31 May, 2010

Azfar First Time Swimming Experience (Swimming la sangat..)

Last weekend, eh bukan..weekend before, we joined family day organized by Soulmate's ofis. Dari awal lagi mmg saya dah plan nak rendam Azfar dalam pool kat resort tu :) So, dgn excitednya saya beli swim wear utk dia & saya juga hehe (almaklum la saiz dah mengembang skit, jadi swim wear dolu2 adalah tak muat ye kawan2 + saya tak ingat mana saya simpan)



Oh Ben 10 itu adalah hasil pembelian last minute di gift shop resort :D

Mula2 letak Azfar dalam pool tu muka dia confius. 'Apa yang mama & Baba telah buat kat aku ni', mungkin itu yang dia pikir la kan..



Lama2 skit baru sedar dan mula main2 air dengan tangan yang tak berapa nak sampai. Kesian anak mama. Lama skit lagi terus menjerit nak keluar dari Ben 10 dan mama kena pegang supaya dapat main air dengan gembiranya.

Dia punya concentrate main air sampai kita panggil pun buat tak tahu je..

Takpe sayang..lepas ni kita terjah pool2 kat Putrajaya ni ye.

27 May, 2010

9 Months Lil' Azfar

Maaf Azfar, mama lewat satu hari. Walau apapun, happy 9 months young my lil hero!



Mama loves u sooooooooo much sayang.

Org tua2 slalu kata kalau nak beralih bulan baby biasa demam atau cranky. Azfar mmg demam, + selsema + batuk segala bagai. Tapi rasanya bukan sebab beralih bulan tapi sebab mama rendam dalam kolam masa kat port dickson weekend lepas ;D



Weekend ni cuti lama skit kita rest kat umah ye.

Since Azfar dah 9 bulan ni, saya mula bagi dia makan 3 kali sehari. Sebelum ni Azfar lunch (12-1 pm) dan early dinner (6-7 pm) je. Sekarang saya bagi dia breakfast + lunch + dinner. Makan banyak2 ye sayang.


20 May, 2010

Bila Azfar Tumbuh Gigi

Since the age of 7 months, Azfar dah ada dua batang gigi bawah. Me and Soulmate juga aware satu gigi atas dia tengah tumbuh. So far, Azfar tak demam atau cranky tak ingat masa tumbuh gigi..dan saya rasa lega tentang itu sampaaaaai la satu dua hari ni bila dia asyik buat perangai.

Tinggal sat je jerit kalau lama apatah lagi, terus nangis keluar air mata meleleh hingus bagai la, tidur mlm asyik terbangun, makan pun asyik sembur je tak telan haishhh. Pelik jugak dengan perangai dia satu dua hari ni. Me & Soulmate asyik check suhu badan je kot2 dia nak demam ke apa.

Mlm td saja tengok2 gigi dia baru la kami perasaan ada empat ok empatt gigi atas tengah nak tumbuh. Now it make sense! Patut la semcm je lately ni..





Saya ingat lunch hour ni nak ke farmasi belikan teething gel utk dia la. Mungkin dapat bantu kurangkan rasa tak selesa tu..




18 May, 2010

Macam Mana Bila Saya Kena Attend Meeting :(


Sejak Azfar dilahirkan, saya tak pernah berenggang dengan dia. Maksud saya, sejak dia lahir tak pernah satu malam pun tidur saya tanpa dia. Biar masa dia warded sbb jaundice saya masih setia menemani dia. Saya sanggup tunggu orang lain checkout supaya saya boleh bermalam dengan dia di ward. Biarpun baru seminggu menjalani proses bersalin masa itu.

Saya tahu, kerja saya lambat laun akan menuntut saya untuk bermalam di luar tanpa Azfar. Cuma tak sangka secepat ini. Bila boss saya serahkan surat untuk saya hadir ke mesyuarat 3 hari 2 malam di luar minggu depan, saya jadi berdebar2, rasa sebak terus!

Mcm mana Azfar bila nak tidur nanti..


Mcm mana Azfar bila nak minum susu nanti..


Mcm mana Azfar bila nak makan nanti..


Mcm mana Azfar bila nak main nanti..


Mcm mana Azfar bila dia rindu mama nanti..




Dan saya juga tak tahu, mcm mana saya bila saya rindu Azfar nanti..




Pernah mertua minta pinjam Azfar seminggu. Sungguh saya tak sanggup, tapi saya tak sampai hati juga nak katakan tidak. Hati orang tua2 kena juga dijaga. Mujur Soulmate memahami walaupun tanpa saya bersuara walau sepatah.


Tapi kali ini biar masanya lebih singkat..saya masih tak sanggup. Tapi tuntutan kerja tak boleh juga diabaikan.


Saya sedang sedih..

17 May, 2010

Sedih Sungguh..

Pagi2 ni saya baca akhbar online. Bukan keputusan pilihanraya yang menarik minat kerana ianya seolah telah boleh diduga.

Tapi berita ini, yang buat hati saya sayu, sedih sungguh..

Dan semestinya perkara pertama dalam kepala, Azfar! Setiap kali ada cerita tentang penderaan bayi saya mesti sentiasa teringatkan anak bertuah saya itu. Risau sungguh!

Azfar pernah dijaga oleh dua babysitter sebelum saya (kami) buat keputusan hantar dia ke nursery. Babysitter yang pertama tu isteri kawan saya. Kami berhentikan sebab kakak tu pregnant dan dia selalu cuti sbb alahan. Lagipun, dengan keadaan dia mcm tu saya tak harap dia boleh jaga anak saya dengan baik.

Yang kedua, saya hantar pada mak kawan Soulmate. She's the best! Dia tatang anak saya lebih dari saya sendiri. Mungkin sebab dia lebih berumur dan dia memang sayangkan budak2. Sebenarnya dia cuma tolong kami sbb kami paksa rela dia untuk jaga Azfar sementara kami cari tempat baru. Terkilan sungguh saya, kenapa saya tak jumpa dia dulu sebelum ni?

Bila dah merata kami cari babysitter tak jumpa yang berkenan di mata dan di hati, kami mengalah jua. Hantar juga Azfar ke nursery. Mula2 mmg ada je yang tak kena pada pandangan mata kami. Sekarang saya rasa kami buat keputusan yang betul. Lagipun, nursery Azfar sekarang di bawah pengurusan baru yang lebih baik, jauh lebih baik. Saya lega sikit..

Kenapa perlu disakiti ye budak2 yang baru belajar mengenal dunia? Yang tak tahu betul salah perbuatannya? Yang tahu makan bila lapar, tidur bila mengantuk dan main bila rasa senang hati? Yang hatinya begitu ikhlas dengan setiap senyuman mahupun tangisan? Kenapa? Saya tak faham..

Pernah masa saya bawa Azfar ke klinik, ada sorang baby yang lebih muda dari Azfar menangis tak henti2. Demam mungkin, kerana bertampal cool fever di dahi. Saya faham mak dia mungkin penat, tapi saya rasa tak perlu lah marah baby dia. Sungguh2 dia marah, tepuk pun kuat gaya marah sambil mendengus. Masalahnya, bila marah pun budak tu nangis juga kerana dia tak selesa. Bukankah dalam keadaan tu lebih elok buat dia rasa selesa. Mmg saya tak faham perbuatan mak dia pada masa tu..Mak saya pernah pesan, jadi mak orang ni jangan pentingkan diri sendiri. Penat mcm mana pun kita, senyum la untuk anak.

Saya tak kata saya ni mak orang yang bagus sangat. Saya pun sedang belajar menjadi mak orang. Saya anggap biasa kalau kita terjerit sikit bila tengok anak pegang sofa sebelah tangan badan dah bergoyang nak jatuh. Atau kalau kita nak pakaikan lampin, badan asyik nak meniarap. Marah2 manja kata orang..

Mmg susah nak membesarkan anak lebih2 lagi bagi yang bekerja. Pada yang hantar ke nursery atau babysitter, kita terpaksa mengharapkan belas ihsan mereka untuk jaga walau tak sebaik kita tapi sekurang2nya terjaga jugak la anak kita.

14 May, 2010

Kat Mana Nak Cari Costumes For Baby?

Soulmate's office will be organizing their family day next weekend. There'll be cutest baby competition and baby in costumes as well.

Jadi untuk suka2 saya tengah fikir nak Azfar join atau tak? Kalau dah pegi apa salahnya join kan? Masalahnya sekarang ni mana saya nak cari costumes for baby? Saya ada la google utk cari online shop. Tapi tak banyak yang menarik.

Kalau boleh dapat costumes mcm ni best kan..comel je











10 May, 2010

Kenapa Kamu Jadi Begitu Wahai Sayang Mama


Azfar mmg baby yang senang dijaga (selalunya). Kecuali bila ada yang tak kena mmg la dia akan super cranky. Other than that dia ok je. Pandai bawak diri bila mama sibuk hal2 rumah tangga (^_^)

Tapi skrg ni tokmama & tokbaba dia ada kat umah sejak jumaat lepas. Amboi3, kamu jadi begitu manja ye sayang. Letak kejap pun kamu dah buat lembik2 badan nak tumbang ye. Asyik hulur tangan minta diangkat. Lepas tokmama & tokbaba balik, sila keluarkan semula perangai normal kamu ye. Kalau tak, semua kerja umah termasuk memasak mama kena serahkan pada baba (haha tetiba..!) Boleh ke wahai suami?

Hari ni kat school dia tak tau la mcm mana. Saya dah boleh agak apa yg teacher dia akan ckp bila saya amik kejap lagi, "Dia mengamuk la hari ni. Asyik nangis minta angkat". Dan saya akan senyum je la (abis tu aku nak buat mcm mana?)

Oh, suami juga akan outstation hingga rabu. Jadi, Azfar mama..tolong ye berperangai normal. Kamu kan anak yang soleh dan bijak :) Saya risau sbb biasanya sebelum tido, baba dia akan nyanyi segala jenis lagu sampai dia mengantuk, mmg dah jadi rutin. Takut dia tercari2 pulak. Azfar, suara mama merdu jugak jadi sila beri kerjasama ye sayang..2 mlm je k.

Kita tengok mlm ni mcm mana.

07 May, 2010

Senyum Seindah Suria

Mengikut kajian, senyum bukan sekadar reaksi pada muka tetapi mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan secara emosinya seseorang akan merasa lebih tenang.

Tetiba je buat entry berbentuk ilmiah ni (^_^)

Semalam saya berselisih bahu dengan one of my colleague, saya senyum sampai ke telinga tapi budak BARU itu buat dek je. Kalau nak kata tak kenal, bilik aku ni depan punch card machine sayang oii. Hari2 aku tercongok sini takkaaaaaan lah kau tak perasan. Saya sangat pantang kalau saya dah senyum tapi org tu buat muka tak bersalah jalan buat tak tau je. Kalau selama ni kau pakai glasses tetiba masa aku jumpa kau tak pakai kau tak senyum balik aku paham la jugaaaak (sekali kuar aku dah kannn). Kau tak rugi satu sen pun, dapat pahala lagi ada.

Saya pernah kena tegur dgn ex-colleague dulu, saya nampak sombong sbb jarang senyum. Kamu bukan yang pertama kerna saya dah biasa dianggap begitu. Sbbnya, saya susah nak senyum dulu kat org (oh saya introvert, mmg lebih suka bersendiri dan saya punya low self esteem) Taaaapiiiiiii kalau org dah senyum kat saya, saya mesti senyum balik! Kadang2 saya terlepas saya akan angkat muka semula dan senyum juga.

Tapi kamu! yang berselisih bahu dengan saya semalam, sungguh saya anggap kamu berlagak!

Kalau kamu nak tahu, ada banyak research tentang senyuman, semuanya yang baik2 belaka. Saya blom pernah jumpa research yang kata senyum tak bagus untuk kesihatan mahupun ketenangan jiwa. Kamu! google dan baca!

*kamu merujuk kepada perempuan semalam..

Saya juga terjumpa artikel tentang baby ada dua jenis senyuman. Sungguh saya tak pernah tahu. Sejak lahir sehingga baby berumur lebih kurang 2 bulan, mereka ada senyuman yang dipanggil senyuman refleks. Mcm semua pergerakan lain pada baby waktu itu, senyuman juga dipengaruhi oleh refleks. Sbb tu kadang2 walau dalam tido kita nampak dia tersenyum. Saya rindu senyuman Azfar waktu itu, setiap kali nak tidur mesti tersenyum dulu. Eh tetiba cerita anak pulak :)

Satu lagi senyuman baby adalah senyuman sosial, iaitu senyuman yang dikawal olehnya, bermula dari 2 bln ke atas (biasanya).

Yang pasti, senyuman yang paling ikhlas yang kita boleh dapat adalah dari anak kecil. Sungguh suci dan ikhlas dari hati senyuman2 mereka. Sbb anak2 kecil blom tahu erti senyum kambing, senyum sinis, senyum tak senyum dan segala jenis senyuman palsu yang ada dalam dunia.





So, semua jom kita senyum..

Senyum seindah suria yang membawa cahaya. senyum la dari hati duniamu berseri..

05 May, 2010

Kenangan itu..kawan kawanku

Satu hari di Facebook, kawan sekolah saya Farah telah ajak kawan saya Amal gather2 di umah saya weken ni, saya nak masak katanya walhal saya tak tahu menahu tentang rancangan mereka. Tambah2 lagi bahagian yang saya nak masak tu!

Hari yang sama juga saya ke group page sekolah dan jumpa gambar ini..







Maaf Andrei Azuandi, saya pinjam gambar kamu tanpa minta kebenaran. Percayalah, ianya untuk tujuan yang baik ^_^



Lalu saya tiba2 tekenangkan masa dulu. Masa saya sekolah, masa saya masih pakai kain biru, eh hijau, eh apa warna kain sekolah saya masa tu ye. Maaf lupa! Saya juga terkenangkan geng 6 jahanam saya. Sebelum bercerita tentang geng 6 jahanam itu, saya nak berkongsi tentang gambar titi yang umpama projek sakit bertahun tak siap.



Dulu, masa kami masih tetamu sekolah itu, tempat ini cantik. Tempat ini untuk riadah sukan air. Saya masih ingat kami berkayak melalui bawah titi itu, walau kayak saya dan Dr. Fazlin tak jalan (hang la Lin, konon dok belakang tera (pandai dlm loghat utara) sangat!), kami gelak bersama. Tasik tinggal itu juga tempat hukuman bagi yang nakal (cuci tasik! kau bayangkan seksanya..atau kamu kamu semua suka saya rasa). Oh sungguh tempat ini punya kenangan tersendiri..



Tentang geng 6 jahanam saya, saya sungguh suka mereka, masing2 punya watak berbeza namun kami masih jumpa titik persamaan yang menghubungkan satu sama lain.



Farah a.k.a.....hmm apa ye, kamu a.k.a apa ye Farah? Farah ni energetic sungguh. Kalau nak ke dewan makan beratur, dia paling cargass! kalau nak berebut bilik air nak mandi, dia juga paling cargass! siap boleh bergaduh dengan batch lain. Kami kami kawan dia ni tumpang senang la kata orang. Kalau dia dapat dulu mesti kami habis geng 6 jahanam dapat lepas dia ;D Dan kalau ada masalah kau cerita lah pada dia, pasti ada nasihat yang kau dapat. Biar kau tak guna pun nasihat tu tp kau akan rasa lega. Saya masih ingat masa kami baru tahun pertama jejak kaki ke situ, setiap minggu ibu bapa Farah bertandang. Kami dapat habuan juga. Seronok sungguh! Sekarang dia pendidik anak bangsa. Berguna juga kecargasan dia tu..



Dr. Fazlin a.k.a....kamu juga aku tak tau a.k.a apa la Lin. Ini budak genius! Kalau dlm bilik bacaan, tempat kami bertentang punggung haha. Bila saya nak baca buku je, dia panggil sembang (sembang 1 2 jam baru sambung membaca). Baru sempat dua tiga baris dengar lagi, "weih mawar!" Adoi..lin lin aku tau la hang genius! Sekarang dia penyelamat bangsa a.k.a doktot. Jaga hang lin, kalau tak mai gheja aku kasi ambik tatatertib haha



Amal, ok tak payah a.k.a la sbb saya tak reti nak cari perkataan yg sesuai untuk mereka. Kelam kabut budak ni jalan cepat. Dan suara dia juga unik ^_^ jadi idaman malaya eh silap idaman mad jiwa. Tapi rajin! rajin pasang kelambu, rajin membaca juga rajin tangkap kura (ampun Amal hehe). Tentang tangkap kura tu ada kisah tersendiri, bila2 senang saya cuba karang ye. Sekarang dia tauke besar..besar punya! Dia ada bisnes laundry..



Mohaini atau kami panggil moh. Kenapa moh pun ada cerita tersendiri ;D Dia selalu bengang sbb katil dia sebelah tempat simpan baldi dan dia jenis bangun awal sikit je dari saya (lambat la tu) Jadi bila yang lain2 bangun dan berebut mencari baldi buat bersiram di pagi hari, tidur dia terganggu. Jadi dia bengang! Dia juga tahu lompat udang (itu ke yang kamu panggil wahai semua pemain bola jaring?) Sekarang dia seperti Farah, pendidik bangsa. Gunakan kecargasan kamu di padang ya wahai kawan..



Akhir sekali, Siti Izera atau kami panggi Jea. Susah nak cerita tentang dia. Kerana sudah hampir hilang hubungan dengannya. Entah kenapa dia menyepi sekarang. Tapi dulu, dengan wajah iras era fazira, dia juga jadi idaman malaya. Tapi jangan tertipu dengan keayuan itu kerana mulut dia lebih berbisa dari bisa! Pernah dia marah sorang cashier baru di The Store depan2 muka, "Buat kerja lemmmbabbb!!" Tak pedih ke kalau ko jadi cashier itu? Sekarang dia...sekarang dia..sekarang dia..sungguh saya tak tahu sekarang dia kat mana dan jadi apa. Sedih.



Itu la geng 6 jahanam. Eh kejap, kenapa 5? Kerana yang ke-6 itu adalah saya :)



Kawan-kawan, saya rindu masa2 bersama kamu semua!



04 May, 2010

Azfar's Teeth Care


Azfar is already teething. Jadi, saya telah google untuk tahu bila saya patut mulakan penjagaan gigi dia.

Well, there's a lot of site to refer to, but according to all the site i'm refering, i actually a bit late on this. Actually, oral hygiene starts even before the baby gets his first tooth. Duhh..

Mmg selama ni saya mcm kurang bagi perhatian pada Azfar's oral hygiene. Yg saya buat pun, lap lidah Azfar untuk elakkan kerak susu. In fact, i should wipe Azfar's gum at least once a day. But hey better late than never rite..

Jadi say pun jalan2 (secara maya) mencari berus gigi yang paling sesuai untuk Azfar. I found a few..




Yang ni mungkin kurang sesuai, susah nak guna (budak kecik tu bukan nak tadah mulut dia suruh kita cuci, mau berhempas pulas nak bagi dia bukak mulut)







This one is perfect!

I should go and buy one..

Ataupun saya guna washcloth je kan..hmm


03 May, 2010

Gurau Je Boss..

Mengikut boss saya;



Mother In Law = Mak Mertua


Sister In Law = Kakak Mertua





Boss saya Chinese. Jadi maafkan lah dia ye..


Tapiiiiiiiii..


Siapa boleh kata dia salah?! Betul tak?



*Saya tengah bosan..

Nenek Sudah Tua..Giginya Tinggal Dua..

Saya rasa malas sungguh hari, rasa tiada mood..mungkin sbb saya dah cuti lama last week masa Azfar tak sihat tu.

Tadi lalu kat meja staff saya terbau nasi bungkus dia ohhhhhh sungguh menggoda iman. Saya puasa hari ni (aku ada lagi 26 hari nak ganti ni adoiii..ni la padahnya bersalin bulan puasa dan melambat2kan ganti puasa huhu). Pagi tadi saya bangun bersahur makan nasi dengan telur goreng je. Saya mmg jenis kena sahur, kalau tak boleh pengsan..okk tipu. Dulu masa duduk dengan mak ayah, walaupun saya tak boleh puasa mak saya tetap kejut suruh bangun makan jugak. Pelik!

Oh ya, entry ni sebenarnya nak tunjuk gigi anak teruna saya kan dah jadi cerita lain pulak :D




Dua2 gigi dia tumbuh masa umur 7 bulan lebih. Lepas tu sampai sekarang takde progress dah. Gigi2 lain takde rupa nak keluar pun..Takpe, gigi dua pun kamu tetap comel di hati mama :P

Tapi 3 4 hari kebelakangan ni Azfar mcm tak boleh berhenti bercakap. Dia asyik la berbunyi. Kadang2 dengar juga ba ba ba ataupun ma ma ma. Tapi kebanyakannya adalah tak dapat dipastikan bunyi apa yang dia buat. Semalam masa bersembang dengan Soulmate, masing2 tertanya2 mcm mana la bila Azfar betul2 boleh bercakap nnt. Mesti susah nak 'reason'kan dia. Ye la, budak2 kan suka tanya itu ini, kenapa tu kenapa ni..




Oh ini pulak masa ke Jusco semalam beli stok makanan dia. Saya beli carrot, broccoli, potato dan brown rice (since saya bagi Azfar makan brown rice, kami pun kena tukar makan brown rice jugak, kalau tak takkan nak beli dua jenis beras kan. Lagipun Azfar makan tak banyak takut simpan beras lama2 tak elok plak).

Azfar saya ni mmg setiap kali nampak camera mesti buat muka terkejut. Jadi, kalau nak ambik gambar mata dia dalam keadaan tenang adalah secara candid sahaja. Kalau ajak posing, mmg itu lah gaya matanya..Control mata kamu sayang, nnt kalau besar usha awek mcm tu, boleh lari dia takut tengok kamu!

Saya rasa itu saja. Weekend kami kali ni sekadar di rumah ataupun jalan2 sekitar Putrajaya dan Equine sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails