30 December, 2008

Mood Pengantin Baru





Inai kat jari tgn i dah sampai kat ujung2 dah nì. Tak best plak rasa sbb slagi ada inai kat jari slagi tu la rasa mood pengantin baru hehe


* Sebenarnya entry ni i post dari fon baru hehe..Since fon lama i dah teruk sangat, semalam buat perangai tak boleh charge so Soulmate ajak beli fon baru. Ada la skit2 duit lebih dapat la beli fon yg biasa je takde la ribu riban nye fon tp saya suka bangat hehehe. I rasa colour dia cool, function pun best..Lebih kurang camni la rupa fon saya, cuma in real colournya dark purple..





Yg. real camni rupanya..




Santek kan..hehe sendiri perasan!!

26 December, 2008

Selamat Hari Lahir Yg Ke 51



I love both of them so much and i love them more at this particular moment..

Anyway, entry ni bukan nak cite pasal Soulmate ataupun majlis nikah i..i would like to dedicate this entry to my beloved father.

Happy Birthday abah!! U know how much i love you :-)

25 Disember every year, selain Krismas adalah birthday abah. Best kan every year pun cuti on his birthday :-)

Semalam pukul 11.00 malam baru i teringat nak wish abah, i rasa sangat bersalah bila abah cakap "abah tunggu jugak bila anak abah nak wish ni"..maafkan Mawar, Mawar tak lupa cuma lengah2kan masa nak call abah sampaikan almost terlupa langsung.


Dear abah,

Happy Birthday yang ke 51. Semoga abah panjang umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan kebahagiaan :-) dan terima kasih atas kasih sayang abah selama hidup Mawar. Abah sentiasa ada bila Mawar sangat memerlukan. Bila Mawar sakit, walau period pain sekalipun mesti abah yg sibuk nak bawak ke hospital, bila Mawar masuk Mad Jiwa setiap hujung minggu abah ke Sg. Petani melawat, bila Mawar masuk UM abah nangis bila nak balik masa first day hantar mawar ke sana, bila Mawar dalam dilema memilih 'dia' atau Soulmate abah mai Putrajaya semata2 to check on me whether i was ok or not, bila Mawar buat keputusan nak kawen, abah berusaha pujuk mak melupakan 'dia', bila Mawar ckp teringin nak minum air soya abah pastikan sepanjang tahun la dalam fridge akan ada stock. Kalau nak listkan semuanya, mmg la terlalu banyak rasanya pengorbanan abah memanjakan Mawar, Jon dan Faiz. Sampaikan kami kadangkala tak reti independant, semuanya perlu ada abah. Thank you so much abah atas semuanya..and you know how much we love you :-) Lagi skali Happy Birthday!!

Kisah Kecemasan

Balik keje Rabu lepas, Soulmate sibuk2 siap nak pi mancing, i plak rilek2 bermalas-malasan kat sofa. Tetiba dengar bunyi siren, mula2 jauh pastu makin lama mcm makin dekat. Sekali tengok dari tingkap umah rupanya ada dua keta bomba, beberapa org polis kat blok depan. Bomba yg sampai tu siap berlari masuk blok tu, yg lagi satu kete tu sibuk buka pili bomba. Masalahnya i tak nampak asap pun dari blok tu, kalau setakat ular masuk umah nape dia nak bukak pili bomba tu kan..





Rupa-rupanya ada umah yg dapurnya terbakar, tp tak nampak api + asap pun kiranya tak la serius kan. Bomba tu pun tak sembur2 air pun, depa tutup balik pili tu maybe terbakar skit je tp tuan umah panic trus telepon bomba kan maklum la balai bomba kan dekat je..

Moral: Laling...bahaya tau masak2 kat umah, kita makan kat luar ek ;-) ....alasannn!

24 December, 2008

Menilai Diri

My parent ckp Mawar anak yg baik, pandai, sopan santun tp manja, tak reti independant, degil, pendiam.

My husband a.k.a Soulmate ckp Mawar mature yet manja (betui kan laling ;-) kan kan)

Frens, very very very close frens ckp Mawar baik hati, cool, fun, kaki jalan, tempat luahan perasaan, keras hati.

People who barely know me ckp Mawar pendiam, sombong (sombong is always people's first impression on me..sian i)

Agaknya mcm mana saya menilai diri sendiri?
*alamak saya ada keje nak buat, sambung lg nnt ek

Cerita Weekend Kami

Mcm dah lewat untuk cerita pasal weekend lepas tp since i takde benda nak cite so cite weekend pun ble la kan..

Hari Sabtu ada ofismate Soulmate kawen kat Muar so few weeks before kami dah decide nak pi, siap booking hotel lagi ni sbb ingat nak stay kat sana jalan2 makan mee bandung ke kan. Kalau ikut plan tu, hari Ahad on the way balik terus pi wedding sorang lagi staff Soulmate kat Seri Kembangan. So pagi2 Sabtu tu i bangun siap iron baju untuk dua2 majlis then pack semua barang. Soulmate plak pi potong rambut. Sebelum bertolak tu Gee singgah umah sbb nak amik kuih sepit yg dia pesan kat tok i. Sempat la bergosip dan sesi luahan perasan sat sementara tunggu Soulmate balik (nnt i cite sesi luahan perasaan dgn Gee hehe).

Dalam kul 12.30 kami bertolak. Since masing2 dah pakai baju untuk ke wedding tu trus so kami trus cari umah pengantin. Masa kami sampai pengantin baru je sampai. Siap ada kumpulan penari yg menari zapin tuh..kami tak heran sangat pun sbb masing2 lapar so terus la terjah untuk makan. Lauk2 mmg best, ada ikan keli, ayam panggang, kari daging, acar, salad. Pastu atas meja ada tempe goreng ikan bilis. Mewah makanan kalau kenduri org Jawa ni :-)

Lepas makan Soulmate ajak pi cari hotel yg kami dah book tu plak. Perut kenyang kan so harus la cari tempat tido plak. Pusing punya pusing punya pusing last2 jumpa gak la hotel tu tp kan tetiba i rasa mcm taknak stay situ. Soulmate tanya nak balik ke? i jawab tak kisah tp dlm hati, please sayang kita balik please please please..So last2 kami balik, tak menjadi la plan nak cari mee bandung muar hihi.

Sampai umah dalam kul 6. Lega rasanya dapat balik umah..i rasa kan walau best mana pun tempat yg kita pi, last2 yg paling best, umah sendiri gak tul x? So mlm tu bermalas-malasan kat umah je..

Ahad plak Soulmate ajak pi wedding staff dia kat Seri Kembangan. Alang2 dah dekat situ kan kami trus pi JJ lepas tu beli barang skit sebelum balik umah..

So itu la cerita weekend sy yg tak la best mana pun :-)

18 December, 2008

'The Question'

Two months after you tied the knot, people will start asking questions, i mean 'the question'..Bila lagi? Takdak apa2 lagi? Nak tunggu sampai bila lagi ni? and etc..Daaaaan jangan la gatai2 mulut cakap 'oh, kami planning la..' or even 'kami blom ready lagi. nnt2 la..'

Dah sah2 tuan2 dan puan akan kena hantam, 'Eh, jgn plan2 nnt Allah tak bagi langsung', 'Org tua2 kata yg mula2 ni jangan plan nnt bila nak, terus tak dapat', 'Apa yg tak readynya, bila dah kawin maksudnya ready untuk semua benda tau', 'Depa nnt ada rezeki masing2 toksah dok risau pasai duit la' dan mcm2 lagi ayatnya yg bakal buat telinga kita merah..

Ok, bagi i to get pregnant and to have child(ren) bukan sekelip mata punya decision. Kalau i ready to get married doesn't mean i'm ready to get a child. Come on people, give us, to be exact give ME some more times ok..saya belum mentally, emotionally, physically bersedia, please understand.

12 December, 2008

Cerita Aidiladha Kami

Lama rasanya tak meng'update' blog ni takde benda nak cite pun. Setakat rutin harian biasa je. Oh ya, raya punya cite lupa plak. Kata first time raya sesama kan (tak kisah la raya haji pun kan janji raya tul tak?) Tak banyak yg beza sangat pun, mungkin sbb raya haji kan tak semeriah raya puasa. Tapi yg best sbb raya kat umah i hehe. Mula2 Soulmate ckp nak balik raya kat umah in laws i dah rasa sedih dah (walaupun raya haji saya sedih jugak huhu) Tapi sbb bilik kat umah Cinta Sayang penuh so i dapat beraya kat umah parent i hehehe..Tapi i baru sedar yg i tak snap even a pic masa hari raya tuh, camne ble terlupa langsung tah sedangkan sebelum balik tu punya berpulun charge betri..

Sbb umah my parent dgn in laws dekat kan so asyik ulang alik je la kejenya kami berdua nih. Sat2 kat umah my parent, sat2 kat in laws hehe..itu je pun cite raya i takde la sembelih lembu korban depan umah bagai pun..Bila ada rezeki nnt bolehlah buat kan skrg ni still tengah struggle utk 'stable'kan kewangan :-)

05 December, 2008

Salam Aidiladha



Salam Aidiladha untuk semua :-)


Dating Dgn Soulmate

Yeayy it's Friday..our movie day :-) i'd booked 2 tickects for this movie..



Kata la kami ketinggalan zaman sbb blom pernah tengok 3D movie..pedulik. Tapi malam ni nak try kat Midvalley hehehe. Reason pilih cite ni? Sbb both of us mmg minat cartoon, yg kat tv pun kami layan. Just to name a few..

  1. Pingu (rasa cute sangat famili penguin tu..)
  2. Spongebob Squarepants (lurus bendul yg kelakar sangat..)
  3. Totally Spice (artwork dia best lagipun i suka cite girl agents ni ala2 Charlie's Angel gitu kan)
  4. Wonderpet (Telefon..telefon berbunyi.. apa yg penting..kerjaaaasama! Best2, even nurul pun sangat minat. Lagu dia yg mahal tu..hihi)

Ada banyak lagi tp i tak bape ingat tajuknya la..mcm dah lari topik je entry i ni kan hehe..

Anyway guys, malam ini saya akan dating dgn Soulmate yehahhh



04 December, 2008

Selepas 2 Bulan

It's our 2nd monthiversary (i wonder if there's such a word hihi) Alhamdulillah, i thank God for the precious love..hidup rasa almost perfect and hopefully it will last forever.



Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi ku janjikan aku ada...-Once-

02 December, 2008

Cerita Weekend

Since my parent postponed nak dtg umah petang Jumaat tu so me and Soulmate pegi pasar tani kat Presint 2 sbb nak beli lauk pauk kena masak lunch hari Sabtu sbb depa nak mai pagi Sabtu plak. Bersungguh2 beli tulang, sotng bagai nak tunjuk skill masak ni padahal haram tak reti. Nasib baik Soulmate ada tolong ajarkan. Tq darling..

Dari Jumaat malam sampai la ke Sabtu pagi merebus tulang tak abis2 hehe. Tapi worth it sbb abah kata ok la kan (abah saya sangat cerewet bab2 makan nih..kalau dia kata ok pun dah Alhamdulillah) Malamnya kami bawak depa pi makan seafood kat Bagan Lalang. Orang kat situ ramai yg amat sgt. Mentang2 la dah gaji dan cuti sekolah kan..

Ahad plak ada schoolmate i k
awen kat FRIM..ala2 maya karin gitu hihi..



Dalam hutan pun boleh posing gak kan :-)



Sangat sabar menunggu pengantin. Kami sampai pkl 12, pengantin bersanding pkl 1.30 huih lama oooooo tunggu..



Cantik kan kawan saya ni..



Ooops kantoi pengantin menguap..takkan dah ngantuk bang baru pkl 2 ptg nih sabar sabar hehehe ;-)



Cantik la purple pink ni kan..

Selamat Pengantin Baru to Amal Syahirah & Azwan




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails