29 March, 2010

Our Weekend Di Cameron Highland :D

Dah dua kali weekend sebelum ni Soulmate adalah bz. Mula2 hari tu pi mancing, lepas tu outstation ke Lipis. Jadi, weekend lepas Soulmate kena bayar balik masa2 weekend yang dia tinggalkan kami. Kami ke Cameron Highland yeay! (dekat secoet pun nak bising hehe..pedulik)
Kami ke sana pun sat ja, Sabtu pagi bertolak, Ahad dah balik dah. Ok la kan saja jalan2, kalau lama sangat pun mati kutu gak kat atas tu. Mmg dah plan pi sat so kami bawak baju cukup2 je, baju Azfar mmg banyak la..baby mana boleh bawak sikit. Elok je lepas Ringlet skit eseblum sampai Tanah Rata, Azfar muntah, huhu habis baju saya. Jadi, kalau gambar2 berikutnya ni menunjukkan tudung atau baju yang sama sila buat2 paham ye..

Sbb Azfar muntah jugak la kami terjah je the first hotel yang kami jumpa Hotel De' La Ferns (ok tipu..second one, sbb yang first jumpa Century Pines tu kami terlepas jalan masuk).

Nasib baik dapat check in awal lebih kurang pukul 11 lebih masa tu. Itupun lepas Soulmate ckp baby muntah dan receptionist tu bagi choice bilik yang lebih mahal. Mahal pun mahal la, tak kuasa saya nak ke hulu ke hilir cari hotel dengan muntah Azfar penuh tudung, baju seluar sume. Tapi, saya rasa ok jugak sbb hotel tu cantik, baru je bukak Mei 2009 so takde la bau2 hapak ke apa..



Depan hotel (Oh itu bukan baju yang kena muntah..ni dah nak balik..gambar adalah rojak, tidak ikut aturan perjalanan ye)




Dah mandi bagai baru la boleh berjalan2 minum teh :D




Malam plak hasratnya nak ke pasar malam Brinchang, tapi Azfar tido dalam keta so kesian la bawak jalan dengan org ramai2 tu. Last2 kami makan dan balik lepak2 kat bilik je..


Ini budak kecik ada hobi baru..tarik hujung seluar atau socks..


Second day baru jalan2 petik strawberry bagai (mana boleh pi Cameron Highland tak beli strawberry kan, macam tak lengkap gituu..).


Budak tecik baru bangun tido siap jeling mama okk



Bila dah agak2 sedar skit bari sibuk nak petik strawberry semua..

Soulmate kata lepas ni boleh pi lagi. Oh Soulmate saya memang suka tempat2 mcm ni ye..Kalau ajak pi shopping mall dia akan tanya, nak beli apa? Agak2 jauh skit mcm Midvalley ke, OU ke dia akan tanya, sini2 (Putrajaya) takde ke?



Rapper in the making hikk


Next time kita datang lagi ye sayang..

26 March, 2010

7 Months Lil' Azfar

My lil boy is already 7 months young today!!! Ohh cepatnya kamu membesar sayang..


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna kamu sedang membesar dengan sihatnya.

Sakit demam sikit2 tu saya anggap perkara biasa, sekadar untuk membina antibodi kamu wahai sayang mama. Mama loves u so much!

Sudah sebulan juga Azfar started his solid food. Setakat ni Azfar dah rasa carrot, potato, pumpkin, spinach dan avocado.


Dan betik juga hikk! Semua tu saya buat puree sbb Azfar tak suka sangat bila saya letak nasi buat bubur. Kalau nak letak juga saya kena letak suku je beras lagi tiga suku benda lain. Sebulan ni saya bagi Azfar makan 1 kali je sehari which is petang2 bila saya dah amik dia dari school. Saya nak bagi dia serasi dulu dengan makanan so saya tahu apa dia suka apa dia tak suka then baru saya yakin skit nak bagi makanan kat school dia. So far saya tau skit2 la apa yang dia suka, contohnya carrot dia ok kalau saya rebus gitu je, kalau potato kena rebus dengan ikan bilis then blend guna air rebusan tu, kalau spinach kena rebus dengan potato.


Saya ada banyak lagi idea nak bagi Azfar makan, lepas ni saya nak try pisang (pisang apa yang sesuai ek??), celery, sweet potato, tofu, broccoli, epal, pear...Kakak ipar saya suruh bagi salmon tapi rasanya saya nak tunggu sampai Azfar masuk 8 months baru nak bagi ikan & ayam. Tengok la macam mana nanti..


Bila nampak mama pegang bowl, dia pun sibuk dengan tangan tu tak sabar2 nak makan


Agak2 mama lambat skit dia buat protes ala2 piket gitu


Kalau mama masih buat endah tak endah je trus dia buka mulut menangis


Bila dah dapat baru lega rasanya...

InsyaAllah starting this month saya akan mula bekalkan makanan ke school dia. Sebelum ni, since saya bagi dia makan waktu petang so pagi2 sebelum pegi keje biasanya saya akan potong semua makanan dia, masukkan dalam slow cooker dan on je. Bila balik keje petang makanan dah masak saya trus blend, senang kan :D Lepas ni saya kena buat sebelum tido so bangun pagi dah masak trus blend untuk hantar ke school.



Mama: Siapa nak bawak bekal pi school?
Azfar: Saya saya saya...

Dear Azfar,
Sejak kamu hadir dalam hidup mama & baba kamu buat hidup mama & baba jadi huru hara.
Tapi sejak kamu hadir dalam hidup mama & baba juga kamu buat mama & baba rasa amat bahagia sayang.

We loves u our sweet lil baby..Happy 7 months young dear!

Lot of loves,
Mama & Baba

16 March, 2010

Halal?

Saya baca entry kawan saya ni dan terpanggil juga untuk berkongsi pengalaman dan pendapat.

Seperti prinsip kawan saya, saya juga taknak zuriat saya tercemar disebabkan apa yang saya makan kerana apa yang kita makan pasti jadi darah daging. Tapi, pada pandangan peribadi dan pengalaman saya ramai orang islam sekarang kurang 'ambik port' soal status halal makanan yang dimakan. Saya juga pernah begitu. Tapi sekarang saya bersyukur kerna ada suami yang sangat menjaga soal itu, saya tak kata kami sempurna tapi sekurang-kurangnya kalau yang boleh dielakkan, kami seboleh-bolehnya elakkan. Kalau stakat 'halal dendang' (halal yg cuma tulisan ha lam alif lam dalam bulatan kosong tu..bak kata Soulmate) kalau boleh kami tak makan.




Kalau kita jenis yang prihatin, berapa kerat sangat restaurant yang ada halal JAKIM (yang badan swasta memang berlambak..yang masih boleh diragui kesahihannya). Orang Islam kita sekarang kalau nak masuk makan kat satu satu restaurant dia akan tengok, oh ada je org islam makan, halal la ni. Itu je?

2 3 hari lepas saya keluar dengan kawan saya dan masa sibuk2 cari mana nak makan, jumpa satu iklan tentang satu restaurant. Kawan saya kata, makanan kat situ sedap sangat, tapi kena pilih menu betul2 sbb ada certain food yang ada wine. Saya speechless! Dah sah2 restaurant tu takde sijil halal dan kawan saya pernah makan kat situ?! Takkan definisi halal cuma itu, takde wine? Sedih kan..

Bagi kaum ibu, kita sentiasa perjuangkan breastfeed hingga kadangkala memberi pandangan seolah menghina pada yang tak mampu breastfeed. Pernah kita renung balik apa yang selama ni kita makan. Selain banyakkan minum susu, makan itu makan ini, petua itu petua ini untuk banyakkan susu, bukankah kita juga punya tanggungjawab untuk makan makanan yang sahih status halalnya. Kita bangga dan bersyukur kalau dapat breastfeed kerna kita tahu khasiatnya untuk kebaikan anak2 kita tapi bukankah kalau apa yang kita makan turut jadi darah daging kita dan terus ke anak kita lebih teruk kesannya dari anak2 yang formula fed yang sahih halalnya. Fikirkan..

Bercakap soal ini sebenarnya adalah sensitif pada sesetengah orang, tapi kita sedang menghasilkan generasi masa depan. Binalah ia dengan asas yang paling kukuh yang mampu kita buat.

Saya cuma bagi pendapat peribadi yang tak berniat menyinggung atau buat sesiapa kecil hati. Untuk semua, tolonglah berhati2 dengan pemakanan kita demi masa depan anak2 dan generasi kita.

15 March, 2010

Azfar Loves Reading..

Semalam Azfar keluar dating dgn mama & Auntie Gee ke Midvalley. Azfar dah berjaya buat auntie gee yg vogue rasa seperti makcik2 sbb Azfar merengek bila lama sangat dalam stroller lalu menjerit. Sbb mama sibuk pilih buku utk Azfar, terpaksa la auntie gee merosakkan imej vogue dia tolong pegang Azfar hehe.




Anyway, Azfar suka sangat buku2 yang mama beli except flash cards tu. Boring la mama, gambar dia semua tak colourful (flash cards tu guna real pic yg suram). Tapi lagi 2 buku tu..owh owh owh sangat menarek mamaaaa. Thak you mama, luv u mama :-)


12 March, 2010

Entry Tampal Muka Anak Kat Blog ;-)


Entry ni adalah khas untuk tampal muka anak kat blog tanpa sebarang tujuan hik!

Sbbnya weekend ni hanya akan tinggal mama dan Azfar kat umah, baba dia nak pi memancing kat Pulau Sembilan. Sebagai isteri yang memahami (paham ke?) saya buat2 tak kisah dia nak pi. Mmg saya tak kisah dgn minat dia tapiiiiii jauh di sudut hati sedih jugak nak kena tinggal on weekend huhu



Takpe mama, kita ajak Auntie Gee datang umah gossip gossipan k



Kalau agak dah boring sangat gossip gossipan kita ajak Auntie Gee kuar ye mama..




Ataupun, Azfar jadi mandur, kita jadikan Auntie Gee bibik ye mama suruh dia kemas umah, basuh pinggan mangkuk, basuh baju-baju, masak, cari kayu api..oppssss




Paling2 tidak pun kita suruh dia cuci beyak Azfar k hehehe

Auntie Gee,

Sila datang umah Azfar segera ye!

Salam sayang,
Azfar

Pizza yang dah ada lipas terjatuh pun boleh serve kat customer lagi???!!


Saya pernah buat entry ni way back in 2008. Baru tadi saya perasaan someone left a comment about it. Saya bukan nak tutup periuk nasi sesapa tapi saya rasa semua orang yang pernah atau bercadang nak ke situ patut tau..



(klik image utk view lebih besar)


08 March, 2010

Saya rindu..saya risau



Saya rindu tempoh 9 bulan itu. Tah kenapa tiba2 terasa rindu jalan sambil pegang perut bila sesekali 'dia' tendang atau bergerak. Saya boleh pegang perut bila2 masa dan berbangga dengannya. Tapi sekarang, kalau saya jalan walau tak pegang perut pun orang mungkin akan berfikir; 'Kesian baby dia, kecik lagi dah nak dapat adik..'

Hahaha (mungkin tak seteruk yang saya sangkakan..kan kan)

Soulmate kata;

'saya sayang kamu sama juga'

Atau

'Itulah buktinya kamu telah jadi seorang ibu'

Ayat2 penyedap hati seorang suami, comel je kamu wahai suami ;-)

Sebelum saya kawen, berat saya dalam lingkungan 57-58kg (tak sangka saya seberat itu..) Lepas kawen saya makin maju, 60kg ;-)

Bila saya mengandungkan Azfar, sehingga ke saat saya nak melahirkan dia, 66.7kg (sikit kan pertambahan berat saya, mungkin sebab tu Azfar tak sejuara baby lain dari segi berat semasa dilahirkan)

Lepas habis pantang, saya mencapai berat paling ideal hehe, 52-53kg. Hinggakan bapa mertua saya pesan masa saya nak balik ke Putrajaya, 'makan banyak sikit, baba tengok dah kurus sangat ni'. Masa saya start kerja semula pun hampir semua orang tegur saya makin kurus lepas bersalin (sempat la saya berbangga dalam 2 3 bulan hehe)

Sekaranggggg...saya dah balik ke berat sebelum kawen huhu. Kena buat sesuatu ni, memandangkan Soulmate juga tengah risau tentang berat dia jadi kami sama2 sedang kurangkan makan waktu malam (lebih syok sbb saya tak perlu masak..) Ni semua penangan The Biggest Loser Asia la ni. Can't wait for tommorrow, The Finale!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails