruh Soulmate yg simpan kat umah dia. Biar jauh dari pandangan mata ini hihi..

30 July, 2008

Excited nih..

I rasa sgt excited skrg ni :-) Sbb yg pertama, my car dah ok yeayy..maybe u all tak tau keta i kena langgar lagi Sunday yg lepas lepas (maksudnya dah 2 minggu la tu..) cuma i malas nak cite kat sini sbb rasa sangat sedih huhu..Termasuk kali ni dah 2 kali keta i kena langgar, itu belum kira yg skit2 calar sana sini. Apa la nasib dia kan kan..

Alang2 dah cite kan meh la i storykan kejadian tu..

Pada suatu petang (Ahad)..hehe macam pertandingan bercerita plak. I actually baru balik antar Soulmate aritu lepas dating2 bercanda ria. Since masa tu awal lagi, dlm kul 6 camtu bila i sampai umah rasa boring plak dok sorang2 so i pn decide nak pegi Bangi beli barang2 nak buat bunga pahar i yg tak cukup lagi. On the way nak balik area Kg Dato' Abu Bakar Baginda (betui ke ni? hantam la) betui2 lepas traffic lite ada la mamat indon bawak moto melilau hentam keta i huhuhu. Pecah gak la skirting, pintu sebelah passenger kemek skit dan calar banyak. Tapi mamat tu ksian gak berdarah tangan dan kaki dia tp lagi ksian keta i huhuhuhu mcm keji je kan ckp camtu. Tak kira nak cakap gak sapa suh dia bawak melilau..Mula2 ingat nak report je tak kisah la sapa salah kan tp dia tak bagi sbb dia takde lesen dan roadtax mati 2005, trus nak settle luar. Masa tu i dah cuak sbb dah maghrib, nasib baik ada mamat2 yg baru balik bersukan berenti tolong i. Ada sorang polis lalu dia suh pi settle kat balai sbb tak elok maghrib2 tepi jalan dah la i sorang pompuan kat situ..

Bos mamat indon tu nak bagi i 300. Chehh, cat pintu pn tak lepas tau. I berkeras gak nak 500 hehe tp dalam hati takut gak kang dia jampi i tak ke haru. Tp abg polis ckp jgn berlembut, mintak jugak hihi polis pn join i gak. Last2 depa bayar 500 lepas tuduh i tak berperikemanusiaan. Eh hallo, kira ok i mintak banyak tu tau!!

Tadi i bayar 430 tu pun lubang kat skirting tampal je kalau i tukar mau lagi 200 lebih, kira ok apa i mintak 500 kan kan..

Nampak macam tak kena apa2 kan..hehe dah cantik balik keta i




Tapi kalau gambar close-up nampak la skit2 yg ditampal tu..takpa la nnt bila dah ada duit skit kita tukar skirting ye darling..yg tak bape best tu bila naik keta bau cat aiyooo pening tau

Habis cite keta..
Petang ni lepas keje nak pegi jalan2 ngan Soulmate, bestnyaaaa. Ikut plan nak pegi amik kad tp kedai tu plak tutup kul 6.30 tak sempat la sbb Soulmate abis keje kul 5.30. So plannya tukar la kepada pegi beli barang hantaran hehehe..best ni. Saja je beli lewat sbb tunggu sale dan mencukupkan bajet :-)

Dah lebih time balik ni. Jom balik bersiap2 nak dating yahooooooooo..

28 July, 2008

Breakfast Saya Hari Ini..

Kesian tak kat saya? Ini je breakfast arini, jangan salah faham i bukan diet sbb i tak reti diet hehe semua benda pun tibai je, tapi sbb i malas turun ke cafe so godek2 dalam laci meja jumpa benda2 ni untuk dibuat breakfast arini. Jamie Oliver pn bleh nangis tau tengok perempuan macam saya ni makan benda2 ni buat breakfast (dah kata tak reti masak kan..)




Durian :-)

Soulmate outstation lagi..kali ni Sarawak plak. Semalam i bangun awal gak la sbb plan asalnya nak ambik Soulmate kat umah then hantar ke KLIA dan lunch sesama kat sana before flight dia kul 2 tu. Tp tengah tunggu Soulmate tetiba i period pain yg sangat22 sampai nangis. Soulmate pn heran sbb masa awal2 tu i ok je tetiba dia turun i dah nangis, dia siap tanya i nangis sbb tunggu dia lama sangat ke? apa la Soulmate saya ni gelabah je tau takkan pasal tu i nak nangis darling hihihi..So tukar plan, i hantar Soulmate sampai Putrajaya Sentral je dia amik KLIA transit, sian Soulmate saya kena pegi sorang2..

I plak trus balik umah dan tido hehe..Bila i bangun dah tak sakit dah tp masalahnya i lapor dan tetiba tekak terasa nak makan durian. Camne nak buat ni?? Walaupun depan umah i ada orang jual durian tp sbb i takkan reti nak kopek sendiri so i pegi Jusco untuk beli durian yg dah siap pack hehehe..habis licin i makan sampai nyesal sbb tak beli lebih hahaha Soulmate pun heran sbb i tak baper minat durian tetiba je arini rasa nak makan dan i abiskan plak tu..



Teringat masa zaman muda2 dulu (skrg dah tua ke??) i mean masa kecik2 dulu la. i ada 2 younger brother i yang sulung and the only daughter (maksudnya..semua yg i nak i dapat hehe kalau berebut dgn adik2 pun mesti i yg dapat hahaha), adik i yg bongsu, Faiz suka sangat makan durian boleh dikatakan hantu durian gak la, pantang nampak mesti ngadap. Adik i yg tengah, Jon lebih kurang cam i la tak baper minat so bila abah i beli kami akan kena paksa makan tau..Faiz mmg akan ngadap tak hengat la tp i dgn Jon akan berebut pilih yg keras2 je sbb terpaksa makan hehe..abah cakap kami pelik sbb org lain cari isi yg lembut kami berebut yg keras :-)

24 July, 2008

Jom Bayar Hutang..

Memandangkan arini adalah hari gaji maka pepagi lagi mula la sesi membayar hutang secara maya hahaha..sana skit sini skit lama2 yang tinggal pn skit huhu



Minggu Yang Emo..

i rasa PMS tp tried to control it but failed. Senang sangat nak emo sekarang ni. Makcik kat depan bawak keta slow i marah, budak pompuan kat Watson Alamanda pilih barang sebelah i pun i geram hmm..

And tetiba rasa freak out bout the wedding. Memikirkan hidup akan berubah and it will be forever, kind of scary a bit right? Kadang2 rasa, can i handle it? kadang2 rasa i'm not yet prepare for the change. Cuba u guys fikirkan k, sekarang ni setiap hari bangun i cuma perlu fikir baju apa nak pakai n nak beli apa kat cafe for the breakfast. And imagine kalau i ada husband, i've to think about him as well. Dia nak pakai baju apa? nak makan apa?

Then balik keje i cuma perlu mandi dan lepak depan tv. Nanti, i balik kena fikir kemas umah, baju dah basuh blom, masak...oh no, my life will totally change..

And yet have no chance to pick her own wedding ring?


23 July, 2008

Chocolate yang sedap gile..

Arini EO i bawak choc plak..Sedapp gile okk sangattt!! dan sangat cute jugak :-)

Tetiba emo..

Semalam i balik keje awal sangat. 4.30 i dah punch out, lama2 kat ofis ni pun sama je keje bukannya kurang pn. Masa sampai umah i call Soulmate tapi dia baru otw nk balik dari KLCC,ada conference pasal record (i agak je la). Masuk umah i trus taktau apa nak buat so i baring atas katil sampai tetido. Sedar je dah kul 7.30, tu pun kalau ikut mata nak sambung je sampai esok pagi tp ternampak plak sms Soulmate nak jumpa kul 8.30 so dengan sangat malasnya i bangun mandi dan solat. Lepas dah siap pakai baju Soulmate ckp nak jumpa kul 9 plak. Sementara tunggu i buat bunga pahar yg tak siap2 lagi (sempat ke ni bape hari je lagi ni).

Lebih kurang kul 8.45 i kuar umah nk pegi apartment Soulmate sbb dah janji nk jumpa kat sana. Since minyak i warning so i singgah Shell isi minyak dulu. I baru nak kuar je Soulmate cakap dia nak mai kat i kat Shell tu. Masalahnya i dah kuar dari situ pastu dia cakap nak jumpa kat Petronas plak bila i tanya nape nak jumpa kat sana trus ckp kat umah plak. Terus i jd emo, tak paham tau..

Tapi kejap je lepas makan i dah ok ;-) dah abis makan terus balik. Sebelum tu Soulmate bagi i benda ni (doorgift conference yg dia pegi kot)



Cute je kan kan..


22 July, 2008

Gelabah Tak Tentu Hala

Jumaat lepas i dan Soulmate cuti semata-mata nak pi buat HIV test kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Memandangkan misi yg angkat call masa i nak buat appoinment tu ckp pkl 8 soooooooo awal2 pagi gile i dah terpacak kat bawah apartment Soulmate.. 7.45 pada hari i cuti dikira awal gile okk. Sementara tunggu Soulmate, i terserempak dgn parent dia yg baru turun nak pegi hospital tengok kakak dia baru bersalin. Lepas borak jap depa mintak diri then Soulmate turun trus p klinik.

Soulmate gelabah gile nak amik darah coz ada org ckp kalau HIV test nurse akan amik darah banyak hihihi i yg mula2 ok pun jadi gelabah tau




Mula2 kami kena register, pastu jumpa misi masyarakat (nama jawatan dia jururawat masyarakat hehe) yang mulutnya tak berapa nak berenti bercakap. Dia asyik cakap je (dalam hati aku bila minah ni nak cucuk ni!!) Pastu dah abis dia cakap dia suruh i & Soulmate pi makmal amik darah. Laaaaaaaaa patut la tak cucuk2 dari tadi rupanya tugas dia bagi explanation pasal HIV/AIDS haishh ponat yo kutuk dalam hati..

Bila dah sampai makmal tu mmg dah gelabah, mula2 dia panggil Soulmate yesss hehe..Lepas 5 minit Soulmate datang kat i dan tunjuk hujung jari dia yg ada kapas..Chehhh cucuk kat situ je penat aku takut dari pagi tadi..

Yang paling lama kat klinik tu part nak tunggu jumpa doktor sampai boring aku kat situ..Mula2 aku tak puas hati kenapa buat HIV test kena jumpa doktor tak paham tau aku bukannya sakit aku buat ujian saringan je..Agaknya Soulmate rimas dgn soalan aku dia cakap, abih sapa nak sahkan awak takde HIV? hihihi tul gak ;-)

Resultnya..negatif okk yeayyyy boleh kawin hehehe

Souvenir dari Manchester

EO i baru masuk ofis arini lepas cuti almost 3 weeks pegi Manchester tengok anak dia convo. Dia bagi i benda ni hehe souvenir katanya..



Cute je kan..

21 July, 2008

Camera baru hehehe..

Tadaaaaa..camera baru i baru beli hehehe



Reflection je la ek :-)

17 July, 2008

Dilema..

tengah2 buat keje td sempat update guestlist tetiba teringat kawan2 harus la masukkan trus kan. Bukan apa takut terlupa, seumur hidup disumpah seranah nnt. 78 days to go, kad dah tempah semalam toke kedai tu dah emailkan artwork untuk kad. Saya sangaaaaaaat la soka hati sangat memenuhi kehendak ayat-ayat madah cinta dalam kad tu okk :-)

Masalahnya, i still tak boleh decide whether to jemput frens masa sekolah dulu. Sangat2222 la kejam kalau tak jemput. Sekarang ni pun kalau they all tau yg i dah bertunang and bz preparing for my big day mesti depa sangat disappointed.

Sebab saya takmau jemput???!!
i couple dengan my ex-bf since form three and left him last year (10 years okk). All my frens mmg sejak dulu hanya kenal 'dia' sebagai bf i. I tak pernah cerita pd sapa2 pasal the break-up ataupun Soulmate. Before this i dah fikir tau nak rahsiakan my wedding daripada kawan2 sekolah tp mcm not so fair for them jugak la kan bila i buat camtu. Even sekarang ni pun i ngelak bila ada any gathering yg melibatkan my ex-schoolmates. Member baik i bertunang kat Wangsa Melawati pn i tak pegi okk..Kejam!!

Tapi sekarang ni tetiba rasa bersalah..

daaaannnnnnnnnnnnnnn i tak tau nak jemput ke tak ni??

Soulmate balik, esok cuti..kegembiraan berlipat ganda hahaha

Arini Soulmate balik yeaayy..dua hari sudah dia tinggalkan i. Esok plak i cuti bestnya cuma yg tak berapa best esok kul 8 dah kena pi klinik huhu awainya kena bangun :-(

Esok nak pi buat HIV test sbb so far hal2 berkaitan borang nak nikah ni belum buat apa2 lagi. Sebagai permulaan buat HIV test dulu, pastu balik kampung hantar borang Soulmate, pastu balik lagi ambik kebenran nikah luar kawasan Soulmate dan hantar borang i plak, pastu balik lagi amik surat kebenaran nikah i plak..ishhhhh berapa kali nak kena balik ni, minyak mahai ni huhu

16 July, 2008

Bunga-bungaan

Bungaku dah siap cantum..hehe. Sorry guys i mmg excited pasal mende ni minggu ni so setiap hari pun update topik yg sama :-)




Lepas ni tak cite dah k

15 July, 2008

Bunga lagi hehe

Soulmate g Kelantan semalam so dua tiga ari dia takde ni i akan bergigih (betul ke imbuhan ni) untuk siapkan bunga dulang dip i hehe..So semalam lepas ngantor dia kat opis i balik umah ngadap menatang ni haa..





Abis penuh satu badan i dengan stardust tu hihi terus jadik minah metallic..Tapi ada benda yang tak cukup lagi ni nak cantumkan jadik bunga. Petang ni nak g mencari bahan2nya :-)

Nak tau camne rupa liquid dip tu? Bau sebijik macam belon yang tiup guna straw kecik beli kat mamu yang jual depan umah aku hahaha..




14 July, 2008

Bunga Dulang Dip..

Hari ahad i & Soulmate takde plan nak pegi mana2..Sbb dah boring sgt petang tu i ajak Soulmate pegi Balakong, ada satu kedai bunga & handicraft brg2 kahwin ni (tak ingt plak nama dia tp orng ckp murah) i nak cari liquid yg org buat bunga dip tu nk try buat sendiri. i tak pernah buat pun sebelum ni tp tengok2 dalam magazine mcm cantik je so teringin plak nak guna untuk buat deco hantaran. Masalahnya i surf kat internet, range harga bunga hiasan dip ni dalam 20-50..mahal tu (bayangkan kalau ada 9 atau 11 dulang huhu) Kedai tu kami jumpa tapi liquid tu takde huhuhuhuhu..

Sebab dah kemaruk sgt nak buat jugak bunga dip tu i ajak Soulmate pegi Nilai 3 walaupun masa tu dah pkl 6 hahaha..Memandangkan dia sayangkan tunang dia ni so dia ikutkan je hihi. Dannnnnn yg bestnya lg hujan (lebih mencabar tahap kesabaran nih)
Tapiiiii...i jumpa benda yg dicari!!!! yesss!! Harus la beli kan tapi i beli satu je sbb baru nk try, nnt tak jadi membazir plak. Ni ha barang2 yg dibeli :-)



Liquid Dip yg dicari dari Balakong sampai ke Nilai 3





Manik



Stardust (nk bagi dramatik skit bunga i hehe)

Ada lg yg dibeli macam dawai, dedaun tiruan byk lagi la. sbb dah beli kan i jd excited lebih so semlm bermula la proses cuba-try-test buat hehe

1. Mula-mula guna dawai yg boleh bentuk2 mcm ni untuk buat kelopak bunga




2. Dawai dibentuk guna botol supaya saiz setiap kelopak jadi sama macam kat bawah ni..




3. Lepas tu pandai2 la bentuk dengan tangan untuk jadi kelopak bunga yang nampak real skit hihi (Pedih jari wooo..patut la mahai)




4. Then, dawai yg dah terbentuk tu dicelup dalam liquid dip dan sebelum kering tabur dengan stardust. Hasilnya..tadaaaa



Boleh la kan untuk first timer kan kan kan..

Setelah kelopak2 bunga tu dicantumkan jadi la sekuntum bunga dip hehe



Best kan buat benda ni..

Kad Mohabbatein :-)

Sabtu lepas i & Soulmate meredah kesesakan ke Jalan Brunei untuk tempah kad hehe. Parents kami dah fax map ke tempat majlis masing2 sbb tu dah boleh tempah yahooo..at least ada gak perkembangan pasal preparation wedding hehe sebelum ni mcm rilek gile sekarang baru rasa kekalutan. Sbb aritu dah pegi survey dan dah ada yg berkenaan di hati so kali ni cuma finalized wording dan map je la..Setelah campuq, tolak, kali, bahagi dapatlah kad tu dengan harga 60 sen sekeping yeye within budget. Kad tu dinamakan Mohabbatein hihi sebabnya sebelum ni telah direquest untuk ada daun2 mcm dalam filem Mohabbatein kat muka depan hahahaha kalau dah nama Penang mari tu kan tak boleh kata apa dah..

Rabu ni diorang akan emel wording untuk check betul tak then dah boleh cetak :-)

Siap?? bila ek..katanya paling awal Sabtu ni tapi kalau nak cantik lg next week la sbb nak bagi ink tu kering betul2..tak kisah la sbb banyak masa lagi hehe

11 July, 2008

Kehidupan Yang Seimbang..

Heard this from a fren..

Kata ulamak..kehidupan seseorang manusia itu akan seimbang apabila dia membahagikannya kepada 4 bahagian. Satu untuk Tuhan & agama, satu untuk masyarakat, satu untuk keluarga, satu untuk diri sendiri..

Pernah ke kehidupan seorang manusia itu seimbang??

10 July, 2008

Describing Your Own Feelings..



Have they describe my feeling very well?

09 July, 2008

Bosan..

Hari ni rasa hidup i terlalu bosan. Nothing interesting bout me or my life. Really miss my campus life and my previous work as well..masa kat campus dulu best sgt, ada the bestest frens in the world yg boleh share laugh & tears, hidup pun tak complicated..hmmm

Masa kerja dgn private dulu pn hidup rasa best. Apart from having a boss macam setan yg lain mmg fun. Doing something that i'm good at gave me full satisfaction. Masa tu i keje dengan company yang supply medical equipments kat hospital so keje i adalah jaga maintenance dan repair work. Bila dapat selesaikan masalah dan machine dapat running well i akan rasa sgt2 satisfied, ada kepuasan masa keje. Bos i masa tu sgt la garang, kalau dia marah siap baling fail kat muka, pandai2 la mengelak tp i really respect keje dia. Dia sgt ambitious dan ada vision. Maybe sbb company tu dia punya kan.

Sekarang ni keje i sangat lain daripada apa yang i study dulu. Kadang2 rasa menyesal pun ada. I suka apa yang i buat dulu berbanding sekarang. Masa i dapat offer keje ni i pun dapat offer dari KUKUM untuk further studykat New Zealand dan jadi lecturer dalam bidang yang sama. Kenapa i tak pilih offer KUKUM tu???!! hmmm mungkin i ditakdirkan untuk jumpa Soulmate kat sini ;-)

Tapi i dah fikir masak2 ni, tahun depan genap 3 tahun kerja so i dah boleh quit. I nak contact balik lecturer i kat KUKUM tanya dia ada chance lagi tak untuk i further study dan balik jd lecturer kat sana. Mmg la jadi lecturer tak la sebest keje hands on mcm dulu tp at least i buat benda yang i suka.

Soulmate pernah tanya dgn i macammana nak kembalikan motivasi keje ek? i pun sentiasa tanya soalan tu setiap hari i bangun nak p keje. Rasanya, dapat buat benda yang kita suka ja yg akan buat kita bermotivasi untuk keje..akan ku usahakan untuk buat sesuatu yang aku suka!!

07 July, 2008

Aktiviti Weekend

Weekend macam biasa mmg sgt best. Unfortunately arini dah monday huhu sangat la tak best..

Update skit aktiviti weekend :-)

Friday, malam
Since masa lunch Jumaat lepas i pegi beli tiket untuk show malam so i dan Soulmate pn menapak la ke Alamanda (dari parking ke gsc je hehe). Sebelum harga minyak naik, kami selalunya nonton kat Cheras Selatan sbb seat dia lebih selesa. Tapi sejak minyak RM2.70/l ni pikir banyak kali nak ke sana sbb tu hihi last2 Alamanda jugak ;-) Cite apa kami nengok? ni haaa cite kat sebelah ni, Sepi
Overall, cite ni tak sebest Cinta. Certain part ada gak yg buat i boring tp kira ok la..Vanida mmg superb :-)

Sabtu
Tak banyak benda yang i dan Soulmate buat. Pagi tu Soulmate pegi breakfast umah kakak dia (pagi ke kul 11?) i lepak kat umah je kemas2 bilik, basuh baju, cuci bilik air (macam bibik plak) Lebih kurang kul 1 Soulmate call cakap nak datang amik i tp time2 tu jugak la kepala i pening rasa tak boleh bangun. Mmg lately i slalu pening2, sama ada sbb masalah telinga i ni ataupun ada high blood pressure. I think i have to go for a check up la kan. Mmg i ada appointment dgn ENT Specialist kat Hosp. Putrajaya tp lambat lg, bulan October. Macam nak kena cepatkan je sbb takut masalah telinga i ni menyebabkan i susah nak balancekan badan huhu risau ni. Need to call the Hosp. la camni..
Tapiiiiiii walaupun pening i kuar gak dgn Soulmate, teman dia pegi kedai yg jual alatan mancing, benda apa tah dia beli. I mmg tak baper paham minat dia ni tp i ngikutkan je dah dia minat kan..
Malamnya takde benda pun yg buat..boleh tak Soulmate ajak i pegi lepak kat depan masjid Putrajaya sbb dia nak ikat tali pancing. Sbb i pn tak tau mana nak pegi so ikut jo la..

Ahad

Pagi2 ahad dengan bersemangatnya kul 6.15 i dah bangun dan siap2 p umah Soulmate sbb dah plan nk bersenam hahaha..Sampai umah Soulmate kul 7 lebih trus kami berjalan kat depan area umah dia. Berpeluh la jugak hihi..Tapii masalahnya lepas bersenam kami pi makan nasi lemak huh ponat je bersenam..
Petang skit Soulmate ajak pi Bagan Lalang sbb dia nak mancing nak try rod dan alatan baru dia. Tapi memandangkan kami sedang dalam proses mengatur kewangan (sebenarnya takde duit hihi) sooooo kami pi Putrajaya Wetland, Soulmate nak gak try rod baru (dia cuma try baling je tau bukan dengan niat tangkap ikan..tak paham aku) Nasib baik i bawak buku kalau tak mesti i boring..Inilah antara gaya2 Soulmate..



01 July, 2008

Awalnya arini..

Arini i sampai ofis kul 7.21 pg haha gigih ni bulan ni masuk keje pkl 7.30. boleh bertahan ke tak sampai sebulan ni taktau la, silap2 bulan depan kad hijau hihi..housemate i pn pelik pehal minah ni kul 6 dah bangun selalunya dia dah kuar pn i tak bangun lg..Tapi best gak dtg keje awal2 ni, jln lengang je boleh selamatkan duit minyak skit daripada merempuh kesesakan :-) ble pi breakfast tanpa rasa bersalah sangat sgt hehe cuma part nak bangun awal tu masalah skit..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails